INFO KEWANGAN

Pandemik Covid-19 Buat Rakyat Sedar Perlu Berbelanja Dengan Bijak.

Sedar tak sedar, wabak covid-19 sebenarnya banyak memberi kesan buruk kepada ekonomi semua pihak. Malah ada yang terpaksa menutup bisnes, diberhentikan kerja dan banyak lagi. Perkara ini menunjukkan kita mestilah memberikan lebih perhatian kepada cara kita berbelanja untuk mengelakkan dari pembaziran. Jadi apa cara berbelanja dengan bijak? Ikut strategi asas 4B dibawah untuk berbelanja dengan bijak!

#1 Bayar komitmen bulanan

Jangan sesekali menangguhkan komitmen bulanan kecuali yang telah diberikan kelonggaran seperti moratorium. Jika kita tangguh, beban ini akan dibawa kepada bulan berikutnya dan mengganggu perbelanjaan pada bulan tersebut.

Jika kita selesai membayar komitmen bulanan, kita boleh membuat bajet bulanan dan tidak menampung lebih banyak beban pada masa akan datang. Selesai bayar komitmen bulanan juga menjadikan kita lebih tenang untuk berbelanja kepada benda penting lain pada bulan tersebut.

#2 Buat list-to-buy

Kemudian, kita juga hendaklah menyenaraikan barang yang hendak dibeli atau tiada dirumah. List-to-buy sebenarnya sangat membantu ketika berbelanja untuk menggelakkan dari membeli barangan yang sudah ada atau membeli barang yang tidak diperlukan.

Pembeli juga hendaklah berdisiplin dan hanya membeli barang yang ada di dalam senarai supaya tiada pembaziran dilakukan. Dengan senaraikan barang yang hendak dibeli, kita sekaligus boleh membuat bajet bulanan dan berbelanja mengikut bajet.

#3 Bezakan antara keperluan dan kemahuan

Ini merupakan perkara yang sering diabaikan oleh semua orang. Ramai pembeli memegang prinsip “biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli”. Prinsip ini hendaklah dihapuskan ketika pandemik kerana lebih baik menyesal tak beli daripada tiada duit untuk makan.

Pembeli hendaklah membeli barangan yang perlu sahaja seperti makanan asas dan mengelakkan membeli barangan ‘nafsu’. Tak ke rasa membazir beli waktu pandemik? Bukannya dapat keluar pun. Duit yang digunakan untuk membeli barangan ‘nafsu’ lebih baik disimpan untuk sebarang kecemasan.

#4 Bandingkan harga

Jangan malu untuk membuat perbandingan harga. Musim pandemik bukan lagi waktu untuk kita mengambil barang tanpa melihat tanda harga. Dengan buat perbandingan harga, kita dapat memilih barang dengan harga yang terbaik dan kadangkala barangan jenama juga dapat diperoleh pada harga murah ketika promosi. 

Kita juga boleh menyemak laman web atau apa apa risalah sebelum pergi berbelanja untuk mengetahui tempat mana yang menawarkan harga yang berpatutan. Pembeli juga dinasihati untuk pergi ke kedai runcit kerana harga barang yang dijual di kedai runcit kadangkala lebih menjimatkan daripada di pasaraya besar.

Kesimpulannya, jadilah seorang yang bijak dalam menguruskan kewangan terutamanya ketika pandemik covid-19 melanda. Kerana kita tidak tahu masalah apa yang akan melanda pada masa akan datang. Dengan jimat berbelanja, kita dapat menyediakan duit kecemasan dan membantu orang yang lain yang di dalam kesusahan.

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button