MOTIVASI
Trending

Pelajar Syariah UKM Kongsi Tips Untuk Berniaga Sambil Belajar Sehingga Berjaya Capai Income 5 Angka Sebulan.

Menjadi pelajar dan seorang usahawan pada masa yang sama bukanlah perkara yang mudah. Namun hal ini tidak memutuskan semangat seorang mahasiswi Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Nur ‘Afiah Ahlina, 23, untuk terus melibatkan diri di dalam business Shaklee sejak tahun 2019 dan kini menjadi Key Coordinator Shaklee dan Leader of Millennium Team.

Berkat usaha dan tenaga, ‘Afiah berjaya mendapatkan income sebanyak 11k sebulan secara konsisten. “kalau kita tak keluar dari our comfort zone, susah kita nak improve diri kita” kata ‘Afiah semasa berkongsi beberapa tips untuk belajar sambil berniaga.

  • Memberi 100% Fokus di dalam Kuliah

Ini adalah perkara yang sangat penting bagi ‘Afiah. Dalam menjadi usahawan dan pelajar pada waktu yang sama, kita hendaklah menghargai setiap masa yang ada. Jika kita memberikan fokus 100% di dalam kuliah, kita tidak perlu lagi belajar semula di dalam bilik.

Sebaliknya, masa tersebut boleh digunakan untuk mengendalikan business. ‘Afiah juga berpendapat, fokus ketika lecturer mengajar adalah sangat penting bagi mendapatkan keberkatan. Tanpa keberkatan, kita mungkin tercicir satu matlamat ketika cuba mengejar dua matlamat utama iaitu berjaya di dalam pelajaran dan berjaya di dalam business.

  • Menjadikan Study Perkara Utama

Dalam semua perkara yang kita lakukan, kita hendaklah mengetahui tanggungjawab yang perlu diutamakan. Sebagai seorang pelajar, tentunya pelajaran menjadi tanggungjawab yang utama. ‘Afiah memastikan dirinya menyiapkan segala assignment dan aktif dalam setiap tugasan kumpulan sebelum melakukan perkara berkaitan business.

‘Afiah juga cuba mendisiplinkan dirinya untuk membuat nota ringkas bagi pelajaran yang dipelajari supaya tidak ketinggalan di dalam pelajaran serta menyiapkan tugasan mengikut waktu. Menurut ‘Afiah, jika seorang usahawan belajar sambil lewa , orang ramai akan memandang rendah kepada kita. Buat business bukanlah alasan untuk pelajar mengabaikan pelajarannya. Malah ia sepatutnya menjadi kesempatan bagi pelajar tersebut untuk belajar mendisiplinkan diri.

  • Beri Komitmen Dalam Business

Apabila terlibat di dalam business, kita hendaklah memberi sepenuh komitmen dan tidak berhenti separuh jalan. Bagi ‘Afiah, “Study is number 1 but business is not number 2”. Kedua perkara tersebut penting buat ‘Afiah dan tidak boleh diabaikan. Seorang pelajar hendaklah mempunyai ‘big why’ tersendiri atau tujuan utama mereka untuk memasuki dunia perniagaan.

Dengan itu, pelajar tersebut akan lebih semangat dan terus berusaha dalam memajukan business mereka. ‘Afiah sentiasa mengingati dirinya agar tidak berputus asa dan percaya akan kemampuan diri dalam membahagikan masa belajar serta membuat business. ‘Afiah juga yakin setiap orang mampu, cuma usaha yang akan membezakan hasilnya.

Menceburi business dalam perkara yang kita minat juga sangat membantu dalam meningkatkan komitmen seorang pelajar di dalam business. Mereka tidak akan rasa terbeban malah seronok untuk menjalankan business.

  • Urus Kewangan Dengan Bijak

Kewangan adalah salah satu masalah besar bagi pelajar. Ini adalah sebab utama ‘Afiah  melibatkan diri di dalam dunia business. Selepas beberapa lama di dalam dunia tersebut, ‘Afiah  sedar pengurusan kewangan yang bijak sangat penting.

Pelajar perlulah mengelakkan berbelanja luar dari kemampuan. Menyimpan sebelum berbelanja adalah perkara yang ‘Afiah amalkan di dalam kewangannya. Beliau turut elak membeli barang yang bukan kepentingan dan menuntut ilmu tentang cara menguruskan kewangan dengan betul.

Selain itu, ‘Afiah  turut berkongsi antara cara beliau mengurus kewangan adalah dengan membahagikan wang di tabung khas menerusi aplikasi MAE by Maybank serta melaburkan kewangannya di beberapa Unit Trust.

  • Meningkatkan Ibadah

Walaupun kedengaran cliche, tetapi ‘Afiah  percaya segala urusan menjadi lebih mudah dengan pertolongan dan keberkatan Tuhan. ‘Afiah  sentiasa cuba memperbaiki dirinya dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

“Sejak join business, Alhamdulilah, tahap kebergantungan ‘Afiah dengan Tuhan ni makin tinggi selari dengan usaha kita. Yela, Tuhan yang memberi rezeki customer, beri kemudahan dalam urusan dan banyak lagi.”

‘Afiah juga menekankan agar semua orang bukan sahaja peniaga, untuk terus bersyukur dengan rezeki yang ada setiap masa. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat kita dapat. 

  • Bantu Orang Lain

Untuk berjaya di dalam kehidupan dan akhirat, kita hendaklah sentiasa membantu orang lain.

“Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: …Barang siapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan akhirat….”

Berpengang dengan ayat diatas, ‘Afiah meletakkan antara niatnya melibatkan diri di dalam dunia perniagaan adalah untuk membantu orang lain. ‘Afiah ingin orang lain turut sama berjaya sepertinya dan memberi peluang kepada orang ramai mencari duit. Penubuhan Millenniumteam.official adalah antara usaha ‘Afiah dalam membantu lebih ramai orang untuk berjaya.

Kesimpulannya, tiada halangan bagi pelajar untuk melibatkan diri di dalam business selagi mereka berusaha dalam membuat perancangan dan pandai membahagikan masa. Kata-kata ‘Afiah bagi pelajar yang baru melibatkan diri dalam business ialah “Jangan pernah bandingkan journey kita dengan timeline orang lain”. Setiap orang berbeza cabaran dan setiap usaha pasti ada ganjarannya.

‘Afiah bersama kereta kesayangan hasil business Shaklee

Sumber: https://www.instagram.com/beauty.nurafieyah/

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button