INFO KEWANGAN
Trending

Tips Pengurusan Wang i-Citra Bagi Golongan Terkesan Pendemik

Keputusan kerajaan mewujudkan i-Citra telah membolehkan berjuta-juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan untuk pelbagai keperluan di masa sukar ini.

Tetapi, ia bukanlah satu jaminan kerana tanpa pengurusan wang yang baik, ia pasti tidak akan membawa kesan yang positif malah boleh mengakibatkan masalah kewangan yang lebih besar.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, 40% generasi millennium pada hari ini dikatakan berbelanja melebihi kemampuan mereka. Perangkaan Bank Negara juga menunjukkan bahawa sebanyak 47% belia Malaysia mempunyai hutang kad kredit tinggi.

Tambahan lagi, KWSP juga mendedahkan bahawa sebanyak 50% pencarumnya hanya mempunyai kurang RM200,000 dalam akaun mereka dan 50% peratus pencarumnya dijangka akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas bersara. Maka, golongan yang terkesan daripada pendemik ini seharusnya memberi penelitian yang lebih baik di dalam perkara ini.

  1. Mengasingkan Wang Mengikut Keperluan

Setiap penerima i-Citra ini akan memperoleh pengeluaran sehingga maksimum RM5,000 mengikut kelayakan pengeluaran masing-masing. Bayaran sebanyak RM 1000 akan diberikan pada setiap bulan akan dibuat dan berterusan sehingga lima bulan. Mereka perlulah menggunakannya untuk komitmen-komitmen yang penting terlebih dahulu.

  • Perbelanjaan Harian

Kos-kos seperti barang keperluan makanan, kos-kos pengangkutan, bil-bil penting seperti eletrik dan air serta perbelanjaan pribadi perlu dirancang dengan sebaiknya.

Mereka digalakkan untuk mengamalkan penjimatan agar seperti memasak sendiri dirumah, menggunakan motosikal untuk pergi kerja berbanding kereta, mengurangkan penggunaan eletrik dan air di rumah serta merancang perbelanjaan pribadi mengikut kemampuan dan keperluan agar setiap kos harian ini mampu dikurangkan sekaligus wang RM 1000 yang diperoleh itu mampu dimanfaatkan sebaik mungkin.

  • Simpanan Kecemasan

Mereka yang memperoleh bantuan i-Citra ini juga digalakkan untuk mengasingkan wang tersebut bagi kegunaan kecemasan. Seperti contoh, RM 200 daripada RM 1000 yang diperoleh pada setiap bulan itu perlulah diasingkan ke dalam simpanan kecemasan mereka.

Ini kerana, perkara-perkara yang tidak dijangka sering kali berlaku dan ianya memerlukan persediaan yang baik agar tidak memberi kesan kepada kehidupan. Perkara-perkara seperti kos perubatan, kematian ataupun situasi seperti kenderaan rosak ataupun perlu membayar saman atau cukai seringkali menjerat golongan terkesan ini dan menghabiskan wang mereka.

  • Kos Mencari Kerja

Bagi golongan yang diberhentikan daripada kerja, mereka perlu untuk mengasingkan wang mereka itu bagi menampung kos mencari kerja yang baharu.

Perancangan perbelanjaan yang baik dalam menampung kos untuk mencari kerja ini adalah perlu dalam memastikan mereka berjaya mencari dan memperoleh kerja yang lebih baik. Ini kerana amatlah sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan apabila hanya beberapa sektor sahaja yang memerlukan tenaga kerja yang baharu berbanding sektor-sektor yang lain.

Mereka juga boleh memanfaatkan wang yeng diperoleh itu bagi menambah kemahiran yang boleh digunakan dalam mengisi keperluan-keperluan tenaga kerja yang diperlukan pada masa ini.

  1. Memanfaatkan Moratorium

Para pencarum KWSP yang telah memperoleh bantuan i-Citra juga perlulah memanfaatkan kelebihan moratorium yang telah diumumkan kerajaan. Pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran bulanan untuk pinjaman mereka selama selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat tanpa caj penalti atau denda apabila memperoleh moratarium ini.

Perkara ini memberikan ruang kepada mereka yang terkesan daripada pendemik ini untuk mengutamakan komitmen-komitmen yang lebih kritikal. Dengan melakukan perancangan perbelanjaan bulanan serta memfokuskan kepada pengurusan hutang terutamanya, wang yang diperoleh daripada i-Citra ini akan memberi manfaat yang lebih baik.

  1. Penyediaan Tabungan

Para pencarum KWSP yang telah memperoleh bantuan i-Citra sepatutnya tidak menggunakan wang tersebut secara rakus dan membelanjakannya sehingga habis. Sepatutnya, mereka perlu juga memikirkan untuk menambah tabungan mereka atau menggunakannya di dalam pelaburan atau simpanan jangka panjang seperti di ASB.

Mereka seharusnya memikirkan apa kesan dan situasi yang bakal dihadapi jika wang i-Citra tersebut telah habis digunakan. Ini keran ramai dikaitkan dengan isu muflis adalah mereka yang kurang simpanan yang ditambah dengan kos hidup semakin meningkat pada masa kini.

Kita perlu merangka satu pelan strategik jangka panjang bagi mengatasi isu ini. Dengan mengambil kira pengalaman lalu dan hari ini, perlu adanya pelan bagi menyokong usaha menangani isu di dalam kalangan rakyat, terutama kumpulan pertengahan dan rendah yang terkesan daripada Covid-19 ini.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button