INFO KEWANGAN
Trending

Trend Menyimpan Duit di Bawah Bantal Masih Menjadi Pilihan Orang Tua. Kenapa?

Mesti kita sudah biasa dengar orang tua sangat gemar untuk menyimpan di /bawah bantal walapun bank hanya lima minit dari rumah.  Apa faktor perkara ini berlaku? 

  1. Takut di ‘Scam’

Teknologi dunia semakin membangun tahun demi tahun menyebabkan cara lama ditukar. Orang tua yang tidak biasa dengan teknologi baru takut hendak memasukkan duit ke dalam bank kerana takut ditipu.

Walhal, dengan menyimpan duit di dalam bank, duit kita akan lebih selamat. Kita tidak perlu risau tentang keselamatan wang simpanan kita dari sebarang bencana seperti banjir, kebakaran dan sebagainya termasuklah kecurian kerana wang kita dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank. 

2. Takut Duit diambil

Daripada mempercayai bank, orang tua lebih mempercayai bantal di rumah mereka. Hal ini kerana mereka beranggapan bank akan mengambil sedikit duit mereka sebagai ‘bayaran’ atau ‘upah’untuk menjaga duit mereka. 

Perkara ini tidak benar kerana kebanyakkan bank menjamin modal penyimpan. Hal ini bermaksud, duit yang dimasukkan akan kekal dan mungkin semakin bertambah. 

Sebagai contoh jika duit RM8,000 disimpan hari ini, duit tersebut akan kekal dalam jumlah yang sama atau semakin bertambah walaupun selepas bertahun-tahun. 

3. Perlu Menjalani Prosedur Leceh 

Berbalik kepada teknologi, orang tua merasakan prosedur untuk masuk atau keluar duit agak leceh berbanding di bawah bantal. Bank sebenarnya menyediakan transaksi yang sangat mudah dan mesra pengguna terutamanya kepada kaum tua. Hanya membawa kad di bank dan memasukkan kod kata laluan, duit anda sudah boleh dikeluarkan dengan mudah. 

4. Tidak Mahu Membayar Yuran

Orang tua ramai menganggap bank akan mengenakan yuran ketika melakukan penyimpanan. Oleh itu, mereka merasakan lebih baik untuk menyimpan sendiri tanpa mengeluarkan kos lain.

Sebenarnya, kebanyakkan bank mempunyai kos yang rendah atau pun tiada kos. Maksudnya, tiada yuran pentadbiran, caj tersembunyi atau pun apa-apa sahaja kos yang akan dikenakan ke atas duit yang disimpan.

Melihat kepada perkara diatas, orang muda hendaklah memberi pendedahan kepada orang tua akan tempat terbaik untuk menyimpan duit bagi mengelakkan daripada kerugian di kemudian hari.

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button