INFO KEWANGAN
Trending

‘1% Spending Rule’ Cara Baru Untuk Shopping Tanpa Rasa Bersalah.

Ramai diantara kita ada ‘ketagihan’untuk bershopping. Bila tak beli, mulalah makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah sebab asik teringat barang yang diimpikan. Kalau nak guna istilah ‘beli dulu menyesal kemudian’ macam tak sesuai sebab duit tak la banyak mana. Takut dah beli jadi menyesal pula. Jadi macam mana nak putuskan untuk membeli barang tersebut atau tak?

Glen James, seorang yang sangat gemar bershopping, cuba berkongsi cara beliau mengendalikan kewangannya. Beliau telah menetapkan 1 peraturan khas untuk dirinya sebelum membeli barang. Peraturan perbelanjaan itu dikenali sebagai 1% spending rule.

  • Jadi macam mana peraturan ini berfungsi?

1% spending rule telah digunakan oleh James untuk membeli barang yang bukan keperluan seperti jam tangan, pakaian, permaidani dan sebagainya. 1% spending rule ialah apabila anda membeli barang dengan harga kurang daripada 1% jumlah keseluruhan pendapatan kasar tahunan anda.

Ikuti contoh pengiraan dibawah:

Jika gaji sebulan anda Rm2000 maka;

Rm 2000 x 12 bulan (setahun) = Rm 24,000

1% x Rm 240,000 = Rm 240

Rm240 ialah jumlah 1% dari pendapatan tahunan kasar anda.

Oleh itu, anda boleh membeli barang tersebut jika ianya kurang daripada Rm240. Namun, jika jumlah tersebut masih terasa banyak oleh anda, maka anda boleh menetapkan peratus yang lebih kecil iaitu 0.5%. Perkara ini mengikut kesesuaian dan bajet anda sendiri.

  • Jika jumlah barangan melebihi 1% daripada jumlah pendapatan kasar tahunan, apa yang perlu lakukan?

Setelah mengira jumlah pendapatan kasar tahunan dan mendapati barang tersebut melebihi 1% dari jumlah yang dikira. Anda hendaklah menunggu 1 hari sebelum pembelian dan berfikir atau bertanya kepada diri sendiri.

“Adakah saya akan menggunakannya? Adakah saya akan menyesal kalau saya beli? Penting sangat ke benda ni? Kalau tak beli ada apa-apa effect tak?”

Selepas seharian berfikir dan anda masih rasa barang tersebut penting, barulah anda membelinya. Jika tidak, maka anda boleh lupakan sahaja atau mencari barang sama dengan harga yang lebih murah.

Peraturan ini sangat membantu James dalam menjimatkan kewangannya. Beliau juga mengalakkan orang yang ada matlamat simpanan lain seperti simpanan rumah, simpanan kahwin dan sebagainya untuk menggunakan strategi ini kerana ianya menjimatkan dan matlamat simpanan dapat diperoleh dengan cepat.

Namun perlu diingatkan, 1% spending rule bukanlah sesuai untuk semua orang tetapi strategi ini sangat mudah untuk dilaksanakan. Jika anda masih tidak tahu menguruskan kewangan dan tidak dapat mengawal ‘ketagihan’membeli belah, maka anda boleh mencuba 1% spending rule untuk lebih jimat!

Menurut James:

“The best strategies for managing your money are the ones that are simple enough to stick with for years to come.”

Rujukan: https://www.cnbc.com

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button