KERJAYA

Apply Kerja Tapi Selalu Tidak Dapat. Dimana Silapnya?

Terdapat pelbagai sebab mengapa anda tidak menerima khabar berita daripada majikan selepas permohonan kerja. Sama juga situasinya dengan pengurus pengambilan pekerja, beberapa minggu telah berlalu dan mereka tidak juga memberi sebarang respon kepada anda setelah menghadiri jemputan temuduga. Situasi tersebut saban hari akan membuat kita sebagai pencari kerja semakin resah dengan keadaan yang tidak pasti.

Anda mesti tertanya-tanya wajarkah anda teruskan memohon pekerjaan lain sehingga mendapat jawapan tentang jawatan yang telah dipohon atau teruskan sahaja menunggu?

Hanya peratusan kecil sahaja dari pemohon pekerjaan yang akan diterima. Bunyinya macam sesuatu yang sukar kita nak percayai. Hakikatnya, hampir setiap orang yang pernah memohon untuk mendapatkan satu-satu pekerjaan itu pernah alami kes permohonan kerja ditolak ini.

Jika anda mengalami situasi seperti ini, anda disaran untuk mengubah sebahagian persediaan anda untuk mendapatkan kerja yang anda inginkan itu. Jadi disini kami akan kongsikan beberapa punca permohonan kerja anda itu ditolak agar anda dapat menilai semula apakah dan dimanakah yang masih boleh diperbaiki.

  1. Faktor Pemilihan Jawatan Yang Tidak Sesuai

Tidak kisahlah kerja dalam bidang apapun, sebelum cari kerja pastikan anda betul-betul yakin bahawa jawatan yang ingin dipohon itu sesuai dengan kemampuan, kelayakan dan minat anda.

Katakan lah anda tengah cari kerja dan ternampak jawatan kosong dalam bidang akaun di satu syarikat berdekatan rumah anda.  Jadi, berkemungkinan anda memohonnya bukan disebabkan anda yakin dengan kemampuan untuk memegang jawatan akaun ataupun ada minat dan mempunyai latar belakang akaun itu tetapi ianya disebabkan jawatan tersebut mungkin menawarkan gaji yang lumayan dan tempat kerja yang berdekatan dengan rumah anda.

Disebabkan itulah ada ramai sangat golongan yang baru dapat kerja tak sampai seminggu sudah berhenti kerja. Oleh itu carilah kerja yang sesuai dengan kemampuan fizikal atau emosi, kelayakan akademik dan minat anda.

  1. Kemahiran Komunikasi Lisan dan Bertulis Yang Lemah

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mengakui gulungan ijazah kini bukan lagi lesen besar untuk menempatkan diri dalam dunia pekerjaan. Pelbagai faktor lain khususnya aspek fleksibiliti serta keupayaan untuk berkomunikasi yang baik turut diberi perhatian penting.

Di dalam kalangan siswazah kini juga, ramai yang menghadapi masalah komunikasi yang ketara sama ada secara lisan mahupun bertulis. Sebilangan graduan dan siswazah hanya ingin bekerja, namun sama sekali tidak ada idea mengenai perjalanan operasi sesebuah syarikat.

Golongn muda sekarang ramai yang pandai tetapi tidak bermakna mereka pandai bekerja. Kadang-kala mereka tidak datang dengan pakej teknikal iaitu kemahiran, komunikasi atau kebolehan berfikir di luar kotak. Apabila terjun ke dunia pekerjaan. mereka tak boleh buat macam dalam buku.

  1. Resume Yang Tidak Up-To-Date

Kalau dah masuk bab Resume ini, anda semestinya tahu untuk menghasilkan sebuah resume yang terbaik untuk menjadi cemninan kepada diri anda.

Perkembangan dunia sekarang sangatlah berbeza. Sudah ada banyak cara untuk variasikan format resume yang dah berhabuk tu dan jika anda masih ikut style lama, memang awal-awal ianya akan tunjuk jalan untuk tidak diterima.

Apa yang anda boleh buat?

Cuba ubah resume tu jadi yang luar biasa sikit. Banyak applikasi yang boleh kita guna untuk buat resume ni. Tak payah bayar pun, free jer. Contohnya, boleh guna applikasi Canva. Dalam ni ada banyak template cantik untuk pastikan resume anda itu nampak “fresh” dan menarik mata penemuduga.

  1. Tiada Persediaan Lengkap Untuk Temuduga

Masuk pasal temuduga, banyak sangat yang selalu ambil mudah tentang perkara ini. Ada yang datang lambat, lepas tu buat selamba. Ada yang dah sampai tempat temuduga, baru perasan dokumen tak lengkap dan berbagai lagi perkara yang menampakkan kurangnya persediaan anda untuk hadir temuduga itu.

Sesi temuduga ini sangatlah penting. Anda suda susah-susah cari dan apply, tapi anda kalah pula semasa sesi temuduga bukan sebab tak layak, tapi sebab perangai anda yang sambil lewa.

Kalau anda nak buat persedian, cuba anda study sikit berkenaan tips & panduan untuk berjaya temuduga yang begitu banyak di laman-laman web dan media sosial. Anda boleh nampak tips-tips yang berguna untuk pergi temuduga kerja dan melakukan persediaan sebaik mungkin agar penemuduga berasa kagum dengan usaha yang anda lakukan sekaligus memudahkan lagi anda menerima sesuatu jawatan itu.

  1.  Tidak Profesional Semasa Memohon Kerja

Masa hendak memohon satu-satu kerja pula, anda perlulah cuba jadi untuk jadi seprofessional yang mugkin. Jangan lah nak main-main kalau nak cari kerja ni.

Macam mana nak jadi professional?

Benda pertama yang anda perlu fokus adalah semasa hendak hantar email dengan syarikat. Di bahgian alama email anda itu, kalau boleh cuba gunalah nama anda sendiri dan jangan guna nama yang pelik-pelik. Begitu juga dengan gambar dekat akaun email anda.

Sebab sekarang ni zaman canggih, sesebuah syarikat itu boleh buat pemantauan tentang diri anda di media sosial. Sebab itu pentingnya media sosial anda untuk memaparkan sisi baik diri anda sebab kadang-kadang nak dapat kerja pada hari ini pun banyaknya datang dari media sosial juga, jadi cubalah sedaya upaya untuk kekal professional di mata syarikat yang anda mahu apply itu.

Sebenarnya, nak cari kerja ini senang, tapi ada beberapa aspek yang anda perlu tengok dulu. Sungguhpun begitu, kalau anda sendiri yang tak nak usaha sedaya upaya, memang sampai bila-bila lah anda susah untuk dapatkan kerja yang anda mahu.

Semoga sedikit perkongsian ini boleh jadi inspirasi supaya anda tidak putus asa dalam mencari kerja idaman anda.

Disini juga kami sertakan laman-laman web jawatan kosong terkini di Malaysia.

  1. Job Street: https://www.jobstreet.com.my/en/job-search/job-vacancy.php?
  2. Job Malaysia: http://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home
  3. Skoot Job: http://skootjobs.com/
  4. SPA: https://www.spa.gov.my/spa/
  5. Mudah Job: https://www.mudah.my/malaysia/Jobs-all-7020?so=1
  6. Mystar Job: http://mystarjob.com/
  7. Indeed: https://malaysia.indeed.com/
  8. Jooble: https://my.jooble.org/
  9. Wow Intro: https://wowintro.me/

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button