HARTANAH

Beli Sewa atau Flipping? Mana Lagi Untung?

Sekiranya anda mempunyai hartanah dan ingin meraih untung dari pelaburan anda itu, anda menggunakan kaedah boleh beli dan sewa atau gunakan kaedah beli dan jual.

Tapi mana satu yang lagi menuguntungkan?

  1. Beli-Sewa
    • Apabila melabur dalam hartanah, anda boleh memilih untuk membeli hartanah dan meraih pendapatan sewa daripadanya. Kaedah ini adalah cara yang seringkali digunakan oleh pemilik hartanah untuk menjana pendapatan mereka.
    • Untuk menentukan pulangan daripada cara ini, anda perlu membuat pengiraan pelaburan (ROI) anda daripada hartanah dengan mengetahui jenis hartanah yang anda beli, bakal penyewa dan lokasi hartanah anda.
    • Anda juga mungkin perlu melakukan pemeriksaan profil dan latar belakang penyewa untuk memastikan anda mempunyai perjanjian sewa terjamin dan juga boleh buat lawatan bulanan untuk memastikan penyewa tak melakukan sebarang kerosakkan terhadap harta benda atau lari tanpa bayar sewa.
    • Selain itu, anda perlu mengira pendapatan kasar sewa untuk mengetahui prestasi pendapatan kasar sewa masa depan. Selain daripada jumlah pendapatan sewa tahunan dan nilai hartanah, anda juga perlu mempunyai kos hartanah tahunan dan perbelanjaan berterusan.
    • Jika sewa yang diperolehi melebihi bayaran ansuran dan kos penyelenggaraan yang telah anda bayar, hartanah ini akan beri pendapatan berganda dengan aliran tunai bulanan positif dan peningkatan nilai hartanah.
    • Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah sewa Airbnb iaitu menerusi sewa jangka pendek Berbanding sewa jangka panjang yang ramai orang buat, sewa jangka pendek selalunya untuk pelancongan, perniagaan atau majlis untuk beberapa hari atau minggu.
    • Walaupun pendapatan tak berapa stabil, Airbnb dan sewa jangka pendek berpotensi untuk keuntungan lebih besar. Malah, kalau pandai, keuntungan anda lagi tinggi daripada sewa jangka panjang.
    • Bagaimanapun, banyak cabaran sewa jangka pendek ni guna konsep Airbnb dan homestay ni. Disebabkan orang asyik keluar masuk, anda perlu bekerja keras untuk penyelenggaran, jaga pelanggan dan memasarkan hartanah anda.
    • Kelebihan menggunakan cara beli dan sewa ini adalah anda mempunyai pegangan terhadap hartanah tersebut dan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan dalam jangka masa yang panjang.
    • Tetapi, cara ini memerlukan anda untuk mengeluarkan kos-kos tertentu seperti cukai hartanah, cukai pendapatan sewa dan cukai keuntungan harta dan tanah yang memerlukan komitmen yang tinggi
  1. Flipping / Beli-Jual
    • Kaedah ini adalah untuk memenuhi permintaan pemilikan hartanah subsale (rumah lelong atau 2nd hand) yang mempunyai beberapa faktor tarikan pembelian.
    • Flipping ini adalah satu konsep di mana anda membeli sebuah hartanah pada harga rendah dan menjualnya kembali ke pasaran pada harga yang lebih tinggi untuk mencapai keuntungan semaksimum mungkin.
    • Teknik flipping merupakan teknik yang terbukti paling efektif untuk anda yang ingin mendapatkan keuntungan pada kadar segera atau short-term kerana adalah normal untuk anda mendapat modal dan keuntungan dalam masa kurang tiga tahun dari pembelian hartanah tersebut.
    • Tetapi, anda perlulah melakukan kajian secara terperinci untuk memastikan hartanah yang anda pilih itu mempunyai nilai yang menguntungkan atau tidak. Faktor seperti bertikut perlulah diberikan perhatian:
      1. Perbandaran matang dengan kemudahan awam lengkap tersedia yang memberikan keyakinan terhadap lokasi tersebut berbanding ketika ia dalam pembinaan
      2. Kadar penghunian yang tinggi membawa kepada keyakinan pengguna terhadap kawasan tersebut
      3. Lokasi
      4. Pemilikan dan pindah masuk dengan segera
      5. Potensi pulangan sewa
      6. Pengurusan hartanah yang baik. (Ramai pembeli masih memilih hartanah subsale kerana mereka tahu dengan tepat apa yang mereka beli dan ia boleh dilihat berbanding dengan hartanah yang sedang dibina.
    • Walaupun boleh mendatangkan keuntungan dengan cepat, cara ini adalah bersifat ‘High risk, high return’ kerana boleh menjadi sangat bahaya jika anda tidak membuat sebarang kajian yang mendalam, tiada perancangan terhadap hartanah yang dibeli dan juga pengurusan kewangan yang lemah. Malah, cara ini juga berbahaya apabila selepas anda berjaya mendapat keuntungan, anda berkemungkinan menjadi ketagih untuk beli dan jual, beli dan jual sehingga masyarakat menggelar anda sebagai kapitalis hartanah

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button