INFO KEWANGAN

Bukan Sahaja Dewasa, Kanak Kanak Juga Wajib Membayar Zakat

Amalan menyimpan duit anak dari kecil merupakan satu amalan yang patut diamalkan. Namun tahukah anda bahawa kanak-kanak juga perlu membayar zakat simpanan?

Kanak-Kanak juga wajib membayar zakat simpanan sekiranya simpanan mereka mencukupi nilai minimum nisab. Hal ini kerana syarat wajib zakat tidak menetapkan syarat baligh atau berkaitan umur. Ibu bapa hendaklah peka dengan jumlah simpanan anak dan mendidik mereka untuk membayar zakat.

Sama seperti dewasa, bila dah syok menyimpan, jangan sampai lupa tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk membayar zakat simpanan. Zakat simpanan sering diabaikan oleh masyarakat kerana mereka sayang hendak mengeluarkan duit mereka. Tanpa mereka ketahui, membayar zakat dapat membersihkan harta kita.

1.Hukum

Hukum zakat simpanan ialah wajib bagi yang cukup syarat. Menurut dalil dari surah Al-Taubah:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu [Surah Al-Taubah (9): 34-35]

Namun tidak semua penyimpan perlu membayar zakat. Ramai yang keliru tentang syarat wajib zakat simpanan.

2. Syarat wajib zakat simpanan secara umum:

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Milik sempurna
  4. Cukup Nisab (85gram emas)
  5. Cukup haul (tempoh setahun)

Setelah memenuhi syarat beragama Islam, Merdeka dan milik sempurna. Dua syarat lain akan menentukan kewajipan anda membayar zakat.

Cukup nisab yang dimaksudkan ialah genap had minimum yang ditetapkan simpanan iaitu bersamaan nilai 85gram emas.

Jika mengikut harga emas pada 19 September 2021,  harga emas ialah sebanyak RM236.09 per gram.

Oleh itu nisab simpanan mengikut tarikh ini adalah seperti berikut:

RM236.09 x 85gram emas = RM20 067.65 (nisab minimum terkini)

Jika anda mempunyai wang sebanyak RM20 067.65 minimum, anda hendaklah mencatit tarikh pertama simpanan tersebut berjaya dicapai (cukup nisab) untuk menentukan haul.

Cukup haul ialah tempoh genap setahun dari tarikh pertama simpanan anda mencapai nisab iaitu RM20 067.65.

Jika simpanan anda tidak berkurangan daripada jumlah nisab, maka zakat simpanan wajib dikenakan sebanyak 2.5% ke atas simpanan selepas setahun tempoh simpanan cukup nisab.

Jika jumlah simpanan anda berkurangan dalam masa setahun anda menyimpan atau jumlah nisab/harga emas telah meningkat dan simpanan tidak mencapai jumlah minimun nisab. Maka gugurlah syarat wajib zakat keatas diri anda.

Anda hendaklah mengira semula nisab yang baharu dan mencukupkan haul untuk membayar zakat simpanan.

Namun jika jumlah simpanan anda sentiasa bertambah dan melebihi jumlah nisab selepas genap setahun walaupun harga nisab berubah, maka anda wajib membayar zakat simpanan.

3. Cara mengira zakat secara umum

RM20 067.65 (jumlah simpanan) x 2.5%

= Rm501.70

Rm501.70 ialah jumlah wajib zakat simpanan yang dikenakan.

4. Jika simpanan cukup nisab sehingga setahun, bagaimana hendak menentukan jumlah zakat yang perlu kita bayar dari simpanan kita?

Menurut Ustaz Harryanto Rizal, daripada simpanan kita setahun, baki simpanan yang terendah ialah jumlah yang perlu dikenakan zakat.

Sebagai contoh:

Januari: Syahmi memasukkan RM50 000 di dalam bank

Baki akaun Januari: RM50 000

Mei: Syahmi mengeluarkan duit sebanyak RM20 000

Baki akaun Mei: RM 30 000 (RM50 000 – RM20 000)

September: Syahmi memasukkan duit sebanyak RM 25 000

Baki akaun: RM55 000 (RM30 000 + RM25 000)

 Disember: Syahmi Mengeluarkan duit sebanyak RM15 000

Baki akaun: RM60 000

Dari tempoh setahun tersebut, carilah jumlah simpanan yang terendah. Baki simpanan yang terendah/ jumlah yang diambil untuk dikenakan zakat oleh Syahmi ialah Rm30 000.

Jika dalam perbankkan konvesional, anda hendaklah menolak segala bonus dari simpanan atau dividen simpanan, barulah di kali dengan 2.5%.

Sekiranya penyimpan memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu menjumlahkan kesemua baki terakhir bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila jumlah kesemua baki terakhir tersebut menyamai atau melebihi nisab.

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button