INFO KEWANGAN
Trending

Business Sendiri Bukan Untuk Orang Yang Takut Gagal.

Pernah tak anda merancang untuk berhenti kerja makan gaji dan mulakan perniagaan anda sendiri? Mungkin anda terlalu fokus untuk menyediakan dana atau simpanan yang secukupnya sehingga anda terlupa untuk mengasah mental anda.

Anda boleh sediakan simpanan sehingga 6 bulan gaji sebelum berhenti kerja, tetapi jika persediaan mental anda sangat lemah, anda sukar untuk pergi jauh dalam perniagaan.

Kami ingin kongsikan beberapa persediaan mental yang perlu anda lakukan sebelum berhenti kerja makan gaji.

#1 Gagal itu Biasa

Semasa anda bekerja makan gaji, tiada istilah gagal kerana setiap bulan pasti anda akan terima gaji. Berbeza dengan bekerja makan gaji, income bulanan bagi orang berniaga sendiri adalah berdasarkan jualan yang anda berjaya lakukan.

Jika tiada pembeli, bukan sahaja tiada gaji bulanan, anda juga akan mengalami kerugian dan agak sukar untuk mengembalikan duit modal. Oleh itu, anda perlu kuatkan mental bahawa gagal itu biasa dan jangan pernah putus asa.

Namun, jika pernah merasa kegagalan, jangan pula anda tidak membuat sebarang perubahan kerana kegagalan tersebut mungkin akan berterusan. Pastikan anda tahu apakah punca kegagalan tersebut dan anda perlu cuba cara terbaik untuk tidak mengulangi kesilapan yang lepas.

Sumber: https://www.rumahpopuler.com/

#2 Jangan dengar cakap orang

Jangan pernah sesekali beri peluang untuk orang lain meruntuhkan semangat anda dan mengubah matlamat anda. Percaya kepada diri sendiri adalah kunci utama dalam memulakan perniagaan. Pedulikan segala kata-kata negatif dari mulut orang lain terutamanya dari orang yang tidak mempunyai pengalaman.

Sumber: https://www.juproni.com/

Apabila anda mendengar nasihat dari orang ramai yang tidak mempunyai pengalaman, anda mungkin mendengar nasihat yang membuatkan anda kecewa dan berhenti dari berniaga. Maka carilah orang yang berpengalaman untuk dengar nasihat dan dorongan yang sepatutnya.

Perkara ini akan mendorong anda fokus dalam apa yang anda telah rancang dan memajukan perniagaan. Pastikan diri anda sentiasa dikelilingi dengan orang yang positif terutama dari mereka yang menjalankan perniagaan.

#3 Fikir jangka masa panjang

Apabila anda ingin memulakan sesuatu perniagaan, pastikan anda mempunyai pelan jangka masa panjang. Maksudnya disini adalah keuntungan yang anda terima hari ini walaupun sedikit adalah untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak pada masa hadapan.

Jangan boros dan gelap mata apabila menerima keuntungan di awal perniagaan kerana anda tidak tahu apa akan terjadi kepada perniagaan anda pada masa hadapan. Sistem dan polisi yang baik juga sangat membantu untuk terus memajukan sesebuah perniagaan.

Anda juga harus mempunyai pelan back up sekiranya perniagaan anda tidak berjaya. Ini termasuklah menyediakan simpanan yang mencukupi untuk sebarang masalah.

#4 Kawan Menjadi Lawan

Inilah adat dalam berniaga. Dari sinilah anda akan sedar siapa kawan dan siapa lawan. Anda perlu tahu, tidak semua kawan anda mempunyai hati yang baik walaupun luaran dan perangainya kelihatan baik.

 Mungkin ada yang dalam diam cuba memusnahkan perniagaan anda dan mungkin ada juga yang akan mengambil kesempatan. Mengambil kesempatan boleh dikatakan budaya di dalam berniaga. Mereka sering meminta ‘diskaun’ atau barang/servis percuma dengan menggunakan tiket “kita kan kawan?”

Abaikan mereka dan tetapkan pendirian anda. Jika anda terus memberi peluang, mereka akan ‘lupa diri’ dan melakukannya banyak kali sehingga menyebabkan kerugian. Ingatlah, kawan yang baik ialah kawan yang ada ketika jatuh bangun dan membantu kita menjadi lebih berjaya.

Ringkasnya, pelbagai cabaran yang akan anda alami ketika berhenti makan gaji dan mula berniaga sendiri. Kuatkan mental dan fizikal anda dan tetapkanlah matlamat untuk terus maju dan berjaya.

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button