PINJAMAN PERIBADI

Cara Elak Muflis Dari Personal Loan

Pada hari ini, sangat mudah untuk mendapatkan pinjaman terutamanya apabila adananya banyak pekej personal loan yang ditawarkan oleh bank.

Tetapi, tahukah anda, jika tersilap langkah semasa membuat personal loan ini, anda mungkin boleh diishtiharkan muflis apabila anda:

  1. Berhutang lebih RM50,000 dan tak mampu bayar
  2. Gagal bayar hutang selama 6 bulan berturut-turut
  3. Menetap di Malaysia selama lebih setahun dalam tempoh berhutang

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan pada tahun 2018, jumlah tertinggi orang yang diishtiharkan muflis di Malaysia adalah disebabkan oleh personal loan iaitu sebanyak 28%.

Oleh itu, perancangan yang baik sebelum membuat personal loan adalah sangat penting agar anda tidak terjerat dengan masalah kewangan yang akan menyusahkan kehidupan anda di kemudian hari.

Berikut senarai Bank yang menawarkan personal loan di Malaysia dengan kadar faedah terendah yang dikenakan bagi mengikut kemaskini tahun 2021:

Nama bankKadar faedah/keuntungan
MBSB2.52 % ( Kadar Efektif: 4.77% )
Al Rajhi3.99 % ( Kadar Efektif: 7.4% )
Bank Rakyat4.26 % ( Kadar Efektif: 7.88% )
Public Bank4.45 % ( Kadar Efektif: 8.21% )
RHB4.5 % ( Kadar Efektif: 8.29% )
Bank Muamalat4.85 % ( Kadar Efektif: 8.9% )
Bank Islam4.99 % ( Kadar Efektif: 9.14% )
Hong Leong5.0 % ( Kadar Efektif: 9.15% )

Sumber: https://loanstreet.com.my/ms/pinjaman-peribadi

Jadi, sebelum anda buat pilihan bank yang terbaik, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti:

  1. Tahu Kriteria Kelayakan Pinjaman Peribadi Seperti:
    1. Berumur melebihi 21 tahun (ini berbeza mengikut bank– sesetengah bank menerima pemohon pinjaman yang berumur 18 tahun atau lebih)
    2. Warganegara Malaysia atau mempunyai status penduduk tetap (PR)
    3. Mempunyai akaun bank yang masih aktif
    4. Mempunyai pendapatan tetap / gaji, atau bekerja sendiri
  1. Tahu Jumlah Maksimum Yang Boleh Pinjam

Anda sepatutnya tahu jumlah maksimum yang mampu anda ambil sebelum membut pinjaman agar anda tidak meminjam melebihi kemampuan anda.

Anda boleh mengunakan calculator online yang tersedia dilaman web untuk membuat pengiraan berkaitan perkara ini dan meminjam dengan jumlah yang besesuai dengan anda.

Contoh pengiraan kelayakan pinjaman tidak lebih dari 60% daripada Gaji Kasar + Elaun.

GAJI POKOK + ELAUN TETAP = RM2000

POTONGAN = RM1000

RM2000 x 60% – RM1000 = RM200

Kelayakan pinjaman tidak lebih drpd RM200 yang layak dipotong sebulan.

  1. Tahu Tujuan Membuat Pinjaman

Pinjaman peribadi ini anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti buat modal perkahwinan, membeli kereta, membayar hutang Ptptn, melancong dan bermacam lagi. Senang cerita dia tidak terikat untuk satu jenis pinjaman sahaja.

Jadi penting untuk kita tahu tujuan kita membuat pinjaman itu agara kita menggunakan wang pinjaman itu dengan sebaik mungkin dan tidak mengambil pinjaman yang sia-sia.

  1. Membaca Butiran Kontrak Pinjaman

Banyak maklumat kritikal, seperti pilihan prabayar, disediakan dalam terma dan syarat kontrak pinjaman yang kita terlalu malas untuk membacanya dengan mengandaikan kita mengetahui segala-galanya.

Tetapi, butiran pinjaman ini adalah satu perkara yang perlu anda titikberatkan semasa membuat personal loan ini keranra banyak pinjaman peribadi yang akan kenakan syarat-syarat kelayakan yang ketat dan berkemungkinan mampu menjerat anda kedalam masalah kewanagan.

  1. Ketahui Kadar Faedah Rata

Pada asasnya, kadar faedah rata ialah faedah yang dikenakan ke atas prinsipal penuh anda (jumlah yang dipinjam) sepanjang tempoh pinjaman.

Walaupun pengiraannya agak mudah, peminjam selalunya tak perasan bahawa melalui pengiraan kadar faedah rata, faedah sentiasa dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman asal anda. Oleh itu, tak kira berapa banyak jumlah yang telah anda bayar, anda (peminjam) masih perlu bayar faedah penuh seperti yang dikira pada permulaan pinjaman anda.

Satu contoh bagaimana kadar faedah rata dikira: Katakan anda ambil pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah yang rata sebanyak 10% setahun. Caj faedah akan menjadi RM1,000 setiap tahun sehingga keseluruhan jumlah pinjaman diselesaikan / dibayar balik (iaitu kadar faedah sebanyak RM1,000 setiap tahun tanpa mengira baki pinjaman anda).

Semasa sudah membuat pinjaman pula, anda perlu memastikan anda menjadi peminjam yang bertanggungjawab unuk mengelakkan anda dikenakan cas-cas tertentu yang akan membebankan anda. Yang penting selepas mengambil pinjaman ini adalah anda perlu Bayar on time mengikut perjanjian kerana adanya cas-cas tertuntu jika anda gagal membayar pada masanya seperti:

  1. Yuran Untuk Pembayaran Balik Awal

Sesetengah pemberi pinjaman akan kenakan penalti terhadap peminjam yang nak bayar sepenuhnya pinjaman peribadi mereka lebih awal dari tempoh yang dipersetujui (ini kerana ia akan menyebabkan pemberi pinjaman gagal mendapat kadar faedah penuh yang akan didapati jika peminjam meneruskan pinjaman mengikut tempoh penuh). Yuran pelunasan awal selalunya adalah peratusan (sekitar 2% hingga 3%) yang dikenakan ke atas baki pinjaman tertunggak pada masa pembayaran balik penuh.

  1. Caj Pembayaran Lewat

Sekiranya anda gagal buat pembayaran balik pinjaman bulanan anda pada masa yang ditetapkan, anda mungkin akan dikenakan yuran bayaran lewat. Di samping itu, terdapat juga dua perkara yang mungkin berlaku. Pertama, pemberi pinjaman ada hak untuk ambil tindakan undang-undang terhadap anda. Kedua, bank boleh potong mana-mana baki kredit dari akaun bank anda (dengan syarat ia adalah bank yang sama) untuk mengimbangi jumlah yang anda terhutang dalam pinjaman anda. Jika peminjam telah mendapatkan pinjaman bercagar, bank boleh menarik balik aset yang ditetapkan sebagai cagaran.

Oleh itu, dengan mengetahui perkara-perkara ini, anda dapat membuat perancangan yang lebih terliti sebelum dan selepas membuat sebarang pinjaman pribadi agar ianya mampu mendatangkan kebaikan kepada anda bukannya kerugian.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button