INFO KEWANGAN

“Dari Seorang Yang Pendiam, Air Freshener Ubah Personaliti Saya”

Pada peringkat awal, Nur Izzati Rasyidah Sahawal, 23, mahasiswi syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, hanyalah berniaga untuk mengisi masa lapang dan untuk mencari duit tambah.

Tanpa disangka-sangka, jualan pewangi Hedo Air Freshener miliknya menjadi maju sehingga beliau berhasil membuat income bulanan mencapai empat angka.

Oleh itu Izzati telah membuat keputusan untuk meneruskan jualannya dan mulai serius untuk terus memajukan jualan pewangi Hedo Air Freshener miliknya.

Pelbagai cabaran dan halangan telah dihadapi Izzati sepanjang perniagaannya sehingga tanpa sedar, ianya telah mengubah personaliti Izzati kepada lebih baik:

#1 Lebih Positif

Izzati mengatakan perkara yang paling membawa kesan kepada dirinya selepas memasuki dunia perniagaan ialah menjadi seseorang yang lebih positif dalam menghadapi sesuatu masalah.

Izzati percaya setiap kesusahan akan mendapat ganjaran yang setimpal serta setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Adat di dalam perniagaan, akan ada satu saat kita berasa penat dan putus asa. Tetapi Izzati tetap bangkit dan cuba positif kan diri. Menurut Izzati:

“Tipulah tak penat, tapi jangan risau. Jangan berhenti setakat situ je. Rehat sekejap then sambung balik, Kalau kita nak sesuatu yang luar biasa, kita kene buat perkara yang kita tak biasa

#2 Pandai Urus Duit

Apabila melibatkan diri dalam perniagaan, masalah modal dan kerugian menjadi masalah utama peniaga. Ini juga dihadapi Izzati semasa mula berniaga.

 Sejak itu Izzati mula menguruskan duit dengan betul dengan mengasingkan duit modal, duit belanja, duit simpanan dan duit back-up. Duit back-up yang disediakan adalah bagi menampung sebarang kerugian perniagaan.

“Masa awal awal start business, kita jangan mengharapkan untung yang besar. Sabar dulu and trust the process. InsyaAllah keuntungan kita akan jadi makin banyak dan senang nak dapat balik modal”

Izzati juga akan menyimpan sebelum berbelanja supaya tidak berbelanja melebihi bajet yang ditetapkannya. Sikap Izzati yang dahulu suka shopping juga berubah sikit demi sedikit apabila Izzati mula sedar mana kepentingan dan mana kehendak yang perlu diutamakan.

#3 Mudah Berkomunikasi

Mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak tetapi perniagaan mengubah Izzati menjadi seseorang yang lebih mesra dan dapat berkomunikasi dengan lebih baik terutamanya dengan orang yang lebih tua dan berpangkat tinggi.

Izzati yang terkenal dengan sifat pendiam dan pemalu tekad mengubah dirinya untuk memajukan perniagaannya sendiri.

Perubahan Izzati juga dapat dilihat oleh rakan-rakannya. Izzati kini lebih yakin untuk membuat presentation di hadapan kelas dan lebih mudah mesra dengan orang sekelilingnya.

Bermula dengan ‘terpaksa bercakap untuk mencari customer’, sikap mudah mesra tersebut kemudian telah sebati di dalam dirinya.

“Mungkin sebab izzati ramai jumpa orang masa nak jual Hedo Air Freshener ni, sedikit sebanyak ia ubah personaliti Izzati dari seorang yang pendiam dan pemalu terus jadi orang yang lebih yakin bila bercakap”

#4 Mendekatkan diri dengan Allah dan Keluarga

Di dalam perniagaan yang tidak tentu keuntunggannya, kebergantungan Izzati terhadap Tuhan sangat tinggi. Izzati meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Tuhan memandangkan Tuhan adalah pemberi rezeki. Beberapa ibadah juga diamalkan oleh Izzati seperti solat Dhuha dan sebagainya supaya dimurahkan rezeki.

Izzati juga mengingatkan dirinya bahawa Tuhan akan sentiasa membantu hambanya yang berusaha dan mendengar segala doa hambanya. Ianya membuatkan Izzati tidak berputus asa dan lebih bersemangat untuk berniaga.

Hubungan Izzati dengan keluarga juga menjadi lebih rapat setelah melibatkan diri di dalam dunia perniagaan. Ibu bapa Izzati memberikan sepenuh sokongan dan sentiasa bantu memudahkan urusan perniagaannya.

Sokongan yang diberikan mereka amat bermakna untuk Izzati. Izzati juga bertekad untuk terus memajukan jualannya agar boleh meringankan beban ibu bapanya dan membalas segala jasa.

Ringkasnya, memasuki dunia perniagaan adalah satu langkah  berani yang memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Nasihat Izzati kepada peniaga baru:

 “Just buat, tak cuba tak tahu dan jangan lupa untuk selalu cari ilmu baru”

Izzati bersama stok Hedo Freshener

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button