INFO KEWANGAN
Trending

Duduk Di Rumah Mentua Semata-mata Untuk Berjimat. Adakah Masih Relevan?

Bila dah berkahwin, segelintir pasangan memilih atau terpaksa tinggal di rumah mentua atas beberapa sebab tertentu. Ada yang untuk berjimat, untuk menjaga mentua dan sebagainya.

Perkara ini boleh mendatangkan kebaikan dan juga boleh mendatangkan keburukan kepada pasangan terutama kepada pasangan yang baru berkahwin. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum tinggal bersama mentua.

#1 Kos Sara Hidup

Pilihan untuk duduk di rumah mentua kebanyakkan adalah untuk berjimat dan mengumpul semula duit bagi memulakan kehidupan sendiri.

Tidak dinafikan, jika tinggal di rumah mentua, kita dapat mengelak dari membayar rumah sewa dan sebagainya.

Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu kita consider ketika tinggal di rumah mentua seperti kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi sekiranya terdapat ahli lain (adik ipar, abang ipar dan sebagainya) yang duduk bersama satu rumah.

Sebagai contoh, jika kita membeli barang dapur, barang dapur tersebut hendaklah mencukupi jumlah isi rumah sehingga menyebabkan bajet kita lebih tinggi berbanding tinggal berdua. Kita juga terpaksa membayar bil elektrik, air dan sebagainya lebih tinggi.

Perkara ini akan menjadi lebih membebankan jika anak lain di dalam rumah tidak sama bantu menghulurkan duit untuk segala perbelanjaan.

#2 Kerjaya

Jika duduk di rumah mentua, sudah tentu kita harus faham terdapat beberapa rules yang perlu diikuti seperti tidak boleh balik terlalu lewat dan harus membantu di dapur bagi wanita.

Perkara ini sebenarnya agak menjadi masalah kerana kebanyakkan pasangan yang baru berkahwin akan bekerja lebih masa bagi mengumpul semula duit yang habis ketika kenduri. Jadi pada lelaki yang akan selalu balik lewat, ianya tidak akan menyenangkan mak mentua.

Bagi wanita pula, mereka akan berasa sedikit terbeban kerana terpaksa membantu dan membuat kerja rumah selepas penat bekerja.

Walaupun kedengaran cliche tetapi masih ada mentua yang tidak gemar jika menantu perempuannya bekerja. Mereka menganggap kerjaya wanita adalah di rumah sahaja. Oleh itu,ramai mentua akan menggalakkan para menantu wanita untuk berhenti kerja dan menolongnya di rumah disamping menjaga suami.

#3 Tidak Berdikari

Kebiasaanya, pasangan akan tinggal di rumah mentua untuk mengumpul duit membeli rumah dan mengelak dari membayar rumah sewa.

Ianya adalah satu fasa persediaan sebelum membeli rumah sendiri dan menguruskan rumah tangga sendiri.

Namun apabila sudah terbiasa dengan kesenangan dan penjimatan, mereka akan membuat keputusan untuk menetap terus di rumah mentua.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pasangan hendaklah belajar berdikari. Ianya akan menjadi sukar pada mulanya tetapi jika pasangan lebih berusaha dan berjimat, pasti akan senang di kemudian hari.

#4 Privasi

Setiap manusia memerlukan privasinya sendiri untuk bersendirian atau membuat perkara yang mereka suka. Jika tinggal di rumah mentua, privasi pasangan dan mentua akan menjadi terhad.

Di dalam situasi ini, pasangan hendaklah membuat keputusan sama ada untuk membayar lebih tinggi bagi mendapatkan lebih privasi atau mengorbankan privasi dan lebih jimat.

Namun sekiranya hendak tinggal bersama mentua, pasangan hendaklah meminta persetujuan dari mentua juga.

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button