INFO KEWANGAN
Trending

Elakkan Pinjam Duit Dari Keluarga Jika Tidak Mampu Bayar Hutang.

Apabila anda gagal mengurus kewangan anda dengan baik, hutang anda mungkin akan terus meningkat sehingga pada satu tahap anda tidak mampu lagi untuk membuat bayaran semula. Kes ini sering terjadi apabila perbelanjaan bulanan anda sudah melebihi pendapatan yang diterima setiap bulan.

Apabila terlepas bayaran untuk beberapa bulan, pihak bank akan menghantar laporan tersebut ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk merekod di dalam laporan CCRIS anda. Jika keadaan ini berlaku kepada diri anda, jangan panik tetapi mula cari jalan penyelesaian.

Walau bagaimanapun,perlu diingatkan bahawa anda tidak sepatutnya melibatkan ahli keluarga lain dalam masalah kewangan anda. Perkara ini boleh membawa kepada konflik di dalam keluarga dan mungkin akan membebankan ahli keluarga yang lain.

  • Kurangkan Perbelanjaan dan Tingkatkan Pendapatan

Seperti yang diketahui, Perkara asas dalam pengurusan kewangan adalah mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan.

Kurangkan perbelanjaan dengan membuat pelan perbelanjaan yang mengikut bajet. Jika hutang anda terlalu banyak, anda berkemungkinan perlu lakukan dua atau tiga kerja sampingan.

Ini adalah kesan apabila hutang tersebut tidak mampu diurus dengan baik pada peringkat awal lagi. Elakkan untuk meminjam dari pihak lain untuk membayar hutang yang sedia ada kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Anda juga boleh memanfaatkan platform internet untuk mendapatkan lebih keuntungan.

Selain itu, satu teknik yang anda boleh guna adalah dengan menyelesaikan baki hutang yang sedikit dahulu. Cara ini adalah satu bentuk motivasi supaya anda dapat lihat hutang tersebut semakin berkurang.

  • Jual Aset

Jika anda di dalam keadaan yang terdesak dan mempunyai aset lebih, anda boleh menjualnya untuk membayar hutang yang ada walaupun sedikit.

Sebagai contoh, jika anda memiliki rumah besar, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menjualnya dan membeli rumah yang lebih kecil untuk mengurangkan hutang.

Anda perlu ingat, perkara yang anda perlu utamakan ialah untuk membersihkan nama anda dari senarai penghutang. Percayalah, mungkin agak sukar pada awalnya. Namun jika anda bersabar dan berusaha, anda akan berasa tenang selepas habis membayar segala hutang.

  • Bincang dengan pihak bank

Hubungi institusi perbankan anda dan jelaskan masalah anda kepada mereka. Institusi perbankan lebih suka dimaklum lebih awal apabila peminjam menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran.

Ini untuk memastikan bahawa penyelesaian yang dapat dibuat di antara kedua-dua belah pihak sementara masalahnya masih terkawal.

Umumnya, institusi perbankan akan mempertimbangkan permintaan untuk mengubah jumlah pembayaran untuk jangka waktu sementara atau menyusun semula pinjaman dengan mengubah syarat dan terma perjanjian pinjaman asal.

Ingatlah bahawa institusi perbankan pastinya tidak mahu peminjamnya gagal membayar balik pinjaman, jadi jangan takut untuk bercakap dengan institusi perbankan anda

  • Bantuan Badan Berdaftar

Anda juga boleh dapatkan bantuan dari pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di facebook https://www.facebook.com/AKPKofficial untuk menguruskan hutang anda. Pihak AKPK akan menstruktur semula hutang sedia ada mengikut kemampuan bulanan anda.

Namun, satu perkara anda perlu faham adalah pihak AKPK tidak memberi sebarang bentuk bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang anda. Khidmat pengurusan kewangan yang mereka berikan adalah untuk berbincang dengan pihak pemiutang dan khidmat tersebut adalah percuma.

Rujukan:

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/31016?language=my

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button