INFO KEWANGAN

Gaya Hidup Kontemporari Punca Masalah Kewangan Fresh Grad

Tahukah anda, kebanyakkan mahasiswa juga mempunyai masalah kewangan walaupun sudah mendapat pekerjaan?

Sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang baru. Ini kerana, Sejak dulu lagi masalah ini sudah wujud namun sejak pendemik pada akhir-akhir ini ia menjadi semakin meruncing. Mengapa perkar aini berlaku?

1. Kos Sara Hidup Yang Tinggi

Punca utama masalah kewangan di kalangan mahasiswa adalah kos sara hidup yang tinggi. Pada hari ini segala-galanya memerlukan wang dan disebabkan oleh semuanya mahal, maka para mahasiswa akan mempunyai masalah untuk menguruskan kewangan mereka apabila berhadapan situasi ini.

Lebih-lebih lagi bagi mahasiswa yang baru menamatkan pengajian dan tinggal jauh dari keluarga mereka. Bayangkan berapa mahal harga bilik sewa yang perlu mereka bayar setiap bulan. Ia belum lagi termasuk kos pengangkutan dari rumah sewa dan sebangainya.

Selain kos perumahan dan pengangkutan, mahasiswa juga bergelut dengan perbelanjaan makan minum mereka serta kos mencari kerja ataupun kos yang perlu dihadapi semasa tidak bekerja.

2. Duit Dihabiskan Untuk Gaya Hidup

Ada juga mahasiswa yang mempunyai masalah kewangan bukan disebabkan tekanan hidup namun disebabkan oleh pilihan sendiri.

Mereka ini dikatakan mengamalkan gaya hidup dengan berbelanja mengikut kehendak, memilih gaya hidup diluar kemampuan, malah terikut-ikut dengan kawan-kawan.

Masalah yang selalu kita dapat lihat adalah seperti menghabiskan duit untuk membeli telefon bimbit model terbaru, bercuti di dalam dan luar negeri dan kesudahannya, duit mereka habis begitu sahaja.

Malah, ada juga mahasiswa yang terpengaruh dengan rakan sebaya untuk berbelanja membeli barangan berjenama, sering makan di tempat mahal dan membeli kereta yang tidak diperlukan.

3. Tidak Pandai Untuk Mengurus Dan Merancang Kewangan

Dalam usia yang muda dan ketika baru nak mengenal dunia, kebanyakan mahasiswa tidak pandai untuk merancang dan mengurus kewangan sendiri.

Inilah puncanya kenapa mereka berbelanja melebihi yang sepatutnya. Jika dibiarkan, ianya akan berlarutan sehingga kealam bekerja di mana gaji yang masuk tidak dapat menampung perbelanjaan setiap bulan lalu mengakibatkan bebanan hutang keliling pinggang.

4. Penggunaan Kad Kredit Tanpa Had

Jangan pelik jika kami katakana bahawa pada hari ini golongan mahasiswa juga sudah memiliki kad kredit. Usia muda yang belum matang di mana mereka tidak pandai untuk menguruskan kewangan dengan baik, ditambah pula dengan pengaruh rakan sebaya serta gaya hidup moden yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi menyebabkan ramai mahasiswa yang menyalahgunakan kad kredit.

Perkara ini menyebabkan mereka dibebani oleh hutang kad kredit yang mempunyai peratus faedah yang tinggi yang akhirnya mengundang masalah apabila diiyshtiharkan sebagai muflis dan disenaraihitamkan.

5. Hutang Baru Untuk Menutup Hutang Lama

Pernah dengar istilah gali lubang tutup lubang?

Ia adalah keadaan di mana seorang mahasiswa membuat hutang baru semata-mata untuk menyelesaikan hutang yang lama. Sebagai contoh, apabila seorang mahasiswa tidak mampu untuk membayar hutang kad kredit yang banyak dengan peratus faedah yang tinggi, dia memutuskan untuk membuat pinjaman baru untuk membayar hutang kad kredit bagi mengelakkan daripada diisyhtiharkan sebagai muflis dan disenarai hitamkan.

Untuk penyelesaian masalah jangka pendek itu sudah selesai, namun muncul pula masalah hutang baru dan memaksa mereka menyelesaikan hutang baru pula. Jika dia tidak mampu untuk membayar hutang baru, ada kebarang kalian yang dia akan membuat hutang baru pula bagi membayar hutang tadi. Begitulah seterusnya, kitaran yang sama akan berulang.

Ia bukan sahaja akan menjejaskan tahap kewangan individu tersebut malah akan mencipta satu patent dalam hidup. Apabila mahasiswa tadi memasuki alam pekerjaan, dia akan terus dibelenggu oleh hutang dan akan sentiasa berhutang demi kelangsungan hidup adalah agak mustahil untuk dia merasai hidup bebas hutang selagi patent yang dicipta tidak dihentikan.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button