
Gaji yang rendah sering menjadi keluhan para pekerja. Dengan keadaan ekonomi yang merosot, agak beban untuk beli barang dapur, beli barang anak yang mahal, bayar bil air, elektrik, internet dan banyak lagi. Kadangkala baru dapat gaji duit dah habis bayar segala keperluan.
Bukan sahaja perbelanjaan harian, malah hendak membuat loan rumah pun susah jika kita bergaji rendah. Pihak bank mahukan peminjam yang bergaji tinggi atas dasar kemampuan bayaran semula yang lebih baik. Oleh itu, jika anda sedang bekerja atau masih mencari kerja, kami kongsikan beberapa tip untuk anda lakukan bagi mendapatkan kenaikan gaji yang lebih tinggi.
#1 Disiplin Diri
Disiplinkan diri anda ketika bekerja dari aspek tepati waktu, menghantar kerja awal, berpakaian kemas dan sebagainya. Orang yang berdisiplin sering dipandang tinggi dan mendapat kepercayaan oleh ramai orang terutamanya bos anda.
Jika anda tidak berdisiplin, anda mungkin akan dilabel sebagai pemalas, pengotor atau tidak berguna. Ianya tidak membantu anda naik pangkat malah lebih teruk, anda mungkin akan dibuang kerja.
#2 Banyak Tanya
Sifat ‘Jangan malu bertanya’ mungkin tidak sebati dengan kebanyakkan rakyat Malaysia yang mudah malu. Mereka malu dilabel sebagai lambat belajar disebabkan selalu bertanya. Pedulikan mereka dan terus bertanya! Bertanya membolehkan anda mendapat lebih banyak ilmu dan idea.
Selain itu, bos anda juga akan nampak anda sebagai seorang yang bersungguh-sungguh untuk memahami sesuatu perkara. Lebih menarik lagi, anda akan dilihat sebagai seorang yang menonjol di kalangan staff yang lain. Seseorang yang menonjol akan mendapat lebih tinggi kenaikan gaji berbanding orang lain.
#3 Bantu Kerja Rakan Lain
Bantu yang dimaksudkan bukanlah bermaksud anda membiarkan diri anda dipergunakan oleh orang lain. Apabila kerja anda siap dan mempunyai masa lapang, gunakan kesempatan untuk bantu rakan anda yang lain terutama dalam bidang yang berbeza.
Selain menonjolkan diri anda sebagai seorang yang berguna, anda juga boleh belajar perkara baru dan menjadi seorang yang serba tahu dalam sesuatu syarikat. Ini membuatkan anda lebih sukar untuk dibuang kerja dan mendapat perhatian orang atasan.
#4 Lompat kerja
Ada sesetengah orang tidak menggalakkan kita sering ‘lompat kerja’ kerana anda mungkin di anggap tidak setia. Namun, jika anda lompat kerja, anda mungkin berpeluang untuk lihat kebolehpasaran anda di pasaran semasa dan menambah pengalaman. Lebih banyak tawaran interview yang anda terima, lebih tinggi peluang untuk anda minta kenaikan gaji anda.
#5 Demand
Jika anda yakin anda sudah banyak buat kerja untuk syarikat dengan baik, anda sebenarnya ada hak untuk meminta kenaikan gaji. Ini adalah masa terbaik untuk anda lihat sama ada bos anda akan hargai anda atau tidak. Bos yang baik biasanya akan menghargai stafnya yang sudah banyak bekerja untuk syarikat.
#6 Pengetahuan Luas
Ya. Jika anda mempunyai pengetahuan yang luas atau anda sering ambil tahu hal semasa, anda mungkin akan dipandang tinggi walaupun anda hanya seorang staff junior.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk rajin membaca berita dan tambah pengetahuan am. Anda juga digalakkan untuk join pelbagai kursus online yang ditawarkan bagi meningkatkan kebolehpasaran diri. Dengan itu, anda berkelayakan untuk meminta kenaikan gaji setanding dengan pengetahuan dan kemahiran anda.