HARTANAH

Jenis Pelaburan Hartanah Yang Menguntungkan Pada Masa Ini Selain Pelaburan Kediaman

Pelaburan hartanah adalah pelaburan di atas tanah, sumber yang semakin terhad yang sama seperti emas dan perak.

Terdapat beberapa cara untuk melabur menerusi sumber ini, dalam bentuk pelbagai jenis hartanah, yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Antara jenis pelaburan hartanah yang menguntungkan adalah pelaburan kediaman

Pelaburan kediaman adalah pelaburan ke atas hartanah hakmilik kediaman seperti rumah teres, pangsapuri, kondominium dan lain-lain jenis hartanah yang memiliki status yang sama.

Hartanah jenis ini mungkin berstatus komersial tetapi dianggap sebagai hak milik kediaman kerana dilindungi di bawah HDA. Hartanah komersial jenis ini adalah seperti pembangunan SoHo (Small Office Home Office), salah satu jenis pelaburan yang paling biasa dan popular.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelabur dan pembeli mendapat harga permulaan lebih rendah dan memperolehi margin pinjaman lebih tinggi (margin pembiayaan sehingga 90%) berbanding dengan pilihan pelaburan hartanah komersial lain.

Namun, tidak semua pelaburan akan menjana hasil keuntungan yang sama kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor terutama sekali lokasi hartanah.

Selain pelaburan hartanah ini, berikut beberapa lagi pelaburan hartanah yang boleh mendatangkan keuntungan:-

  1. PELABURAN KOMERSIAL

Contoh pelaburan komersial adalah seperti lot kedai dan runcit. Hartanah berstatus komersial ini hanya untuk kegunaan perniagaan, biasanya unit-unit ini disewakan kepada syarikat atau pemilik perniagaan kecil.

Hartanah dalam kategori ini adalah hartanah yang memiliki status hak milik komersial terutamanya bangunan pejabat Small Office Versatile Office (SOVO), Small Office Flexible Office (SOFO), Small Office Lease Office (SOLO), Small Office Smart Office (SOSO) and lain-lain lagi.

Apabila melabur dalam hartanah komersial, faktor yang perlu dipertimbangkan adalah modal pendahuluan yang lebih tinggi.

Pelaburan hartanah komersial memerlukan daya tahan pegangan yang lebih kuat kerana unit komersial sangat bergantung pada kadar penghunian di dalam bangunan atau lot kedai, kawasan sekitar, kecekapan pengangkutan awam dan juga kualiti penyelenggaraan bangunan.

Ini kerana jualan dan pulangan daripada aset hartanah komersial lebih tinggi daripada perumahan yang bermaksud ianya lebih berisiko dalam pelaburan hartanah komersial.

  1. PELABURAN RUNCIT

Pelaburan runcit ini bermaksud memiliki dan menguruskan harta tanah runcit di daerah pusat perniagaan dan kawasan kelas atas. Pelabur akan menyewakan ruang niaga kepada penyewa yang ingin mendirikan pusat membeli-belah, kedai runcit, butik, dan lain-lain.

Dalam beberapa kes, tuan tanah menerima peratusan keuntungan diraih penyewa selain kadar sewa asas untuk memastikan hartanah berada dalam keadaan terbaik. Pelaburan ini adalah gabungan pelaburan hartanah dan perniagaan.

Pelaburan jenis ini memberi peluang kepada pelabur untuk memperoleh pulangan tinggi kerana harta tanah runcit semakin meningkat dari masa ke masa.

  1. PELABURAN INDUSTRI

Pelaburan hartanah industri adalah pelaburan berbentuk gudang perindustrian kepada syarikat untuk dijadikan pusat pengedaran di bawah perjanjian jangka panjang serta menjadi tempat penyimpanan dan pelbagai tujuan khas lain yang menghasilkan tahap pendapatan unik daripada penyewaan atau penjualan semula.

Pelaburan hartanah industri selalunya mempunyai kadar sewaan dan aliran tunai perkhidmatan tinggi untuk meningkatkan pulangan pelaburan kepada pemiliknya.

Walaupun begitu, ini adalah pasaran bersasar dan ia memerlukan bantuan profesional khusus untuk mengekal dan menguruskannya, serta modal pelaburan yang lebih besar.

  1. AMANAH PELABURAN HARTANAH (REIT)

Pelaburan REIT bermaksud membeli saham syarikat pemilik hartanah yang mengagihkan pendapatannya sebagai dividen. Malah, ia akan memilih industri yang sesuai dengan kehendak anda.

Pelaburan Hartanah (REIT) ini membolehkan pelabur menikmati pulangan menguntungkan tanpa menjadi pemilik sebenar hartanah tu dan tidak berdepan risiko penuh pelaburan sebab anda hanya beli unit dana tersebut.

Namun kelemahannya adalah, anda tak memiliki harta tersebut, hanya sedikit atau tiada kuasa membuat sebarang keputusan tentang pengurusan atau pengendalian hartanah itu.

Ia juga sukar mendapatkan pembiayaan atau pinjaman bank kerana ia dilihat sebagai pelaburan saham biasa.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button