SAHAM

Kenapa Waktu ‘Bull Market’ Paling Ditunggu-Tunggu oleh Pelabur Saham?

Pelabur saham bererti orang yang melabur duit ke dalam perniagaan yang berpotensi berkembang dan dapat memberikan pulangan. Apa yang anda perlukan sebagai pelabur bijak, adalah untuk melihat dan menilai potensi naiknya sesebuah perniagaan. Jika perniagaan tersebut untung besar, anda sebagai pelabur pun bakal untung besar.

Situasi ini dinamakan ‘Bull Market’ yang merupakan keadaan pasaran kewangan di mana harga sekuriti meningkat atau dijangka akan meningkat. Permulaan ‘Bull Market’ sering merupakan petunjuk utama untuk perkembangan ekonomi.

Oleh kerana persepsi awam mengenai keadaan ekonomi pada masa hadapan mencorakkan harga saham, corak pasaran sering meningkat walaupun sebelum aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebih luas seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mula timbul dan situasi ini mampu berlaku di dalam ekonomi di Malaysia berasarkan situasi pada hari ini.

Ini kerana di Malaysia, kebanyakan perniagaan adalah dijalankan oleh syarikat, selain daripada yang dijalankan oleh atas nama individu sahaja.

Tetapi, tahukah anda bahawa saham boleh jadi dimiliki secara ‘private’ ataupun ‘public’ dimana saham yang boleh dimiliki oleh public atau orang ramai adalah syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Jika anda mengetahui dan mempelajari tentang pelaburan saham ini, anda akan berhenti mengeluh dengan situasi ekonomi masa sekarang sebab anda tidak lagi sekadar menjadi pengguna tetapi anda juga sebenarnya adalah rakan kongsi syarikat yang turut menumpang kekayaan yang diperoleh oleh syarikat.

Kelebihan Melabur Saham:

  1. Pilihan Di Tangan Anda

Tidak seperti memberikan wang anda kepada unit trust, ASB atau Tabung Haji untuk ‘fund manager’ atau pihak ketiga menguruskan pelaburan anda, anda sendiri boleh memilih saham atau syarikat mana yang anda hendak labur.

Anda mungkin boleh memilih dengan lebih teliti saham-saham yang patuh syariah berbanding yang tidak patuh syariah.

  1. Cair, Mudah Dijual Beli

Jika anda membeli hartanah, rumah banglo misalnya. Jika suatu waktu nanti anda terdesak hendak perlukan duit, anda boleh putuskan untuk jual banglo tersebut. Tapi sepantas mana anda boleh jual banglo tersebut?

Berbeza dengan saham, anda boleh jual saham anda hanya dengan menekan ‘mouse’ dan juga ‘keyboard’ anda. Harga saham adalah harga pasaran, jelas dan terang untuk semua pelabur lain perhatikan.

  1. Belajar Urus Bisnes Gaya Korporat

Ini sesuai sangat untuk orang bisnes. Banyak kelas-kelas di luar sana yang cuba mengisi kekosongan ini. Pemilik bisnes nak tahu bagaimana urus kewangan mereka, bagaimana struktur organisasi, apa strategi-strategi yang boleh digunapakai untuk kembangkan bisnes.

Selalunya mereka bayar mahal untuk akses ilmu tersebut. Rupa-rupanya, semuanya ada dalam Annual Report untuk setiap syarikat yang diniagakan di Bursa Malaysia. Anda boleh belajar dari CEO-CEO yang dah pun terbukti membawa syarikat mereka ke tahap yang lebih tinggi, iaitu disenaraikan di Bursa Malaysia.

  1. Boleh Dilakukan Secara Sambilan

Anda tak perlu monitor saham anda setiap masa. Cukup mungkin sehari sekali atau beberapa kali seminggu. Itu kalau anda melabur jangka masa panjang, dan sudah pun buat analisa yang mendalam terhadap syarikat yang anda hendak laburkan itu. Inilah namanya pendapatan pasif. Duit sendiri yang akan bekerja untuk anda.

  1. Untung Dari Banyak Sudut

Atau dalam bahasa Inggeris kita panggil ‘Multiple Source of Income’. Saham ini boleh menguntungkan kita melalui banyak cara. Ada orang beli dan simpan, setiap tahun atau suku tahun akan dapat dividen sahaja. Ada juga yang beli murah, saham naik, jual terus dapat untung. Jadi banyak strategi, banyak peluang. Cuma harapkan anda kreatif ataupun tidak sahaja.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button