SIMPANAN

Kos Sara Hidup Meningkat Akibat Pendemik? Ini Cara Untuk Gandakan Wang Simpanan Anda Agar Anda Mampu Bertahan

Jika anda ada sikap untuk selalu simpan duit atau menabung didalam akaun simpanan bank, anda mungkin perlu lihat semula apa yang anda dapat dari simpanan tersebut.

Ini kerana konsep simpanan tersebut adalah anda mengekalkan nilai wang tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

Namun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu seperti kenaikan kos sara hidup atau kadar inflasi yang sekamin lama akan mengurangkan nilai mata wang.

Sebagai contoh, nilai RM500 pada hari ini adalah tidak sama dengan nilai RM500 pada 5 tahun akan datang. Nilai RM500 tersebut semakin berkurang atas sebab kos yang semakin tinggi dan situasi ekonomi semasa.

Jika anda simpan hanya untuk kekalkan nilai tersebut pada masa hadapan, anda sebenarnya telah rugi kerana ianya tidak mendatangkan hasil dan faedah yang banyak.

Oleh itu, jika anda simpan, pastikan nilai simpanan anda tersebut akan semakin meningkat bagi mengatasi kos sara hidup yang semakin tinggi terutamanya pada masa ini.

Sebagai contoh, jika anda simpan wang anda di tabung haji atau ASB, anda akan dapat dividen setiap tahun dimana ia akan meningkatkan nilai asal simpanan anda tadi.

Jadi, bagaimana untuk gandakan wang anda?

Bagi mengetahui berapa lama wang anda boleh digandakan, kami ingin sarankan anda untuk guna Rule 72.

Bagaimana untuk guna Rule 72 ini? Mudah sahaja.

  • Jika anda mempunyai simpanan RM500, berapa lamakah ianya akan menjadi RM1,000.
  • Jika pulangan tahunan yang ditawarkan adalah sebanyak 4%, 72/4 = 18 tahun.
  • Ini bermakna, anda perlukan 18 tahun untuk jadikan RM500 kepada RM1,000
  • Jika pulangan tahunan yang ditawarkan adalah sebanyak 8%, 72/4 = 9 tahun.
  • Ini bermakna, anda perlukan 9 tahun untuk jadikan RM500 kepada RM1,000
  • Jika pulangan tahunan yang ditawarkan adalah sebanyak 12% pula, 72/12 = 6 tahun.
  • Ini bermakna, anda perlukan 6 tahun untuk jadikan RM500 kepada RM1,000
  • Jadi, secara kesimpulannya, cuba simpan wang anda ditempat yang memberi pulangan tahunan yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.

Tetapi, anda juga perlu tahu bahawa semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi juga risiko yang perlu anda hadapi.

Secara umum, ini adalah pulangan tahunan pelaburan/simpanan di Malaysia:

  • Simpanan tetap : 4%
  • Tabung Haji : 6%
  • ASB : 8%
  • Amanah Saham : 12%

Jadi, untuk mendatangkan keuntungan daripada wang yang anda ada, perancangan terhadap simpanan adalah perlu untuk membolehkan anda menggandakan wang yang anda ada dan simpan. Ini kerana, kaedah ini tidak memerlukan anda melabur atau mengeluarkan modal, hanya bijak mencari tempan yang baik untuk menyimpan.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button