INFO KEWANGAN
Trending

Masalah Kewangan Menjadi Salah Satu Punca Utama Penceraian di Malaysia

Tahukah anda, kes penceraian di Malaysia boleh juga berpunca oleh masalah kewangan? Masalah kewangan membuatkan pasangan menjadi stress dan menyebabkan kepada pergaduhan.

Selain berkongsi suka dan duka bersama pasangan, kewangan juga penting untuk dikongsikan bersama. Isu kewangan dan perbelanjaan adalah isu yang sangat sensetif, namun ianya perlu dibincangkan sebelum berkahwin untuk merancang perbelanjaan, simpanan dan membuat matlamat kewangan pada masa akan datang.

Perancangan kewangan ini dapat mengelakkan berlakunya penceraian rumah tangga. Berikut adalah 5 matlamat kewangan yang perlu anda lakukan sebelum berkahwin:

#1 Aset

Aset diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup seseorang melalui peningkatan nilainya dari masa ke semasa. Antara aset yang penting sebelum berkawin ialah rumah. Pasangan dinasihatkan mempunyai sekurang-kurangnya 1 rumah sebelum berkahwin setiap seorang. 

Ini akan menjadi tempat tinggal bagi pasangan selepas berkahwin atau boleh juga disewakan. Bagi wanita, ianya menjadi persedian bagi anda jika berlaku perkara yang tidak diingini. Rumah tersebut tidak perlu berharga jutaan ringgit tetapi cukuplah sekadar selesa dan boleh didiami.

#2 Simpanan

Inilah sebab utama mengapa kita tidak perlu berbelanja secara berlebihan semasa majlis perkawinan. Kewangan selepas berkahwin adalah lebih penting dari majlis yang berlansung dalam satu hari.

Sebelum berkahwin, pasangan hendaklah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji sebagai persediaan selepas berkahwin. 3 bulan dijadikan sebagai simpanan kecemasan manakala 3 bulan lagi dijadikan sebagai simpanan persediaan kelahiran anak.

Kos kehidupan selepas berkahwin agak sukar dijangka. Oleh itu, simpanan anda harus bermula dari awal lagi supaya kehidupan di masa hadapan lebih terjamin.

#3 Insurance

Selepas berkahwin, kehidupan pasangan akan bergantung di antara satu sama lain. Jika salah seorang dari pasangan mengalami masalah, ianya juga akan memberikan impak buruk kepasa pasangannya.  Insurance menjadi perkara yang sangat penting untuk diambil supaya kita sentiasa bersedia dengan sebarang bencana atau musibah yang tidak dijangka.

Pasangan hendaklah berbincang sebelum berkahwin tentang insurance yang bakal diambil untuk meringankan beban antara satu sama lain jika salah seorang ditimpa kemalangan atau kematian.

#4 Pendapatan Sampingan

Walaupun kedua pasangan sudah mempunyai kerjaya, pasangan juga perlu mencari medium lain untuk mendapatkan wang sampingan. Dengan pendapatan sampingan, pasangan boleh pergi melancong, shopping dan sebagainya tanpa perlu menggunakan duit gaji. Ianya juga boleh digunakan untuk membayar hutang rumah, kereta dan sebagainya,

Mencari wang sampingan pada masa kini bukanlah perkara yang susah. Pasangan boleh melibatkan diri di dalam perniagaan online dengan menjadi agen atau stokis. Ianya juga boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa menggangu masa bekerja dan hanya menggunakan telefon bimbit.

#5 Dana Persaraan Dan Pendidikan Anak-Anak

Fakta menunjukkan walaupun anda mempunyai simpanan KWSP, jumlah tersebut masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan selepas anda bersara nanti. Pasangan hendaklah menyimpan duit secara bersama untuk kehidupan semasa tua.

Pelbagai cara simpanan atau pelaburan boleh dilakukan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih seperti melabur di unit trust, membeli emas dan sebagainya. Apabila pasangan merancang simpanan persaraan awal, ianya membolehkan pasangan mendapatkan keuntungan yang berganda.

Dana pendidikan anak juga perlu dirancang awal supaya anak tidak terbeban dengan pinjaman pendidikan. Ianya menjadi satu kepentingan bagi ibu bapa dalam memastikan masa depan anak terjamin dan tidak terbeban.

Ringkasnya, banyak perkara yang perlu dibincangkan oleh pasangan sebelum berkahwin. Matlamat kewangan hendaklah dilakukan lebih awal supaya masa depan pasangan lebih terjamin dan bahagia hingga ke tua.

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button