INFO KEWANGAN
Trending

Masih Ramai Pembayar Zakat Pendapatan Gagal Menjalankan Tanggungjawab

Selalu kita dengar zakat fitrah masa raya kan? Pernah dengar tak zakat pendapatan? Kewajipan membayar zakat pendapatan sering diabaikan masyarakat.

Buktinya, menurut International Journal of Business, Economics and Law, hanya 4.2% muslim yang melaksanakan tanggungjawab membayar zakat di Wilayah Persekutuan dan hanya 35% muslim di setiap negeri membayar zakat pendapatan di Kedah dan Perlis. Kajian ini menunjukkan pematuhan zakat masih rendah di Malaysia.

Berikut adalah maksud ringkas bagi zakat Pendapatan:

1. Maksud Zakat Pendapat

Zakat pendapatan (daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan)) ialah zakat keatas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual beli) seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah, hasil sewaan, dividen, elaun, pampasan, hibah dan lain-lain.

2. Jadi wajib ke kita membayar zakat pendapatan?

Ya wajib! Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji. Berikut adalah antara dalil kewajipan zakat pendapatan:

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.[Al-Baqarah (2): 267]

3.Kewajipan ini adalah bagi mereka yang cukup syarat wajib zakat iaitu:

  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Milik Sempurna (Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri.)
  4. Cukup Nisab (paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat)
  5. Cukup Haul. (telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah)
  6. Berkembang (Harta yang berkembang)

Nisab bagi zakat bersandarkan 85 gram emas (mengikut harga emas semasa). Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih. Jika jumlah pendapatan tahunan anda melebihi atau sama dengan jumlah 85 gram emas, maka anda diwajibkan membayar zakat pendapatan.

4. Jadi macam mana nak kira zakat pendapatan?

Terdapat 2 cara bagaimana untuk kira zakat pendapatan.

  • Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)

Cara ini lebih mudah dan senang untuk kira.

Contoh:
Gaji tahunan: RM36,000
RM36,000 x 2.5% = RM900 (Jumlah zakat Pedapatan)

  • Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)
    Melalui cara ini, anda boleh menolak keluar beberapa perbelanjaan asas yang dibenarkan seperti anak, isteri, KWSP dan lain lain lagi.

A. PENDAPATAN (setahun) 
RM36,000

B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri RM9,000
2. Isteri RM3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 = RM4,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 x 12) = RM1,200
5. KWSP (contoh: 11%) RM3,960
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) RM900

Jumlah Tolakan RM21,160 


C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A – B) 

RM36,000 – RM21,600 = RM14,840 

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) 

RM14,840 x 2.5% = RM371

E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN 

RM371÷12 bulan  = RM30.92

Melalui kaedah kedua, jumlah zakat yang perlu anda keluarkan adalah lebih rendah disebabkan terdapat perbelanjaan yang dibenarkan.

Namun jika anda masih keliru, anda boleh menggunakan kalkulator zakat. Kalkulator yang disediakan oleh pihak Lembaga Zakat akan membantu anda melihat kelayakan anda dan mengirakan zakat anda.

Sumber:

https://www.zakat.com.my

International Journal of Business, Economics and Law.pdf

Nur Izati Zaidi

Nur Izati, a highly passionate history graduated student from National University of Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button