KERETA

Senarai Kereta yang Murah dan Selamat di Bawah Harga RM 50 000

Setiap orang mesti ada keinginan untuk memiliki kereta tersendiri. Dah penat kerja, mestilah ada perasaan nak beri ganjaran kepada diri sendiri dengan memiliki kenderaan baru milik sendiri.

Beberapa faktor perlu diketahui sebelum membuat pembelian agar ianya dapat membentu untuk memilh kenderaan yang paling sesuai mengikut keperluan kita.

Faktor yang peling penting adalah kereta yang selamat. Antara ciri-ciri keselamatan utama sebuah kereta merangkumi

  1. Mempunyai sistem penggera kereta,
  2. Ada kelengkapan beg udara,
  3. Mepunyai brek anti-kunci (ABS),
  4. Mempunyai kawalan stabiliti elektronik (ESC),
  5. Tali pinggang keledar yang selesa dan berfungsi,
  6. Kunci keselamatan kanak-kanak.

Namun begitu masih ada kereta yang mempunai harga yang mahal teteapi nilai keselamatannya agak rendah. Contohnya:-

ModelHarga (RM)Nilai keselamatan (NCAP)
BMW Z4 (2015)460,0003/5
Ford Mustang (2018)209,8332/5
Jeep Wrangler (2021)378, 0001/5
Fiat Punto (2017)108,0000/5
Fiat Panda (2018)80,0000/5

Oleh itu, mengapa perlu pilih kereta yang mahal tetapi nilai keselamatannya rendah sedangkan anda boleh pilih kereta yang murah tetapi keselamatannya dijamin.

Berikut adalah senarai model kereta yang Selamat dibawah harga RM 50 000 mengikut kemaskini tahun 2020:

ModelHarga (RM)Nilai keselamatan (NCAP)
Perodua Axia (2019)33,4904/5
Proton Iriz (2020)36,7005/5
Perodua Bezza (2020)35,3915/5
Perodua Myvi (2020)41,2925/5
Proton Persona (2020)42,1005/5
Kia Picanto (2020)47,9504/5
Perodua Alza (2020)49,9444/5

Kelebihan Memilih Kereta Murah Baru yang Selamat :

  1. Mengurangkan impak kemalangan kenderaan.
  2. Pemandu dan penumpang-penumpang, terutama kanak-kanak, terselamat daripada kecederaan yang lebih serius
  3. Membolehkan pemandu untuk mengawal kereta dengan lebih baik semasa detik-detik cemas
  4. Mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kereta terlibat dalam kemalangan

Jadi, pemulihan kereta yang selamat adalah penting dalam memastikan kita mempunyai kenderaan yang tidak memberi risiko kepada kita.

Setelah anda tahu kereta apa anda mahu beli, amalkan tips ini sebelum mebuat pembelian:

  1. Pilih Kereta Yang Mempunya Kos Kurang Daripada Pendapatan Tahunan Anda

Contoh: Aishah memperoleh RM3,000 sebulan, maka pendapatan tahunannya ialah RM36,000. Kereta baru yang sesuai baginya merangkumi kos sekitar RM25,000 sehingga RM35,000.

Dengan pilihan yang bijak ini, anda akan mendapat lebih banyak kebebasan untuk membayar keperluan lain seperti petrol, tol, cukai jalan, insurans, tempat letak kereta, servis kereta dan sebagainya.

Oleh itu, bayaran ansuran bulanan kereta anda seeloknya tidak melebihi RM450.

  1. Dapatkan Pinjaman Kereta

Terdapat 3 rahsia pinjaman kereta yang perlu anda ketahui apabila ingin mendapatkan pinjaman kereta.

  • Penjamin – Pihak bank akan meminta ada untuk menyediakan dan menamakan penjamin jika anda membuat pinjaman pertama kali, sejarah kredit akaun tidak stabil, tiada sejarah kredit.
  • Kadar Faedah Bank – Kadar faedah akan lebih tinggi bagi harga kereta yang rendah dan faedah yang lebih rendah bagi harga kereta tinggi.
  • Bayaran Pendahuluan – Semakin banyak bayaran pendahuluan anda, semakin sedikit jumlah faedah ansuran bulanan kereta anda dan sebaliknya.
  1. Kekalkan Nilai Kereta

Setelah berjaya memiliki kereta anda, ia adalah penting bagi anda untuk menjaga kereta tersebut dengan baik. Kereta yang dijaga dengan baik adalah bagi mengekalkan nilainya sekiranya anda mahu menjual kereta tersebut pada masa akan datang.

Sumber : https://www.getdrivemark.com/my/senarai-kereta-murah-baru-selamat-2021/

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button