USAHAWAN

Tukarkan Hobi Kepada Bisnes Untuk Jana Income

Tipulah kalau kita langsung tak ada hobi. Paling tidak mesti ada benda yang kita minat akan dilakukan ketika waktu lapang. Meskipun anda anggap ia hanya sekadar mengisi masa lapang, saya yakin pasti ada ruang dan peluang untuk hasilkan pendapatan daripadanya.

Kebanyakan kita hanya mempunyai beberapa jam seminggu yang kita dapat menumpukan kepada kegembiraan dan perkara yang kita minati. Tetepi, bagaimana jika anda boleh mengubah minat anda itu menjadi sebuh perniagaan yang mampu memberi pendapatan tambahan kepada anda.

Untuk mula menghidupkan minat dan hobi anda itu menjadi perniagaan, anda tidak perlu mencapai tahap jualan atau pendapatan tertentu. Untuk memiliki sebuah perniagaan, apa yang anda perlukan adalah harapan yang wajar bahawa anda akan mendapat keuntungan dari kegiatan tersebut.

Jadi bila anda rasa mula untuk begiat serius di dalam hobi tersebut dan menjadikannya sebuah perniagaan, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Dengan sedikit persediaan dan pelan strategik, insyaAllah anda pasti peroleh hasilnya.

1. Rangka Pelan Permulaan Perniagaan

Anda pernah dengar pasal Business Model Canvas (BMC)?

Business Model Canvas adalah templat pengurusan strategik yang digunakan untuk mengembangkan model perniagaan baru dan mendokumentasikan model yang ada.

Kebiasaannya orang yang nak buat bisnes ni, mereka akan buat pelan berdasarkan BMC. Untuk memudahkan peranangan awal dan tidak memeningkan anda.

Anda juga perlu tahu dan tetapkan tujuan anda untuk mennjalankan sebuah perniagaan itu seperti untuk mencaari pendapatan sampingan, mengisi masa lapang, membantu ahli keluarga dan lain-lain. Ini adalah supaya anda jelas dan tahu apa yang anda ingin capai semasa memulakan perniagaan.

2. Dapatkan Jualan Pertama

Anda boleh kongsikan keseronokan hobi anda kepada saudara mara atau rakan-rakan, kalau mereka beli bermakna hobi anda ada potensi besar dijadikan perniagaan.

Dapatkan momentum, hargai kemenangan-kemenangan kecil untuk kejayaan yang lebih besar.

Ketika fasa ini, anda akan perasan mungkin margin keuntungan tak berbaloi dengan penat anda menjual, tapi dekat sinilah anda akan belajar untuk menjadi seorang yang lebih berjaya.

Jika anda rasa ianya tidak berbaloi untuk diteruskan pula, di fasa inilah juga anda boleh berpatah balik dan mengelakkan anda daripada mengalami kerugian yang lebih besar.

3. Dapatkan Keseronokan Berniaga

Setelah anda berminat dan berkeinginan untuk meneruskan perniagaan dari hobi anda itu, anda perlu mencari keseronokan daripadanya agar anda tidak mudah untuk berhenti dan putus asa.

Pada permulaanya, memang menjalankan bisnes tidak seronok seperti isi masa lapang dengan hobi. Maklumlah, bila dah buat bisnes anda kena ada KPI, layan kerenah pelanggan, urus pemasaran dan kewangan.

Pastikan anda kekalkan keseronokan buat bisnes seperti buat hobi anda. Stres tu tetap ada, yang penting apa yang penting anda dapat kepuasan.

4. Tetapkan Mindset Usahawan

Seronok tu seronok juga, tapi jangan buat sambil lewa. Hobi ni kita buat bila ada masa lapang, tapi bila dah dijadikan bisnes, ia bermakna kita sedia untuk berikan komitmen yang lebih.

Mahukan minda sebagai seorang usahawan ini, salah satu caranya adalah berkawan dengan usahawan-usahawan yang lain agar anda sentiasa ada sokongan dari segi mental dan motivasi.

Apabila anda sudah ada mindset seorang usahawan, perniagaan yang anda mulakan itu akan lebih teratur dan senang untuk mencapai keuntungan yang lebih besar.

5. Dapatkan Jaringan Usahawan dan Mentor

Bila anda ada minda usahawan tetapi berkawan dengan golongan yang berminda kolot, percayalah anda pasti akan terpengaruh juga.

Maka wujudlah sangkaan buat bisnes ni susah, memenatkan, tak ada hasil, lambat untung dan 1001 alasan lagi anda boleh cipta jika anda mula napak kegagalan itu.

Dengan adanya jaringan usahawan yang berfikiran sama, masalah anda akan nampak kecil bila orang berjaya kongsikan penat lelah buat bisnes. Anda pun boleh dapatkan kepakaran usahawan yang lain daripda mereka untuk selesaikan masalah bisnes anda seperti masalah pemasaran online dan lain-lain.

Tapi yang paling penting, anda perlu kena ada mentor semasa permulannya. Mentor akan kurangkan anda daripada asyik langgar dinding je, mentor akan tunjukkan jalan yang sepatutnya. Senang cerita, mentor ni akan berikan pancing yang betul kepada anda agar anda memperoleh kejayaan di dalam perniagaan itu.

Jadi, nak mulakan perniagaan itu memang mudah, tetapi ia memerlukan persediaan yang rapi bukan sahaja dari segi modal dan keleng kapan, tetapi mental yang kuat juga penting di dalam perkara ini. Mulakan dahulu dengan lima perkara ini dan bila dah ada duit ekstra, barulah boleh rancang pelan untuk kembangkan lagi bisnes anda itu.

Yang penting disini adalah anda melakukan satu perkara yang anda minati dan menggembirakan anda, jadi jika ianya mampu mendatangkan pendapatan, mengapa tidak ianya diteruskan. Oleh itu, di zaman yang mencabar terutamanya dari sektor ekonomi ini, kita perlulah berfikiran kreatif dalam mencari sumber pendapaan yang lain untuk diri dan keluarga kita.           

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button