CUKAI

Ada Berapa Jenis Cukai yang Terdapat di Malaysia? Banyak yang anda perlu tahu

Selalu kita tetanya-tanya, mengapa ada cukai?

Berapa banyak cukai yang kita kena bayar?

Cukai adalah satu jenis bayaran tertentu keatas beberapa perkara yang dikenakan oleh kerajaan kepada anda dengan tujuan untuk membantu kerajaan dalam pembangunan sesebuah negara. Lagi banyak cukai yang dikutip, lagi banyak pembangunan dan projek dapat dijalankan oleh kerajaan demi kepentingan semua pihak.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis cukai yang anda perlu tahu dan faham agar anda dapat mengurus pembayarannya sekaligus dapat mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang yang semestinya akan menyusahkan kehidupan anda.

1. Cukai Secara Langsung

Cukai langsung adalah cukai yang kita sebagai rakyat membayar secara langsung kepada kerajaan. Contoh-contoh cukai secara langsung seperti cukai pendapatan. Jenis cukai ini diuruskan oleh (LHDN) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Ini bermaksud, semakin tinggi pendapatan kita, lebih banyak cukai pendapatan yang kita perlu bayar.

Satu lagi jenis cukai langsung adalah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dikenali dengan nama RPGT dalam bahasa inggeri iaitu Real Property Gains Tax. Ia adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain).

Kadar CHKT adalah antara 0% hingga 30%, dan bergantung kepada tempoh pegangan.

Oleh itu, cukai secara lansung ini dikenakan kepada anda apabila anda telah cukup atau menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh LHDN. Contoh lain cukai lansung adalah seperti cukai hak, pindahan cukai, cukai harta tanah dan cukai keuntungan modal.

2. Cukai Secara Tidak Langsung

Cukai tidak langsung dirujuk sebagai cukai, dikenakan ke atas seseorang yang menggunakan barangan dan perkhidmatan dan dibayar secara tidak langsung kepada kerajaan. Contoh cukai tidak langsung adalah cukai perkhidmatan.

Pengurusan cukai perkhidmatan adalah di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Contoh cukai tidak lansung ini dikanakan adalah apabila kita menginap di sebuah hotel atau makan di kedai-kedai tertentu, kita akan membuat pembayaran yang disertakan sekali dengan cukai perkhidmatan. Itulah jumlah cukai yang kita bayar kepada pihak hotel, dan seterusnya hotel akan membayar cukai tersebut kepada kerajaan.

Oleh itu, cukai tidak lansung ini boleh dikatakan cukai yang dikanakan secara automatik kepada kita apabila menggunakan satu-satu perkhidmatan atau barangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Contoh lain cukai tidak lansung ini adalah seperti Cukai Jualan Pusat, Cukai Nilai Ditambah (VAT), Cukai Perkhidmatan, Cukai Transaksi Keselamatan (STT), Duti Eksais dan Duti Kastam.

3. Cukai Jualan

Cukai jualan adalah cukai yang dikenakan ke atas pengeluar yang mengeluarkan barangan di peringkat tempatan dan juga kepada pengimport yang mengimport barang dari negara luar. Kebanyakan barangan yang tertakluk kepada cukai jualan ialah 10%.

Contoh barang yang tertakluk kepada cukai jualan ialah perabot, peti sejuk, televisyen, pakaian, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan.

Sebagai pengguna sememangnya kita tidak didedahkan bahawa produk ini tertakluk kepada cukai jualan kerana ia tidak didedahkan kepada pengguna. Namun elemen cukai jualan telah diambil kira sebagai kos, dan peniaga telah memasukkan ke dalam harga jualan produk tersebut.

4. Cukai Jualan dan Perkhitmatan (SST)

Cukai SST ini adalah cukai yang dikenakan mengikut Akta Cukai Jualan 2018 ke atas barang yang dikilangkan oleh pengilang berdaftar di Malaysia atau barang yang diimport ke dalam Malaysia dan juga ke atas mana-mana perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kerajaan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 ini.

Kerajaan telah menghapuskan cukai ke atas barangan dan perkhidmatan (GST) kepada Cukai jualan dan perkhitmatan atau Sale and Service Tax (SST).

Cukai SST mempunyai kadar yang berbeza, iaitu 5%, 10% dan ada juga kadar spesifik yang ditentukan kerajaan.

Untuk pengetahuan anda, Cukai SST ini dikenakan mengikut 2 pengingkat:

  1. Kerajaan Hanya Mengutip Cukai Dari Pengeluar.
    • Peratusannya pula boleh jadi 5% atau 10% bergantung kepada barangan.
    • Maksudnya hanya pengeluar yang akan membayar cukai ini kepada kerajaan.
  2. Cukai Yang Dikenakan Pengguna Jika Menggunakan Beberapa Jenis Perkhidmatan Yang Ditetapkan
    • Peratusannya pula diantara 6%.
    • Contohnya perkhidmatan yang dikenakan seperti perkhidmatan lawyer, akauntan dan perkhidmatan lain seperti hotel dan restaurant.

Oleh itu, dengan memahami jenis-jenis cukai ini, anda akan lebih jelas tentang bayaran-bayaran yang ada mengikut undang-undang yang telah ditetapkan dan memastikan anda menjelaskannya agar tidak dikenakan tindakan yang lebih berat.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button