KAD KREDIT

Dapat Baucar Free Jika Tahu Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Betul

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, kira-kira 70 orang diisytiharkan muflis di negara anda pada setiap hari dan jumlah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Tentunya ini adalah satu fenomena yang membimbangkan, dan daripada jumlah tersebut dianggarkan 5% ke 8% seseorang itu jatuh muflis adalah kerana tidak dapat membayar hutang kad kredit mereka.

Perkara ini telah menyebabkan ramai di dalam kalangan masayarakat mempunyai persepsi yang negatif kepada penggunaan kad kredit ini.

Namun, jika diteliti, Kad kredit bukanlah penyebab utama mereka muflis.

Masalah utamanya adalah Tiada Disiplin ketika membayar penggunaan kad kredit itu yang menjadi punca sebenar mengapa ramai yang terjerat dan akhirnya diishtiharkan muflis.

Namun bagi mereka yang berdisiplin tinggi dan boleh mengawal perbelanjaan, disertai dengan penggunaan yang berhemah, kad kredit tentunya akan mendatangkan banyak kelebihan yang boleh memudahkan urusan di dalam kehidupan.

  1. Dapat Menjejak Dan Menyelia Perbelanjaan

Setiap transaksi menggunakan kad kredit ini akan direkodkan secara automatik dan anda akan mendapat penyata lengkap mengenai tabiat perbelanjaan anda. Sebagai contoh, anda tahu berapa yang telah dibelanjakan setiap bulan untuk mengisi minyak, membeli keperluan dapur, membeli-belah dan lain-lain.

Jika menggunakan wang tunai perlu menulis secara manual satu-satu.

Dengan pengetahuan dan kesedaran yang tinggi tentang halatuju perbelanjaan, anda boleh mengelakkan daripada terlebih belanja dan ianya dapat menggalakkan tabiat perbelanjaan yang baik.

  1. Kemudahan Dan Keselesaan

Kad kredit juga membolehkan anda berurusan dengan lebih mudah seperti untuk menempah tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta dan sebagainya. Dalam kes-kes kecemasan juga, ia sangat berguna sebagai pendahuluan apabila berhadapan dengan masalah yang tidak dijangka.

Perbelanjaan yang dicaj pada kad kredit biasanya tidak dikenakan sebarang faedah selama 20 hari, jadi anda dapat melengahkan pembayaran dan menggunakan wang tersebut ke instrumen pelaburan lain buat sementara waktu yang boleh mendapat pulangan (walaupun sedikit, apabila dijumlahkan dalam setahun pasti akan mengumpul nilai).

  1. Perlindungan Pengguna

Perbelanjaan dengan kad kredit adalah dilindungi, dan sebarang akses yang tidak sah biasanya tidak akan melibatkan wang simpanan anda secara terus. Segala transaksi yang tidak sah boleh dilaporkan kepada pihak bank dengan mengemukakan aduan pertikaian (dispute report) untuk penyiasatan dan tindakan lanjut.

Kebanyakan bank juga menyediakan insurans perjalanan secara percuma dengan penggunaan kad kredit mereka.

Perkara ini akan memberi lebih keselamatan kepada anda semasa mengeluarkan sebarang perbelanjaan.

  1. Ganjaran

Setiap ringgit yang dibelanjakan dengan kad kredit akan melayakkan anda mengumpul mata ganjaran. Untuk tempoh yang lama, mata ganjaran ini akan terkumpul dengan banyak dan boleh ditebus dengan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak bank.

Biasanya baucar yang diberikan adalah seperti voucher membeli-belah, petrol, barangan elektrik ataupun ganjaran perjalanan (miles) daripada syarikat penerbangan.

  1. Mata Kredit (Credit Rating)

Setiap individu akan mempunyai mata kredit (credit rating) mereka yang tersendiri.

Jika anda mempunyai rekod pembayaran yang baik, anda akan memperolehi mata kredit yang tinggi dan akan memudahkan urusan permohonan pinjaman untuk masa akan datang. Ini adalah penting jika anda mahu mendapatkan pinjaman perumahan buat pertama kali dan lain-lain pinjaman. Mungkin juga dengan mata kredit yang baik akan membolehkan kita mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Banyak sekali kelebihan yang mampu diperoleh daripada penggunaan kad kredit ini jika anda tahu cara untuk menggunanya dengan betul. Kuncinya adalah disiplin dan mampu untuk mengawal perbelanjaan anda mengikut kemampuan diri. Oleh itu, marilah kita menjadi pengguna yang bijak.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button