INFO KEWANGAN

Dapat Kerja Terus Beli Kereta Baru? Ramai Fresh Grad Sangkut Bahagian ini

Pengurusan kewangan yang berhemah perlu dimulakan di peringkat awal iaitu ketika habis belajar dan semasa mulai melangkah ke alam pekerjaan. Pada waktu itu, anda tidak mempunyai komitmen kewangan yang tinggi dan mempunyai lebih banyak ruang untuk merancang dengan bijak.

Teteapi, pada usia 20 ke 30 tahun inilah merupakan tempoh waktu yang paling penting bagi memastikan kita bijak menguruskan wang dan tidak terperangkap dengan bebanan hutang tambahan apabila usia dan komitmen yang akan meningkat.

Ini kerana gaya hidup yang diamalkan pada masa ini akan menentukan bagaimana kehidupan anda pada masa yang akan datang sama ada baik atau buruk.

Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan oleh fresh grad semasa mula untuk mendapat pekerjaan.

1. Bajet

Bajet adalah perkara paling asas dalam merancang kewangan. Pastikan kita tahu ke mana duit kita dihabiskan supaya ianya lebih sistematik.

Sekarang ada bermacam-macam aplikasi bajet yang boleh dimuatturun secara percuma, tinggal usaha diri sendiri saja.

Anda digalakkan untuk membuat perancangan yang teliti agar anda membelanjakan wang anda kearah yang baik dan bermanfaat serta mengelakkan perbelanjaan dan kerugian yang tidak disedari.

2. Tabung Kecemasan

Pastikan ada tabung kecemasan iaitu 3 ke 6 bulan daripada perbelanjaan bulanan kita. Jika perbelanjaan RM1,000 sebulan, adalah paling baik kita mempunyai RM 6,000 dalam tabung kecemasan.

Malang tidak berbau, mana la tau tiba-tiba kita diberhentikan kerja, sekurang-kurangnya ada tabung kecemasan yang boleh digunakan untuk menampung kehidupan sementara mencari pekerjaan baru.

Andaikan tiada tabung kecemasan, kemungkinan besar kita akan membuat pinjaman sekaligus menambah beban untuk membayar semula hutang tersebut.

3. Tangguhkan Pembelian Kereta

Jangan tidak tahu, kereta yang dibeli setahun lepas akan mengalami susut nilai. Sebagai contoh, sebuah kereta yang dibeli pada Januari 2020 pada harga RM40,000, mungkin bernilai RM30,000 pada Januari 2021.

Jika tiada keperluan untuk membeli kereta, mungkin kita boleh pertimbangkan untuk menggunakan motosikal atau pengangkutan awam sebagai alternatif.

Bayaran bulanan kereta RM500 jika disimpan selama 12 bulan akan menjadi RM6,000. 3 tahun akan menjadi RM 18,000. Mungkin boleh digunakan sebagai modal pelaburan atau sebagai bajet perkahwinan.

Itu belum ditambah dengan kos-kos lain seperti penyelenggaraan kereta, cukai jalan, dan takaful. Banyak jugak tu boleh jimat.

Oleh itu, jika anda mempunyai kewangan dan pendapatan yang kurang sesuai, anda digalakkan untuk menangguh dahulu untuk memberli kenderaan yang baharu.

4. Bayar Hutang Pembiayaan Pendidikan

Mengikut statistik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sehingga akhir tahun 2018, jumlah tunggakan pembiayaan mencecah RM6.3 bilion. Jangan lupa dengan generasi baru yang perlukan pembiayaan untuk menyambung pengajian.

Bayar hutang pendidikan secara konsisten seperti mana kita memberikan komitmen membayar pembiayaan bank. Jangan ambil mudah perkara ini.

Ini kerana jika anda gagal dan mempunyai rekod bayaran hutang pendidikan anda yang buruk, ia akan memberi kesan kepada anda apabila ingin membuat pinjaman-pinjaman yang lain malah anda akan juga disenarai hitam oleh bank-bank dan tidak dibenarkan untuk keluar negara.

5. Pelaburan

Pelaburan bukan setakat menyimpan tetapi dilaburkan supaya duit kita tidak dimakan inflasi. Nilai RM500 pada tahun 2001 adalah tidak sama dengan nilai RM500 pada tahun 2021. Jika ada duit lebihan dari gaji, bolehlah pertimbangkan untuk pelaburan.

Terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang ditawarkan dari yang berisiko rendah, sederhana, dan tinggi. Pergi ke seminar yang ditawarkan kerana sebelum melabur kita perlu mempunyai ilmu.

Yang paling penting pastikan pelaburan tersebut adalah sah dari segi undang-undang dan bukannya ‘scammer’. Semakan boleh dibuat melalui Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia.

Mengikut rekod Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), mereka yang berusia antara 30 hingga 40 tahun paling ramai merujuk kepada agensi berkenaan berkaitan pengurusan kredit.

Ini menunjukkan pengurusan kewangan perlu dipupuk seawal mungkin iaitu semasa zaman universiti supaya golongan ini tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan.

Oleh itu, adalah penting untuk anda yang baharu sahaja menamatkan pengajian di Universiti untuk merancang dan mengamalkan tabiat kewangan yang baik. Ini kerana perkara ini akan membentuk amalan kewangan anda pada masa hadapan. Jadi, persediaan yang rapi adalah perlu untuk anda menghadapi realiti kehidupan sebenar yang serba mencabar.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button