KERJAYA

Kenaikkan Gaji Adalah Satu Perkara Yang Diidamkan Oleh Setiap Pekerja. Tetapi Bagaimana Untuk Mencapainya?

Salah satu punca ramai yang tidak lepas untuk membuat pinjaman pada hari ini adalah kerana pendapatan yang mereka rendah. Pihak bank pula mahukan peminjam yang bergaji tinggi atas dasar kemampuan bayaran semula yang lebih baik.

Situasi ini sering dihadapi oleh golongan yang berpendapatan serdahana atau B40 yang semakin dihimpit dengan situasi pendemik pada hari ini.

Oleh itu, jika anda sedang bekerja atau masih mencari kerja dan mengharapi situasi ini, kami akan kongsikan beberapa tip yang boleh anda lakukan bagi mendapatkan kenaikan gaji yang lebih tinggi dan mampu membaiki tahap kewangan anda.

  1. Datang Awal

Ini antara satu habit yang baik untuk diamalkan terutama jika anda bekerja di sebuah syarikat yang besar ataupun apabila anda menjadi seorang pekerja yang baru sahaja mendapat jawatan.

Ini kerana jika anda sering datang awal, anda mungkin akan menjadi tumpuan bos anda terutama bila anda adalah satu-satunya pekerja yang tidak pernah datang lambat.

Jangan sesekali datang lambat dan bagi alasan yang tidak munasabah. Sekali anda bagi alasan, anda mungkin akan di cop sebagai pemalas walaupun hanya sekali sahaja datang lambat.

Apabila sudah datang awal, jangan pula anda tidur di pejabat. Siapkan kerja yang penting lebih awal supaya anda tidak akan pernah lewat menghantar kerja anda.

  1. Perbanyakkan Bertanya

Mungkin rakan pejabat anda akan label anda sebagai lambat belajar disebabkan selalu bertanya. Tetapi, anda akan belajar dengan banyak apabila anda banyak bertanya.

Selain itu, bos anda juga akan nampak anda sebagai seorang yang bersungguh-sungguh untuk memahami sesuatu perkara. Jika anda berada di dalam mesyuarat, anda di galakkan untuk turut serta sebagai tanda anda faham dan sokong akan perbincangan dalam mesyuarat tersebut.

Lebih menarik lagi, anda akan dilihat sebagai seorang yang menonjol di kalangan staff yang lain. Seseorang yang menonjol akan mendapat lebih tinggi kenaikan gaji berbanding orang lain.

  1. Buat Semua Kerja

Apabila rakan pejabat anda mula serahkan tugas mereka kepada anda, anda harus terima sahaja. Cuma, anda perlu rekod dan beritahu tentang kerja baru yang anda buat kepada bos anda.

Anda akan buat banyak kerja dan pada masa yang sama anda akan menjadi seorang yang serba tahu dalam sesuatu syarikat. Ini membuatkan anda lebih sukar untuk dibuang kerja.

Selain itu, apabila anda tahu buat banyak kerja, ini juga membantu anda apabila anda ingin pindah ke syarikat lain untuk dapatkan pekerjaan baru. Anda berpeluang untuk pilih pekerjaan yang anda lebih meminati kerana skop dan skill pekerjaan yang anda fahami lebih luas.

  1. Lompat Kerja

Ada sesetengah orang tidak menggalakkan kita sering ‘lompat kerja’ kerana anda mungkin di label tidak setia.

Tetapi, apabila anda lompat kerja, anda mungkin berpeluang untuk lihat kebolehpasaran anda di pasaran semasa dan mendapatkan kerja yang lebih sesuai yang memerlukan kehamiran anda.

Lebih banyak tawaran interview yang anda terima, lebih tinggi peluang untuk anda minta kenaikan gaji anda.

  1. Demand

Jika anda yakin anda sudah banyak buat kerja untuk syarikat dengan baik, anda sebenarnya ada hak untuk meminta kenaikan gaji.

Ini adalah masa terbaik untuk anda lihat sama ada bos anda akan hargai anda atau tidak. Bos yang baik biasanya akan menghargai stafnya yang sudah banyak bekerja untuk syarikat.

Jadi, anda juga seharusnya mempertahankan hak anda sebagai seorang pekerja agar tindakan-tindakan yang tidak baik oleh para majikan dapat dielakkan.

  1. Pengetahuan Am

Ya. Jika anda mempunyai pengetahuan am atau anda sering ambil tahu hal semasa, anda mungkin akan dipandang tinggi walaupun anda hanya seorang staff junior.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk rajin membaca berita dan tambah pengetahuan am terutamanya yang berkaitan dengan ruang lingkup kerja yang anda lakukan.

Jangan terkejut jika ada orang muda yang masih baru bekerja tetapi sudah memiliki kenaikan gaji yang sangat tinggi.

Oleh itu, apa yang anda ingingkan adalah bermula dengan diri anda sendiri. Segala perubahan dan kemahuan yang anda rancang adalah bermula dengan langkah pertama yang anda ambil untuk memastikan ianya tercapai. Jadi, untuk mendapatkan kenaikan gaji ini, anda perlulah melakukan satu perubahan yang positif kearah yang lebih professional agar majikan anda nampak kesungguhan yang dipamerkan oleh anda.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button