HARTANAH

Masa Pendemik Adalah Masa yang Sesuai Untuk Dapatkan Kediaman Pertama Anda?

Membeli hartanah untuk kali pertama sangat mengujakan kerana ia menjadi titik permulaan baru yang besar dalam kehidupan. Namun, ia juga merupakan isu besar kerana terdapat pelbagai perkara yang anda perlu pertimbangkan, seperti harga, mendapatkan pinjaman, lokasi, dan banyak lagi faktor lain yang akan mempengaruhi pertimbangan dan persediaan anda.

Sebelum anda memulakan proses mencari rumah, sangat penting untuk anda mengenal pasti tujuan anda untuk membeli rumah tersebut.

Ia akan mempengaruhi jenis hartanah yang anda beli, sama ada rumah atas tanah atau bangunan tinggi. Banyak pembeli rumah kali pertama membuat kesalahan membeli dengan sebab yang salah yang akhirnya mengakibatkan proses yang lama dan mahal untuk menjual rumah.

Tetapi, tahukah anda di masa pendemik ini, ramai yang berpendapat bahawa membelanjakan wang simpanan dengan jumlah yang besar untuk mendapatkan rumah adalah tidak seseuai.

Bagaimana jika ia adalah sebaliknya?

Jika anda lihat, sektor ekonomi sangat terjejas akibat daripada pendemik ini dan sektor hartanah juga tidak kurang mengalami kesannya. Banyak harga hartanah yang telah mengalami penyusutan akibat daripada lambakan hartanah-hartanah yang tidak terjual.

Berdasarkan Laporan pasaran harta tanah bagi separuh pertama 2019 (H1 2019) dikeluarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan (JPPH) mendedahkan bahawa sebanyak 32,810 unit kediaman siap dibina tetapi tidak terjual bagi tempoh masa itu dengan nilai RM19.76 bilion. Malah, pada suku kedua saja, kerajaan turut mendapati lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual dianggarkan berjumlah RM8.3 bilion.

Ini kerana BNM berkata, berdasarkan data Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM), harga rumah telah meningkat dengan sederhana sahaja pada separuh pertama 2018 pada empat peratus dengan data awalan bagi suku ketiga 2018 dan menunjukkan penurunan selanjutnya kepada 1.1 peratus. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa harga bagi kediaman pada masa kini dijangka akan mengalami penurunan demi penurunan kesan daripada lambakan rumah dan kediaman yang tidak terjual semasa pendemik ini.

Untuk pengetahuan anda juga, dengan kemerosotan dalam industri hartanah pada masa ini juga, pemaju sebenarnya terdorong untuk buat apa saja yang mereka boleh untuk menambah nilai kepada hartanah mereka yang tak terjual. Ia juga ditambah dengan peningkatan rumah dan kediaman yang dilelong pada masa ini yang akan membolehkan anda mendapatkan rumah dibawah harga pasaran.

Oleh itu, anda sebagai pengguna yang bijak perlu merancang dan meneliti dengan baik berkaitan isu ini agar anda mampu membuat pilihan yang bijak dan melakukan persediaan awal untuk mendapatkan kediaman baharu anda.

Persediaan awal yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat penilaian beberpa perkara ini:

  1. Pilih Lokasi Yang Sesuai

Lokasi memainkan peranan besar dalam keputusan anda. Anda harus memilih lokasi yang sesuai yang tidak menjejaskan kualiti hidup.

  1. Kemudahan

Kemudahan seperti gimnasium, kolam renang dan taman permainan terbina dalam. Beberapa bangunan mungkin mempunyai gelanggang bola keranjang atau tenis, dan yang lain mungkin mempunyai kedai serbaneka dan perpustakaan mini. Kemudahan-kemudahan ini juga perlu diberi pertimbangan kepada keperluan anda untuk memudahkan kehidupan.

  1. Ruang

Jika ruang adalah keutamaan, belilah rumah atas tanah. Rumah adalah tempat yang sesuai untuk membesarkan keluarga, dan anda juga akan mempunyai kebebasan untuk mengubahsuai tempat yang anda inginkan tanpa perlu risau tentang kekangan saiz. Beberapa harta tanah juga cenderung mempunyai nilai jual semula yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang, bergantung pada lokasinya. Banyak pembeli rumah juga lebih suka menetap di tempat yang senyap dan tenang dari kesibukan kota, dengan ruang yang cukup luas antara mereka dan jiran mereka. Ini juga menawarkan lebih banyak privasi, jadi anda tidak perlu risau dengan dinding rumah yang terlalu nipis.

  1. Harga

Pemilihan harga rumah perlulah sesuai dengan kemampuan anda agar ianya tidak akan memberi kesan yang negatif di masa akan datang.

  1. Kos Lain-Lain

Sekiranya anda pemilik harta tanah strata, anda harus mempertimbangkan kos tambahan seperti yuran penyelenggaraan bulanan, yuran perkhidmatan, dana simpanan, insurans dan sebagainya. Bayaran ini juga merangkumi penyelenggaraan umum bangunan dan kemudahan.

Selain itu, anda juga perlu menyediakan kos-kos seperti kos guaman, kos upah, kos dokumentasi dan kos untuk bayaran deposit contohnya yang perlu disediakan dengan rapi untuk memudahkan urusan anda.

  1. Bersedia Dari Segi Kewangan

Anda harus memastikan bahawa anda bersedia dari segi kewangan. Anda tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan ini kerana ia melibatkan kos dan komitmen yang sangat tinggi. Oleh itu, persediaan kewangan ini sangatlah perlu agar anda tidak terliabat kedalam masalah yang lebih besar di masa akan datang.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button