INFO KEWANGAN

Masalah Kewangan Boleh Menyebabkan Anda Terlibat Dengan Masalah Mental

Sejak pandemik yang lebih setahun lalu diumumkan WHO, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan program pencegahan virus Covid-19 ini dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negara.

Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara apabila ramai rakyat Malaysia telah mengalami pengurangan pendapatan akibat kehilangan pekerjaan atau pengangguran.

Masalah kewangan disini bermakna rakyat mengalami kesusahan untuk menunaikan komitmen harian atau bulanan seperti membayar sewa rumah, pinjaman kereta, bil elektrik, bil air, dan makanan harian.

Hal ini secara langsung boleh mengimpak kesihatan mental sesetengah individu.

Kajian yang dijalankan di Malaysia tentang pengaruh PKP ini terhadap kesihatan mental masyarakat menunjukkan bahawa mereka yang mengalami pengurangan pendapatan akan cenderung untuk mengalami perasaan kemurungan, kegelisahan dan stres yang lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengalami apa-apa perubahan pendapatan.

Kajian akademik dari negara lain juga telah membuktikan bahawa masalah kewangan dan masalah kesihatan mental adalah satu yang berkait rapat. Lebih-lebih lagi, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan negara-negara yang terkesan supaya lebih prihatin dan mengutamakan penyediaan yang mencukupi bagi menangani masalah kesihatan mental dalam merangka respons terhadap perkembangan pandemik Covid-19 ini.

Kita tahu bahawa masalah kewangan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental. Tetapi yang sebaliknya juga adalah benar. Mereka yang mengalami masalah kesihatan mental juga akan mengalami kesusahan dari segi pengurusan kewangan. Ini akan menjadi satu kitaran masalah yang sangat memudaratkan. Jadi, untuk memudahkan pengurusan kewangan, kesihatan mental juga perlu diusahakan.

Oleh itu, dalam menghadapi masa sukar ini, anda disarankan untuk berusaha memahami dan menangani masalah kesihatan mental yang boleh menjejaskan kehidupan harian serta berusaha mengurskan kewangan anda dengan sebaiknya.

  1. Perhatikan Tabiat Kewangan Dan Emosi

Langkah pertama ini hanya memerlukan anda untuk memerhatikan dan merekodkan tabiat kewangan dan emosi anda.

Perhatikan aliran keluar pendapatan anda dan ke mana ia pergi. Kemudian, perhatikan apakah emosi anda apabila anda melaksanakan sesuatu pembayaran.

Perhatikan juga emosi anda apabila gaji masuk pada akhir bulan. Cuba perhatikan tabiat anda selama sebulan dan rekodkan dalam buku nota

  1. Dapatkan Bantuan Kewangan

Setelah anda memahami tabiat anda, tiba masanya untuk mendapatkan bantuan.

Anda boleh mencari bantuan untuk mengurus kewangan anda secara am ataupun meminta bantuan spesifik.

Contohnya, jika anda mendapati bahawa hutang telahpun tertunggak, anda boleh minta bantuan perkhidmatan pengurusan hutang seperti amalan Malaysia untuk menyelesaikan hutang.

Ini supaya anda tidak digelar muflis dan membebankan lagi hidup anda serta keluarga.

  1. Dapatkan Kaunseling Untuk Kesihatan Mental

Bantuan kewangan hanyalah satu aspek dalam penyelesaian masalah ini.

Anda juga perlu mengambil kira kesihatan mental anda yang sangat berkait rapat dengan kesihatan kewangan anda. Perkhidmatan pengurusan kewangan bukanlah pakar kesihatan mental.

Jadi, anda perlu menghubungi pakar psikologi atau perkhidmatan kaunseling kesihatan mental yang boleh memberi cadangan lanjut untuk mendapatkan perkhidmatan kaunserling profesional.

  1. Berusaha Untuk Mengubah Keadaan Semasa

Setelah meminta bantuan dan mendapati beberapa nasihat daripada pakar industri, anda perlulah berusaha untuk membaik pulih keadaan anda.

Dari segi kewangan, anda boleh menyediakan strategi kewangan dan mengatur bajet. Pastikan dana kecemasan mencukupi dan simpan dana untuk menyelesaikan hutang.

Dari segi kesihatan mental pula, anda boleh memulakan tabiat seperti journaling, meditasi, pemakanan sihat dan senaman harian. Ingat, perkara-perkara ini perlu dilakukan jika anda ingin mengubah hidup anda kepada yang lebih baik.

Jadi, anda seharusnya mampu merancang dan menguruskan kewangan anda dengan baik terutaman semasa era pendemik yang serba mencabar ini. Dapatkan bantuan jika perlu agar anda terhindar daripada masalah seperti masalah mental ini yang akan membebankan lagi kehidupan anda.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button