HUTANG

Nak Tutup Hutang Lama Dengan Menggunakan Hutang Baru? Fahamkan Teknik Ini Dahulu

Ramai di dalam kalangan masyarakat sering menghadapi situasi dimana mempunyai hutang, baik dari hutang dengan rakan-rakan, dengan ahli keluarga mahupun hutang pinjaman pribadi ataupun hutang kad kredit.

Tambah-tambah lagi anda baru sahaja menamatkan pengajian dan perlu membayar semula hutang pelajaran seperti PTPTN, hutang kenderaan, kediaman dan lain-lain lagi.

Tanpa kesedaran dan perancangan yang baik, situasi ini sememangnya mampu menjerat anda untuk telibat ke dalam masalah yang lebih besar.

Situasi ini kebiasaannya bermula apabila anda berbelanja secara berlebihan ke atas kad kredit pertama semasa kecemasan, dan anda berjanji tidak akan mengulanginya untuk perbelanjaan seterusnya tetapi tanpa sedar anda telah mengulanginya semula dan akhirnya menjadi sebuah kebiasaan dalam perbelanjaan anda.

Menurut laporan dari The Star pada tahun 2017, Malaysia mempunyai 3.6 juta pemegang kad kredit dengan baki tertunggak sebanyak RM36.9 bilion! Laporan mencatatkan, 43.6% daripada jumlah pemegang kad hanya dilangsaikan sekurang-kurangnya 5% daripada baki tertunggak, manakala 12.8% tidak dilangsaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagaimana anda ingin menyimpan dan melabur sedangkan hutang makin lama makin meningkat?

Jadi, sebelum terlambat adalah sebaiknya anda mula mengambil tindakan untuk keluar dari belenggu kewangan dan hutang-hutang ini.

1. Kaedah Bebola Salji (“Snowball”)   

Secara asasnya, kaedah ini adalah strategi pembayaran hutang memerlukan anda menyusun dan membayar hutang daripada yang paling kecil sehingga paling besar untuk menambah momentum bagi setiap hutang yang dilangsaikan.

Prosedur kaedah:

Langkah    1:    Senaraikan hutang yang paling kecil sehingga paling besar

Langkah    2:    Buat bayaran minimum bagi semua hutang kecuali hutang yang paling kecil

Langkah    3:    Bayar sebanyak yang mungkin pada hutang yang paling kecil

Langkah    4:    Ulang sehingga setiap hutang tersebut selesai

Kaedah ini boleh digunakan bagi semua jenis hutang. Sebagai contoh di bawah adalah 6 hutang yang ditanggung oleh anda, daripada yang paling kecil sehingga paling besar:

1.         Kad Kredit A: RM1,500

2.         Kad Kredit B: RM3,800

3.         Pinjaman Peribadi A: RM10,000

4.         Pinjaman Peribadi B: RM18,500

5.         Pinjaman Kereta: RM21,000

6.         Pinjaman PTPTN: RM45,000

Sebelum anda memulakan langkah-langkah di atas, sudah tentu anda perlu mengubah perbelanjaan dalam gaya hidup seharian. Ini bermaksud anda perlu mengawal perbelanjaan yang tidak diperlukan termasuk pelan pascabayar yang terlalu mahal dan tidak digunakan sepenuhnya.

Selepas penolakan perbelanjaan harian anda, membayar sewa, bil, dan petrol – anda mempunyai lebihan RM1,000 sebulan.

Daripada menggunakan lebihan RM1,000 untuk membayar pinjaman sekaligus, anda juga boleh membuat pembayaran minimum pada semua pinjaman supaya anda boleh menumpukan lebihan wang ke atas Kad Kredit A. Dalam masa dua bulan, anda akan dapat melangsaikan Kad Kredit dan tidak perlu memikirkannya lagi.

Selepas wang lebihan yang digunakan untuk membayar Kad Kredit A telah selesai, ianya boleh digunakan untuk melangsaikan Kad Kredit B dalam masa empat bulan. Proses ini akan berulang, daripada masa anda mencapai hutang paling besar yang merupakan Pinjaman PTPTN, anda akan memperoleh lebihan wang yang terkumpul dan ianya adalah dinamakan istilah ‘bebola salji’.

Kaedah ini berkesan kerana ianya amat memuaskan untuk melangsaikan hutang dari hidup anda selama-lamanya, dan mendorong anda untuk melangsaikan hutang pada masa depan sehingga anda bebas sepenuhnya dari hutang. Ianya sangat menarik bagi sesiapa yang ingin menguruskan kewangan secara mudah.

2. Kaedah Runtuhan Salji (“Avalanche”)

Kaedah bebola salji memberi tumpuan kepada hutang paling kecil dahulu, akan tetapi kaedah runtuhan salji memberi tumpuan kepada melangsaikan hutang yang mengenakan kadar faedah paling tinggi dahulu.

Menggunakan contoh sama, berikut adalah yang diutamakan dalam kaedah runtuhan salji:

1.         Kad Kredit B: RM3,800 (18% faedah setahun)

2.         Kad Kredit A: RM1,500 (15% faedah setahun)

3.         Pinjaman Peribadi B: RM18,500 (13% faedah setahun)

4.         Pinjaman Peribadi A: RM10,000 (6% faedah setahun)

5.         Pinjaman Kereta: RM21,000 (3% faedah setahun)

6.         Pinjaman PTPTN: RM45,000 (1% faedah setahun)

Seperti yang ditunjukkan di atas, ia mengutamakan Kad Kredit B lebih daripada Kad Kredit A dan Pinjaman Peribadi B lebih daripada Pinjaman Peribadi A, kerana kadar faedah yang lebih tinggi.  Dengan kaedah ini, anda boleh menyimpan hingga ribuan ringgit sepanjang tempoh beberapa tahun.

Sudah tentu kaedah ini memerlukan tahap kesabaran yang lebih tinggi, jadi bersiap-sedia untuk menyediakan senarai yang diingini bakal terlepas selama bertahun-tahun yang akan datang.

Setakat ini yang telah dibincangkan tentang kaedah-kaedah pengubahsuaian tingkah-laku yang tidak memerlukan bantuan orang lain, bahkan rakan dan keluarga anda. 

Tetapi bagaimana jika anda amat terdesak, adakah terdapat bantuan pihak ketiga yang boleh anda jangkakan?  Antara kaedahnya adalah dengan kaedah seterusnya.

3. Menyelesaikan semua hutang anda dengan hutang yang lain.

Kenapa kita perlu menyelesaikan semua hutang dengan cara menambahkan hutang yang lain?

Pernahkah anda dengar Penyatuan Hutang atau Debt Consolidation sebelum ini?

Ini merupakan cara dengan mengambil pinjaman besar untuk membayar semua hutang kecil secara serentak.

Selain itu, penyatuan hutang memudahkan pembayaran hutang kerana anda tidak perlu lagi bimbang dengan bil-bil dengan tempoh pinjaman yang berbeza, faedah yang berbeza dan tarikh bayaran yang berbeza. Selepas menggunakan kaedah Penyatuan Hutang, anda akan mempunyai satu bil sahaja. 

Terdapat dua jenis Penyatuan Hutang iaitu :-

  • Kad Kredit Pemindahan Baki

Kad Kredit Pemindahan Baki merupakan pindaan semua hutang daripada kad-kad yang lain kepada satu Kad Kredit Pemindahan Baki.

Kad Kredit Pemindahan Baki menawarkan kadar faedah yang lebih rendah untuk menyelesaikan hutang. Kad kredit yang lain kebiasaannya akan mengenakan caj faedah antara 15% – 18% setahun manakala Kad Kredit Pemindahan Baki ini mampu menawarkan caj faedah sehingga 0% setahun terhadap baki yang dipindahkan kepada kad tersebut.

Untuk menyertai tawaran ini, anda perlu mengikuti syarat-syarat yang telah disenaraikan. Pertama, sesetengah kad akan mengenakan yuran pengendalian pendahuluan. Kedua, jika semua hutang dibayar dalam tempoh masa enam bulan, anda mungkin akan layak mendapat kadar faedah 0% manakala jika semua hutang tidak dibayar, kadar faedah akan meningkat.

Jika anda mempunyai duit tambahan untuk melangsaikan hutang dalam tempoh masa enam bulan, anda mungkin sudah menyelesaikan setiap kad kredit anda sebelum ini?

  • Pinjaman Peribadi

Penyatuan Hutang melalui Pinjaman Peribadi merupakan menyatukan semua hutang kad kredit anda (atau mana-mana hutang) ke dalam satu pinjaman. Ia memudahkan anda dengan menyatukan semua hutang kepada satu sahaja dan dapat memberi tumpuan kepada satu bil sahaja. 

Walaubagaimanapun, pinjaman peribadi ini tidak sama seperti kad kredit pemindahan baki (masih mempunyai persamaan). Pinjaman peribadi memberi pilihan yang luas. Akan tetapi, anda masih boleh membuat pinjaman yang lain mengikut keperluan anda.

Pinjaman mana yang anda perlu ambil?

Adakah anda memerlukan pinjaman yang menawarkan faedah yang rendah dengan bayaran bulanan yang tinggi? Atau adakah anda memerlukan fleksibiliti tetapi pada masa yang sama tidak ada penalti yang terlalu tinggi apabila anda membayar tempoh yang lama.

Anda juga perlu menilai keadaan semasa anda seperti pekerjaan dan rekod kewangan semasa anda

Sesetengah pinjaman memberi kelebihan untuk golongan tertentu. Sebagai contoh, ada yang memberi kelulusan dengan cepat untuk pekerja dalam sektor kerajaan, kerajaan negeri dan badan berkanun.

Jika anda ingin menggunakan kaedah Penyatuan Hutang, anda perlu membuat pengiraan dengan teliti. Gunakan kalkulator kad kredit untuk mengira jumlah faedah yang terkumpul jika anda membayar kad kredit setiap bulan dan membandingkan kadar faedah/keuntungan yang ditawarkan oleh bank.

Oleh itu, jangan berasa takut untuk mengira berapa banyak hutang anda ada. Apabila memikirkan tentang hutang-hutang yang sedia ada, kita perlu duduk dan memikirkannya. Langkah ini perlu diambil untuk menyelesaikan hutang kewangan yang mebebankan.

Namun, tidak kira bagaimana cara yang anda guna, perubahan dalam tabiat menyimpan dan berbelanja adalah penting. Anda perlu berdisiplin, mempunyai semangat kental, dan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap hutang amda itu mampu di selesaikan.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button