BELANJA

Shopaholic Punca Ramai Yang Poket Kering Tidak Sampai Hujung Bulan

Keinginan untuk berbelanja memang dapat muncul di mana saja, termasuk saat berada di rumah. Semasa mempunyai waktu lapang, tidak hairan jika dikatakan wujudnya sesetengah orang yang memilih untuk menghabiskan waktu mereka dengan berbelanja.

Namun, jika ianya terus menjadi sebuah kebiasaan, anda perlu periksa hobi anda itu kerana anda mungkin seorang yang Shopahlic.

Istilah shopaholic ini bermaksud anda terus berbelanja dengan terlalu kerap sehingga ianya berlebih-lebihan. Shopaholic berasal dari kata shop yang bermaksud belanja dan aholic yang bermaksud suatu ketagihan yang disedari ataupun tidak.

Shopaholic adalah suatu situasi di mana seseorang tidak lagi mampu mengawal dan menahan keinginannya dalam berbelanja, walaupun sebenarnya barang-barang yang dibeli tidak diperlukan.

Ramai yang tidak tahu bahawa Shopaholic ini adalah termasuk di dalam satu jenis gangguan mental kerana ia digolongkan sebagai gangguan obsesif kompulsif (OCD). Perkara tersebut merupakan bentuk gangguan mental yang dikenaplpasti melalui dengan sebuah ketagihan sehingga mampu mendorong seseorang itu untuk melakukan aksi atau kelakuan tertentu secara kompulsi atau berulang-ulang.

Banyak orang yang belum mengetahui tanda dan cara mengatasi masalah ini sedangkan tabiat untuk belanja secara berlbihan ini seringkali menjadi sebuah kebiasaan di dalam masyarakat. Jika dibiarkan, shopaholic ini sememangnya boleh menimbulkan bermacam masalah dalam kehidupan tertutamanya masalah dari sudut ekonomi dan sosial.

Ketahui Tanda-Tanda Seorang Shopaholic

Shopaholic sering kali dialami seiring dengan gangguan mental lain, seperti gangguan cemas, depresi, gangguan obsesif-kompulsif (OCD), atau masalah pemakanan yang tidak terkawal (Binge Eating Disorder). Biasanya shopaholic dapat dilihat pasa individu di akhir usia remaja dan awal masa dewasa mereka (di bawah usia 30 tahun).

Mengalamai kesusahan atau tidak mampu dalam mengawal emosi dan hasrat untuk membeli barang secara berlebihan adalah ciri utama seorang shopaholic ini. Terdapat juga ciri-ciri lain seperti:

  1. Mempunyai Keyakinan Diri Yang Rendah

Seorang yang shopaholic biasanya memiliki keyakinan diri atau self-esteem yang rendah. Mereka sering melihat dirinya serba kekurangan dan mesti ada sesuatu yag tidak cukup. Oleh sebab itu, seorang shopaholic biasanya akan berbelanja dengan tujuan untuk merasa lengkap dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

  1. Berasa Gembira Yang Teramat Setelah Belanja

Seorang shopaholic juga biasanya akan menggunakan aktiviti berbelanja sebagai cara untuk meluahkan dan melepaskan emosi mereka yang tidak stabil. Perkara ini berkemugkinan datang daripada sebuah pertengkaran, stres, atau kekecewan. Mereka juga akan berbelanja untuk mengisi kekosongan emosional serta kebosanan mereka.

Maka, ketika mereka melihat barang yang digemari dan dapat membelinya, seorang shopaholic akan merasa bahagia dan puas yang kemudian akan menyebabkan mereka melupakan masalah-masalahnya.

Perasaan bahagia inilah yang membuatkan mereka berasa ketagihan sehingga ianya dilakukan berulang-ulang kali.

  1. Tetap Berbelanja Dengan Berlebihan Walaupun Sudah Menyesalinya

Walaupun merasa gembira setelah berbelanja, seorang shopaholic biasanya akan merasa kecewa dan menyesali perbuatannya itu. Bahkan mereka sedar bahwa tingkah laku berbelanja yang berlebihan itu adalah merugikan dan perlu dihentikan.

Tetapi, seorang shopaholic tetap akan melakukannya di waktu lain secara berulang-ulang kali.

  1. Gemar Untuk Menyembunyikan Perbelanjaan

Perkara ini sering dilakukan leh seorang shopaholic kerana tahu akan keslahan mereka yang berblanja secara berlebihan itu.

Mereka juga cenderung untuk berbelanja seorang diri kerana berasa malu untuk berbelanja bersama orang lain.

  1. Mempunya Pengurusan Kewangan Yang Buruk

Masalah kewangan semestinya akan muncul akibat perbelanjaan yang tidak terkawal oleh seorang shopaholic kerana mereka merasa dirinya tidak boleh menghentikan perbelanjaan mereka itu dan tetap akan menghabiskan wang mereka untuk berbelanja walaupun melibatkan hutang yang banyak.

  1. Cenderung Menghabiskan Sebahagian Besar Waktu Lapang Hanya Untuk Berbelanja

Seorang shopaholic seringkali akan menghabiskan masa lapang mereka untuk berbelanja sama ada di pasar-raya, pusat beli belah dan juga membeli barang secara atas talian.

Perkara ini akan menjadi sebuah kebiasaan malah ada yang menjadikan aktiviti ini sebagai hobi mereka yang akan dilakukan secara berulang-ulang kali di dalam kehidupan seharian mereka.

Jika dilihat, sangat sukar untuk mengesan tabiat shopaholic ini kerana anda berkemungkinan tidak menyadari tingkah laku anda malah ahli keluarga anda ketika berbelanja itu adalah tergolong di dalam shopaholic. Oleh itu, anda perlu memahami tanda-tandanya dan bertindak di peringkat awal untuk mengatasinya dengan baik. Ini kerana jika tidak diberi perhatian dengan betul, shopaholic boleh menimbulkan masalah kewangan yang besar dalam kehidupan anda.

Maka, di masa pandemik dimana kegiatan soisal sangat terbatas dan banyak masa anda dihabiskan di rumah saja, banyak orang akan mengisi masa lapang mereka dengan berbelanja untuk mengatasi rasa bosan atau kekosongan. Maka, tidak mustahil lebih ramai orang akan mengalami masalah shopaholic ini.

Jadi, kesedaran tentang masalah ini perlulah difahami dan disebarkan kepada orang ramai agar masalah kewangan di dalam masyarakat dapat dikurangkan terutamanya di masa pendemik yang serba mencabar ini.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button