TIP JIMAT

Spending Duit ke Perkara yang Anda Tidak Sedar Punca Duit Selalu Tidak Cukup Sampai Hujug Bulan.

Pernah tak anda rasa bila hujung bulan je baki akaun dalam bank mesti tinggal kosong. Lepastu mengharap gaji masuk cepat dan bila gaji masuk lambat, terpaksalah pinjam kawan-kawan dan keluarga.

Situasi ini sering dirasai oleh masyarakat terutamanya golongan muda yang kerap dihimpit masalah kewangan.

Kadang-kadang rasa duit tu laju je keluar dari poket macam air dan sedar tak sedar duit dah habis.

Kemana perginya wang itu?

 Disini kami kongsikan beberapa spending yang selalu menjadi punca kepada poket koyak tanpa anda sedar.

1. Mamak

Jika anda nampak sekarang, restoran mamak memang berada di mana sahaja. Tempat ini menjadi tumpuan kerana waktu operasinya yang panjang, konsep yang santai, sesuai untuk melepak dan makanan yang banyak pilihan dengan harga yang agak murah.

Tapi, sedar atau tidak habit melepak di mamak boleh menyebabkan anda terpaksa menempah makanan atau minimum yang banyak lebih-lebih lagi jika anda melepak untuk tempoh yang agak panjang bersama rakan-rakan.

Kebiasaanya anak muda sanggup melepak sehingga waktu pagi!

Apa yang anda buat kat mamak lama2?

Kebiasaannya mereka yang lepak di kedai mamak ini adalah untuk tengok bola, sembang business dan jumpa kawan tapi tahu-tahu gelas air dah sampai 5, pinggan makanan dah sampai 3. Akhirnya sekali lepak sepnding anda mungkin mencecah belasan ringgit.

Macam mana duit tak habis.

 2. Gadget

Mempunyai gadget seperti smartphone dan tab sudah menjadi trend masa kini. Syarikat pengeluar pula sentiasa akan update dengan teknologi yang baru dan terkini mengikut peredaran semasa.

Ada pembeli yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan gadget terbaru!

Tetapi apa yang lagi mudah untuk dapatkan gedjet pada hari ini adalah anda boleh beli smartphone menggunakan pakej bayaran instalment yang ditawarkan syarikat-syarikat telekomunikasi.

Perkara ini akan menyebabkan anda mempunyai komitmen yang anda tidak sedar kerana perlu membayar bil dan cas yang dikenakan setiap bulan.

3. Kopi Mahal

Ini lagi satu trend yang pelik.

Ramai orang sanggup bayar mahal sehingga RM10 atau RM20 untuk secawan air kopi berjenama.

Lebih teruk bila terpaksa menggunakan kad kredit semata-mata untuk membeli air kopi sahaja!

Perkra ini menjadi trend hidup masyarakat terutamanya orang-orang muda kerana bagi mereka ia akan menjadi bahan untuk dimuatnaik dimedia sosial mereka setiap hari.

4. Gym

Memiliki bentuk badan yang sihat atau “sado” memang menjadi impian setiap lelaki.

Tetapi, sedar atau tidak, kos untuk ke gym ini dianggarkan mencecah RM200 sebulan malah ada yang lebih daripada itu.

Ia adalah satu perbelanjaan yang besar untuk perkara yang anda boleh lakukan secara percuma dirumah anda.

Kalau setakat datang gym nak selfie, workout di rumah pun boleh jadi sado!

Beli sahaja kelengkapan yang anda perlu dengan harga yang murah di Shoppie dan Lazada. Boleh guna sampai bila-bila.

5. Kereta

Promosi beli kereta tanpa deposit memang memudahkan golongan muda untuk memiliki kereta.

Tetapi ramai yang tidak sedar kos sampingan yang perlu dikeluarkan setiap bulan seperti minyak, tol, maintenance, repair, road tax, insuran dan lain-lain lagi jika anda memiliki kenderaan sendiri ini adalah satu perbelanjaan yang besar.

Ia ditambah pula bila harga minyak dan tol naik, maka perbelanjaan tersebut akan menyebabkan duit keluar laju dari poket kita.

Perbelanjaan-perbelanjaan harian seperti inilah yang menyebabkan duit kita selalu habis tanpa kita sedar. Oleh itu, anda perlu amalkan berbelanja mengikut keperluan agar setiap ringgit itu digunakan kepada sesuatu yang bermanfaat kepada diri ktia.

Badrul

Badrul Amin, a history graduate from the National University of Malaysia and likes to study current issues.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button