INFO KEWANGANKELUARGA

Suami Isteri Wajib Tahu Urus Duit Supaya Rumah Tangga Terjaga

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja telah menjejaskan ekonomi dunia, malah meninggalkan pelbagai kesan mendalam bagi masyarakat juga.

Ia termasuk bebanan hutang dan kewangan yang perlu ditanggung disebabkan oleh wabak itu.

Oleh itu, dengan memiliki pengetahuan urus kewangan keluarga semestinya akan membantu-individu menguruskan kewangan masing-masing sekaligus mampu untuk bertahan dan meneruskan kehidupan.

1. Ambil Tahu Jumlah Pendapatan Keluarga

Terdapat tiga kategori golongan pendapatan mengikut isi rumah di Malaysia, iaitu B40, M40 dan T20. Ia adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di Malaysia.

Dengan mengenal pasti jumlah pendapatan keluarga, anda dapat membuat kira-kira kos sara hidup dan menyusun strategi bagi memastikan pengurusan kewangan pada setiap bulan sentiasa mengikut kemampuan anda.

Melaluinya juga, anda dapat melihat kelayakan untuk memohon jenis bantuan dan subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi meringankan beban dan bleh memanfaatkan setiap ringgit yang anda belanjakan.

2. Wujudkan Matlamat Jangka Pendek Dan Panjang

Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk mula urus kewangan keluarga, boleh lakukan dengan menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang.

Matlamat kewangan jangka pendek lebih kecil dan memerlukan sumber kewangan yang lebih rendah dan lebih mudah dicapai seperti membeli kelengkapan sekolah anak-anak, tabung perkahwinan dan kecemasan.

Matlamat jangka panjang pula sebagai suatu latihan yang bertujuan untuk merumuskan pelan jangka panjang untuk memenuhi keperluan masa depan.

Dengan adanya matlamat ini, anda akan lebih jelas tentang kemana perginya perbelanjaan keluarga anda.

Sebagai contoh pembelian rumah, menunaikan haji dan tabung pendidikan untuk anak-anak.

3. Buat Pelan Perbelanjaan

Ada sesetengah daripada kita yang belum masuk setengah bulan, duit sudah tinggal ‘ciput’ sehinggakan perlu meminjam dengan rakan-rakan dan sekali gus menambahkan beban hutang.

Sebenarnya semua itu dapat diatasi dengan mempunyai perancangan dan menggunakan formula yang betul dengan mengetahui jumlah sebenar duit masuk dan duit keluar.

Perancangan perbelanjaan yang terperinci akan membantu anda memahami tabiat pengunaan wang diri sendiri supaya tidak boros dan membeli barang yang tidak diperlukan.

Jadi, plan perbelanjaan ini akan memblehkan anda berbelanja secara teratur dan berhemah.

4. Bezakan Keperluan Vs Kehendak

Norma baharu menuntut amalan bekerja dari rumah, pembelajaran dalam talian dan duduk di rumah membantu mengurangkan perbelanjaan tertentu seperti kos perjalanan, sukan dan rekreasi, hiburan serta aktiviti sosial.

Anda perlu menilai semula perbelanjaan keluarga dan menyelaraskan belanjawan dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan penting.

Keperluan harus mendahului kehendak. Antara pengajaran daripada pandemik ini ialah perkara yang tidak diduga boleh berlaku pada bila-bila masa. Kita harus bersedia.

Keperluan seperti pendidikana anak-anak, penjagaan insurans, pinjaman rumah dan kereta perlulah diutamakan.

Manakala, gaya hidup berlebihan, hiburan atau melancong boleh diketepikan dahlu buat masa ini.

5. Setiasa Semak Dan Kemaskini Bayaran Hutang

Bila hutang sudah menggunung dan setiap bulan duit gaji suami dan isteri untuk bayar hutang sahaja.

Anda memerlukan teknik yang baharu dalam melunaskan semua hutang tersebut. Pilih teknik yang bersesuaian dengan kemampuan anda.

Ada teknik yang dapat melangsaikan hutang dengan cepat tetapi memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi, ada juga yang fleksibel.

Setiap individu mempunyai komitmen kewangan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu tepuk dada, tanya selera dan pilih teknik yang berkesan serta terbaik untuk keluarga.

Tetapi yang penting disini adalah anda sentiasa berusaha untuk melunaskan segala hutang dengan teratur dan tidak mengabaikannya kerana banyak perkara buruk yang bakal menanti jika hutang ini tidak dirus dengan baik.

6. Pastikan Ada Tabung Kecemasan Dan Pelaburan

Langit tak selalunya cerah. Ada hari anda senang, ada hari anda susah. Ada yang juga sehingga perlu menjual harta benda untuk menyelesaikan masalah.

jadi, wujudkan segera tabung kecemasan anda sendiri kerana kita tidak tahu apa akan terjadi kemudian hari.

Sementara itu, purata umur bagi persaraan atau pencen seseorang adalah pada umur 55 hingga 65 tahun. Pastinya pada hari tua nanti, kita memerlukan duit untuk menampung kehidupan seharian selepas bersara.

Namun begitu, kebanyakan rakyat Malaysia pula hanya bergantung kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai simpanan hari tua mereka. Menjadi persoalannya, adakah simpanan KWSP kita nanti cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari?

Maka, anda perlu membuat satu simpanan khas untuk anda dan keluarga anda bagi menghadapi masa tua anda agar kesempitan hidup selepas masa bekerja dapat dielakkan.

7. Daftar Takaful Dan Insurans

Apabila anda memiliki sijil takaful atau polisi insurans, perlindungan tersebut akan membantu kita untuk membayar, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripada bil hospital pada waktu kecemasan.

Manfaat ini sangat membantu dalam situasi yang mana dana kecemasan kita tidak mencukupi. Jika berlaku musibah kematian, manfaat insurans dan takaful anda akan menanggung waris anda dan memastikan hidup mereka dapat diteruskan.

Jika anda sudah memiliki sijil takaful atau polisi insurans untuk diri dan keluarga, anda bleh dianggap sebagai seorang pengguna kewangan berhemah dan nyata sekali perjalanan kewangan dalam kawalan anda.

9. Sentiasa Kreatif Dan Jana Pendapatan Sampingan

Situasi hari ini banyak yang terkesan oleh pandemik COVID-19 dan telah memaksa kita untuk melakukan kerja untuk menampung pelbagai urusan.

Jangan risau, sebenarnya banyak platform untuk buat side income yang boleh dilakukan dimana-mana sahaja.

Malahan, tanpa memerlukan modal yang besar atau kemahiran canggih mengendalikan komputer, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan dengan risiko kerugian sifar atau sangat minimum.

Perlu diingat juga, apabila dah syok buat kerja sampingan ini, bagi yang masih mempunyai pekerjaan, jangan mengabaikan tugasan hakiki pula.

Oleh itu, pengetahuan untuk mengruskan wang dengan baik sebenarnya adalah kunci untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar di era pendemik ini. Anda perlu menggunakan wang anda dengan sebaiknya dan memastikan setiap ringgit yang anda belanjakan itu mampu mendatangkan manfaat kepada diri dan keluarga anda.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button