TIP JIMAT

Baru Nak Enjoy Jalan-Jalan Apabila Kerajaan Umum Pelbagai Kelonggaran Tapi Tahu-Tahu Harga Minyak Naik. Apa Nak Buat?

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang ekonominya bergantung kepada pasaran dan harga minyak semasa. Turun dan naik harga minyak dunia akan memberi kesan lansung kepada pelbagai sektor di Malaysia terutamanya sektor ekonomi. Perkara ini telah melahirkan situasi dimana harga barangan di Malaysia juga akan dikawal oleh pasaran dan harga minyak semasa.

Ini kerana Malaysia memiliki 400 telaga minyak dan gas dan merupakan negara pengeluar minyak kedua terbesar di Asia Tenggara serta memiliki rizab minyak keempat terbesar di Asia dan hasil minyak dan gas ini menyumbang kira-kira 20% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Maka, tidak hairanlah jika ekonomi Malaysia ini sangat bergantung kepada haarga minyak dunia.

Antara bulan April dan Mei 2020, harga petrol di negara ini telah berada pada harga terendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bahan api RON95 yang menjadi pilihan utama pengguna hanya berharga RM1.25 seliter manakala RON97 yang lebih premium pula berharga RM1.55 seliter, dan pula diesel pada harga RM1.40 seliter.

Tetapi, dengan permintaan yang semakin tinggi berikutan kelonggaran kerajaan yang membenarkan semula pelbagai aktiviti fizikal masyarakat, harga runcit bahan bakar itu dilihat semakin menaik dengan mendadak. Pada hari ini mengikut kemaskini harga bahan api pada 11 hingga 17 Nvember 2021, bahan api RON95 telah mencecah harga RM2.05 manakala RON97 pula berharga RM3.08 dan diesel pada RM2.15 seliter.

Baru nak berjalan naik kereta balik kampung, tapi harga minyak pula dah naik. Situasi inilah yang menjadi perbualan hangat masyarakat di Malaysia pada hari ini. Kenaikan harga bahan api ini semestinya akan memberi kesan kepada para pengguna kenderaan di dalam negara.

Untuk mengatasi masalah ini, anda seharusnya tahu bagaimana cara penggunaan bahan api yang effisien untuk menjimatkannya disamping memastikan setiap liter yang anda belanjakan itu memberi meanfaat sepenuhnya kepada anda.

Jadi, disini kami akan kongsikan beberapa cara untuk mengoptimum penggunaan bahan api kenderaan anda.

Menurut laman web majalah Automotive Fleet, terdapat banyak cara menjimatkan minyak kereta yang mudah dan berkesan yang boleh dipraktikan oleh para pengguna kenderaan.

  1. Tahu Cara Pengisian Yang Betul

Anda digalakkan mengisi minyak diawal pagi kerana kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin, anda boleh memilih untuk mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

Anda juga perlu isi minyak dengan perlahan-lahan. Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

Pastikan juga tangki anda tidak kosong sepenuhnya. Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus mengoptimumkan kemasukan bahan api kedalam kenderaan anda.

  1. Sentiasa Periksa cara penggunaan Anda

Antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan untuk menjimatkan penggunaan bahan api adalah seperti:-

  • Kurangkan Beban Atau Berat Kenderaan Anda

Buang barangan yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Ini kerana penambahan berat setiap 50 kilogram bagi kenderaan anda meningkatkan penggunaan minyaknya sebanyak dua peratus.

  • Periksa Tekanan Angin Tayar Anda

Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

  • Membuat Penyelenggaraan Kereta Secara Berkala

Tahap enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.

  • Matikan Enjin Jika Berhenti Lama

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

  • Penggunaan Gear Yang Betul

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

  • Penggunaan Brek Yang Betul

Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

  1. Tahu Kawal Kelajuan Kenderaan Anda

Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan dan yang lebih penting adalah anda tidak akan disaman. Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak kenderaan anda. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

Anda boleh lihat meter RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak.

  1. Kurangkan Penggunaan Air-Cond

Apabila cuaca luar sudah sejuk terutamany diwaktu malam, eloklah anda matikan air-cond anda. Selain itu, anda juga boleh matikan aircond apabila sudah hampir tiba ke destinasi. Ini kerana penggunaan minyak akan bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

  1. Elak Menggunakan Jalan Yang Sesak

Kurangkan perjalanan kenderaan anda semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk seperti waktu pagi ataupun malam. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kenderaan mengalami pembaziran bahan api kerana tidak bergerak.

  1. Jaga Enjin Kenderaan

Perkara ini adalah yang terpenting bagi seorang pengguna kenderaan. Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis. Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Penjagaan enjin yang baik akan mengoptimumkan penggunaan bahan api kenderaan anda.

Untuk menjaga enjin ini juga, anda perlu sentiasa memanaskan enjin dengan betul. Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat hingga 1 minit setelah enjin dihidupkan. Ini adalah untuk memastikan enjin kenderaan anda telah bersedia untuk bergerak dan mengelakkan kerosakkan kompenen dalaman enjin.

Jadi, anda semestinya boleh mengurangkan perbelanjaan harian anda terhadap bahan api kenderaan jika anda bijak dalam menggunakan kenderaan anda. Disamping dapat menjimatkan wang, mengamalkan beberapa cara ini juga akan meningkatkan lagi jangka masa penggunaan kenderaa anda dan mengelakkan kerosakan yang akan memerlukan lebih banyak perbelanjaan yang akan merugikan anda di masa akan datang.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button