INFO KEWANGAN

Bekerja Sambil Berjimat Satu Contoh Pengurusan Kewangan Yang Bijak

Sewaktu bekerja terutamanya bagi mereka yang duduk di dalam pejabat dan menghadap komputer seharian, anda sebenarnya berisiko melakukan pembaziran yang paling mudah apabila anda mempunyai kemudahan seperti internet dan komputer untuk melakukan pembelian-pembelian secara atas talian.

Walaupun pembelian dengan jumlah yang kecil seperti membeli pakaian, peralatan mahupun membuat pesanan makanan, namun apabila jumlahnya terkumpul, ia akan menjadi besar apabila tiba hujung bulan. Situasi ini seringkali terjadi kepada mereka-mereka yang mempunyai masa yang lebih sewaktu bekerja di pejabat.

Kerja di pejabat selama 8 jam merupakan waktu yang paling banyak anda luangkan dalam masa sehari. Oleh itu, banyak perkara yang anda akan belanjakan dalam waktu tersebut. Contohnya, ketika bersarapan, makan tengahari dan minum petang.

Jadi, anda seharusnya mengawal tabiat ini dan mula untuk berjimat sewaktu anda bekerja dan berupaya membaiki tahap kewangan anda. Oleh itu, disini kami kongsikan  beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk berjimat semasa berada di tempat kerja.

  1. Membawa Makanan Sendiri

Perkara paling simple adalah dengan membawa bekal dari rumah. Bekal yang dibawa adalah untuk di makan ketika waktu sarapan dan makan tengahari. Dengan cara ini, anda boleh berjimat dengan banyak iaitu anggaran RM10 sehari dan tidak perlu membeli makanan sewaktu di tempat kerja.

Dalam sebulan, anda sudah boleh jimat RM200 ( RM10 sehari x 20 hari waktu bekerja). Manakala dalam masa setahun pula, anda sudah membuat penjimatan sebanyak RM2,400 iaitu mungkin bersamaan gaji sebulan anda.

Selain dapat melakukan penjimatan, masakan yang di bawa dari rumah juga lebih bersih dan sihat. Anda juga boleh buat mengikut menu pilihan anda sendiri.

  1. Jangan Kerap Keluar Dari Tempat Kerja

Ada individu yang gemar untuk keluar berjalan-jalan di pusat beli belah ketika mempunyai masa yang lebih seperti pada waktu makan tengahari. Apabila anda pergi ke tempat seperti itu, anda mungkin akan berbelanja lebih banyak dari waktu biasa.

Makanan dan minuman yang dijual di pusat beli belah juga biasanya lebih mahal berbanding makan di kedai makan atau restoran biasa.

  1. Elakkan Pembelian Secara Atas Talian

Sesetengah syarikat membenarkan pekerjanya melayari website jual beli melalui internet. Ini bagi memudahkan pekerja tersebut membeli barangan yang di ingini tanpa perlu keluar dari pejabat. Kemudahan ini juga menyebabkan ramai yang membeli barang dengan kadar yang berlebihan.

Kemudahan laman web yang menawarkan pelbagai jenis barang dengan harga yang lebih murah membuatkan individu ingin membuat pembelian yang banyak. Oleh itu, elakkan untuk melayari laman web jual beli ketika bekerja kerana perkara tersebut akan ‘memaksa’ anda untuk melakukan pembelian.

  1. Buat Tabung Untuk Duit Syiling

Buat satu tabung syiling di tempat kerja. Cara ini paling mudah kerana anda hanya perlu masukka lebih wang syiling ke dalam tabung tersebut. Walaupun jumlahnya terlalu kecil, tetapi cukup untuk membantu kita ketika dalam kesusahan.

Jika anda masukkan duit syiling bernilai RM0.50 setiap hari, anda sudah mempunyai RM10 setiap bulan. Jumlah ini cukup untuk anda dapatkan makanan tengahari anda di restoran. Aktiviti menyimpan syiling di tempat kerja perlu dilakukan secara konsisten setiap bulan.

Jika sudah terbiasa untuk mengumpul syiling, anda akan lebih terarah untuk mendapatkan baki dalam bentuk syiling setiap kali melakukan pembayaran.

  1. Main Kutu Bersama Rakan-Rakan Sekerja

Akhir sekali adalah dengan bermain kutu bersama rakan sekerja. Cara ini sebenarnya dapat meningkatkan simpanan anda setiap bulan. Jika keadaan terdesak untuk membayar duit kutu tersebut, anda mungkin terpaksa berjimat ketika berbelanja untuk memastikan bayaran kutu tersebut dapat dibuat dalam masa yang ditetapkan.

Duit yang diterima setiap bulan juga adalah duit anda sendiri, oleh itu gunakan duit tersebut dengan sebaiknya terutama bagi individu yang mendapat giliran paling awal.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button