KRIPTO

Betulkah Cryptocurrency Menawarkan Kelebihan Yang Tiada Di Dalam Sistem Kewangan Konvensional?

Bitcoin sudah mula menjadi topik normal di seluruh dunia. Pada hari ini, semakin ramai warga Malaysia yang celik tentang Bitcoin dan mula menggunakannya secara meluas. Kini, harga untuk 1 bitcoin bersamaan dengan 66,616.90 USD atau RM 276,984.04. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai penggunaa cryptocurrency boleh menjana pendapatan yang lumanyan.

Jadi disini kami akan kongsikan beberapa kelebihan dan kekurangan apabila anda menggunakan Cryptocurrency ini.

  1. Cryptocurrency Menggunakan Teori Asas Ekonomi Yang Mudah Difahami.

Teori yang dimaksudkan itu adalah teori faktor bekalan dan permintaan (supply and demand factor).

Ini kerana apabila permintaan terhadap Bitcoin naik, harga Bitcoin juga akan naik. Apabila permintaannya kurang, harganya pula akan turun. Begitulah sebaliknya.

Tidak seperti matawang fiat atau barangan kawalan dimana harga dan nilainya boleh dikawal oleh pihak berkuasa atau dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Pengguna cryptocurrency lebih bersifat “community-based” di mana segala maklumat transaksi supply and demand boleh diperolehi oleh mana-mana individu yang ingin menganalisa maklumat tersebut.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa penggunan cryptocurrency adalah lebih telus dan berintegriti dalam penentuan nilai dan harganya.

  1. Harga Cryptocurrency Tidak Dikawal Atau Diselia Oleh Mana-Mana Badan Atau Pihak Berkuasa.

Penggunan Cryptocurrency juga bersifat “decentralized” yang mana ia menjadikan kesemua pemilik Bitcoin itulah yang menjaga jaringan sistem tersebut dan tidak dikawal oleh mana-mana individu atau pihak di dunia.

Contohnya, apabila anda membeli saham IPO atau mana-mana saham. Dapatkah anda ketahui secara terperinci setiap transaksi duit anda?

Jawapannya semestinya tidak. Bahkan anda tahu peluang dan ruang untuk mereka menipu adalah tinggi. Istilah Creative accounting dan “nak cashout saja” sudah menjadi istilah biasa dalam perjalanan sesebuah syarikat.

Maka kerajaan terpaksa menubuhkan pihak ke-3 untuk memantau dan menjaga sistem tersebut disebabkan kita tidak punya ruang dan peluang menjaganya.

Tetapi, berbeza dengan sistem di dalam cryptocurrency ini yang bersifat natural tanpa dikawal oleh mana-mana atau sesiapapun. Ianya telah menjadikan pengguna cryptocurrency itu bukan sekadar pemilik dan pengguna sahaja, bahkan mereka juga adalah autoriti terhadap sistem tersebut.

  1. Setiap Bitcoin Yang Dikeluarkan Adalah Unik Dan Mempunyai Jumlah Yang Terhad.

Pengeluaran Bitcoin akan berakhir apabila Bitcoin ke 21,000,000 dilahirkan. Jadi, dapat fahami apabila sesuatu pengeluaran bersifat terhad, ia akan menjadi sangat bernilai. Sudah pasti nilainya juga stabil dan kekal relevan setip masa.

Selain itu, anda juga dapat meyakini yang sesebuah Bitcoin itu tidak boleh diwujudkan sesuka hati atau dipalsukan kerana setiap Bitcoin adalah unik. Tidak seperti duit kertas yang boleh dicetak sesuka hati mlah dipalsukan. Anda juga tidak perlu takut dengan kewujudan Bitcoin tiruan kerana ia mustahil dihasilkan.

Maka, perkara ini menjadikan setiap urusan dan transaksi yang mnggunakan mata wang kripto ini sangat berbeza dengan mata wang fiat atau konvensinal.

  1. Wang Kripto Boleh Dibawa Dan Diakses Di Mana Saja Dengan Mudah Dan Selamat.

Jika anda ingin ke luar negara conthnya, sudah pasti anda perlu menukar matawang negara ke matawang negara lain yang kita ingin lawati itu. Jadi, akan terdapat beberapa masalah dan kerugian ketika proses tersebut.

Pertama, kerugian ketika pertukaran wang asing. Kerugian ini wujud daripda kadar yang digunapakai oleh penggurup wang. Jika menggunakan perkhidmatan bank, selain kadar yang berbeza-beza, cas servis juga akan dikenakan.

Kedua, jumlah yang boleh dibawa akan dibatasi oleh peraturan dan kemampuan untuk membawa ke satu-satu tempat adalah terhad.  Ini kerana terdapat peraturan yang melarang anda membawa keluar pada jumlah tertentu. Manakala, kemampuan mengangkut sejumlah wang dengan banyak bergantung kepada faktor keselamatan dan kepayahannya.

Tetapi, dengan cryptocurrency, anda hanya perlu dibawa dengan telefon bimbit atau komputer sahaja. Kesemua jumlah wang anda itu akan dibawa dengan mudah dan selamat. Kerugian tukaran wang dan cas servis juga dapat dikurangkan, bahkan dielakkan apabila keluar negara.

Dengan cryptocurrency juga, tiada siapa boleh mengawal wang anda. Ke mana-mana saja, bila-bila masa. Anda akan mengawal dan anda jugalah banknya.

Walaupun banyak kelebihan yang ditawarkan dengan penggunaan cryptocurrency ini, jika tiada ilmu secukupnya, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada anda.

  1. Banyak Transaksi Yang Dilakukan Untuk Tujuan Yang Jahat.

Tanpa anda sedari, banyak jenayah yang berlaku dengan penggunaan cryptocurrency. Ini kerana sifat transaksinya yang tidak boleh dikesan dan diklonkan. Perkara ini menjadikan ramai penjenayah antarabangsa gemar untuk menyimpan wang-wang mereka dan melakukan transaksi menggunakan cryptocurrency ini.

Terdapat banyak juga penipuan dan scammer yang mengambil kesempatan terhadap pengguna yang masih baharu di dalam urusan cryptocurrency ini. Oleh itu, anda perlu memahami dengan baik tentang cara, peraturan dan pengurusannya agar anda tidak terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

  1. Kehilangan Kata Kunci Atau Private Key

Ketika penggunanya lupa kata kunci atau private key mereka, semua wang yang dimilikinya itu tidak boleh diakses lagi dan akan hilang dengan sendrinya. Perkara ini terjadi kerana sehingga ke hari ini, cryptocurrency masih belum memiliki pihak ketiga, seperti bank dalam transaksi keuangan konvensional yang boleh menyelesaikan persoalan dan masalah ini.

Jadi, anda perlu berhati-hati dan sentiasa membuat rekod pribadi anda sendiri untuk memastikan anda mengingati setiap kata kunci dan informasi penting berkaitan dompet kripto anda.

  1. Kekurangan Orang Yang Menggunakan Cryptocurrency

Di Malaysia, hanya berapa orang sahaja di dalam sesebuah komuniti itu yang menggunakan cryptocurrency sebagai platform kewangan mereka. Perkara ini telah menyebabkan urusan menggunakan cryptocurrency adalah terhad dan tidak boleh dilakukan dengan meluas di dalam kehidupan seharian.

Anda perlu mencari orang-orang yang menggunakannya sahaja jika ingin berurusan menggunakan mata wang kripto itu dan memastikan orang itu betul-betul mahir menggunakannya untuk mengelkkan anda daripada ditipu.

Jadi, jika anda berminat untuk menggunakan cryptocurrency di dalam urusan harian anda, anda perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam agar anda boleh menggunakannya dengan baik dan mendatangkan kebaikan bukannya keburukan kepada diri dan keluarga anda.

Beli matawang Kripto melalui akaun Huobi. Buka akaun percuma sekarang

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button