KRIPTO

Cryptocurrency, Mata Wang Masa Hadapan Yang Anda Perlu Tahu

Seringkali kita tertanya-tanya, apa itu Bitcioin? Apa maksud Cryptocurrency? Bagaimana ianya berfungsi dan digunakan?

Memahami apa itu mata wang kripto atau lebih dikenali sebagai ‘Cryptocurrency’ dalam era digital seperti hari ini bukanlah perkara yang mudah, terutamanya bagi orang biasa.

Namun, kehadiran mata wang digital ini semakin mendapat permintaan dan digunakan dengan lebih meluas sebagai instrumen pelaburan urusan kewangan. Ini kerana nilai mata wang kripto terus turun naik dari semasa ke semasa dan ianya menawarkan pelbagai kemudahan kepada penggunanya.

Oleh itu, sebagai masyarakat yang hidup di dunia yang canggih pada hari ini, anda perlu memahami definisi, konsep asas, kepada mekanisme transaksi mata wang kripto itu kerana mungkin satu hari nanti anda akan terlibat dan menggunakannya. 

Apakah itu Cryptocurrency?

Cryptocurrency atau matawang Kripto merupakan mata wang di dalam bentuk digital yang berfungsi sebagai alternatif kepada penggunaan mata wang fiat atau konvensional. Mata wang Kripto ini menggunakan teknologi kriptografi dimana setiap transaksinya akan dirahsiakan dengan cara disulitkan atau istilahnya ‘encryption’ supaya data yang ada tidak dapat dibaca dan dikesan oleh pihak ketiga.

Dengan ciri inilah, mata wang kripto agak sukar untuk dipalsukan, dikesan, digodam kerana setiap transaksinya adalah lebih selamat.

Mata wang kripto ini juga tidak dikawal oleh mana-mana bank dan ianya berdiri sendiri dan tidak boleh dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa pusat dan semestinya tidak ada campur tangan daripada mana-mana kerajaan.

Perkara ini menjadikan mata wang ini sukar untuk dimanipulasi oleh Bank Pusat atau diganggu oleh faktor-faktor seperti ekonomi dan geopolitik.

Pada asasnya, mata wang kripto telah dibangunkan sejak 1990-an. Namun, kira-kira 10 tahun lalu, barulah ianya popular di kalangan masyarakat dunia.

Istilah cryptocurrency ini diwujudkan seiring dengan kewujudan bitcoin iaitu mata wang kripto pertama yang dibangunkan. Ianya telah dicipta oleh individu yang bernama Satoshi Nakamoto pada tahun 2008 yang bercirikan Peer-to-Peer Electronic Cash System yang bermaksud sistem kewangan yang digunakan secara terus antara individu yang berurusan tanpa melibatkan pihak ketiga.

Maka pada tahun 2009, Nakamoto telah melancarkan perisian yang telah memulakan pengoperasian dan penggunaan bitcioin didunia.

Di Malaysia, penggunaan cryptocurrency ini mula mendapat perhatian bermula tahun 2016 apabila penigkatan harga bitcoin di peringkat global pada itu telah membuka mata masyarakat dan pengamal eknomi untuk mula mengenal dan menggunakan bitcoin ini.

Penggunaan bitcoin yang meluas inilah yang akhirnya mewujudkan istilah cryptocurrency atau mata wang kripto didunia.

Pada masa ini, terdapat beberapa jenis mata wang kripto yang digunakan secara meluas, termasuk Ethereum, Litecoin, Cardano, Monero, Bitcoin dan kira-kira lebih 2121 jenis lagi mata wang kripto lain yang sedang beredar dan digunakan di seluruh dunia dan setiap daripadanya menggukan teknologinya tersendiri.

Mekanisme Transaksi Mata Wang Kripto

Menariknya, urus niaga mata wang kripto menawarkan fleksibiliti yang tinggi kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa di mana sahaja dan dari mana-mana sahaja di dunia.

Anda hanya memerlukan telefon pintar atau peranti seperti komputer yang disambungkan ke internet dan anda boleh berurus niaga dengan mata wang kripto ini sama ada menghantar atau menerima sejumlah wang tanpa melalui perantara. Malah urus niaga menggunakan mata wang ini boleh diselesaikan dalam beberapa minit tanpa perlu risau tentang gangguan masa.

Pembayaran yang dibuat menggunakan mata wang kripto ini berlaku secara peer-to-peer, iaitu daripada pengirim terus kepada penerima. Semua transaksi yang dibuat akan direkodkan dalam sistem sedia ada pada rangkaian mata wang kripto atau ‘Blockchain’.

Contohnya, apabila anda hendak menghantar wang kepada penerima. Kedua-dua pihak akan diberikan maklumat mengenai jumlah transaksi. Ia juga dilengkapi dengan tandatangan digital melalui kunci peribadi ke dalam sistem mata wang kripto yang digunakan. Urus niaga yang telah disahkan kemudiannya disimpan secara kekal di dalam rangkaian dan mana-mana pihak tidak boleh mengubah, merampas atau memalsukan rekod tersebut.

Kerana usuran tersebut adalah kekal, semua transaksi menggunakan mata wang kripto ini juga tidak boleh dibatalkan atas sebarang sebab. Untuk itu, anda harus lebih bijak sebelum melakukan sebarang transaksi yang menggunakan mata wang kripto ini.

Jika anda berminat untuk menggunakan wata wang kripto ini, anda memerlukan dompet digital khas untuk menyimpan mata wang kripto pilihan anda. Ini kerana bukan semua dompet digital mampu menyokong penggunaan pelbagai jenis mata wang kripto dan penggunaan teknologinya yang berbeza-beza mengikut jenis yang anda gunakan.

Apabila anda sudah mempunyai peranti dan dompet digital yang sesuai, barulah anda boleh mengakses dan berurusan dengan menggunakan mata wang kripto. Tetapi, ada beberapa istilah yang anda perlu tahu dan mahir kerana ianya akan digunakan dalam setiap transaksi yang menggunakan mata wang kripto ini.

Istilah Penting Dalam Urusan Menggunakan Cryptocurrency

  1. Private Key

Setiap dompet digital yang menyimpan mata wang kripto ini mempunyai private keynya yang tersendiri yang dijana secara automatik apabila anda mula menggunakan cryptocurrency. Private key ini dijana secara rawak yang terdiri daripada gabungan beberapa huruf dan nombor dan setiap urusan dan transaksi yang menggunakan cryptocurrency akan memerlukan private key ini untuk pengesahan. Secara mudahnya, private key ini adalah kunci pribadi yang memberikan kebenaran kepada anda untuk mengakses dan menggunakan dompet kripto anda.

Ianya perlu dirahsiakan untuk memastikan keselamatan simpanan anda daripada dicuri kerana sesiapa yang ada private key ini, dia boleh menggukan dan mengakses dompet kripto anda.

  1. Public Key

Jika anda mahu menghantar wang anda kepada seseorang, orang tersebut perlu memberikan alamatnya dan public key untuk menerima wang daripada anda itu. Public key ini juga dijana secara rawak yang terdiri daripada gabungan beberapa huruf dan nombor tetapi public key berbeza dengan private key kerana ianya lebih bersifat terbuka dan boleh diktahui oleh sesiapa sahaja. Public key ini sama seperti id atau pengenalan bagi dompet kripto anda dan ianya diperlukan bagi setiap transaksi sama ada untuk menerima datau menghantar wang.

Oleh itu, setiap transaksi yang mata wang kripto akan memerlukan public key sebagai id dan private key sebagai kata kunci dan gabungan 2 kunci ini akan membentuk satu tandatangan digital yang membuktikan anda pemilik akun atau dompet digital kripto anda itu dan menjadi pengesahan dalam setiap urusan dan transaksi.

  1. Blockchain

Blockhain ini pula adalah satu sistem rangkaian yang menyimpan dan menguruskan data-data bagi setiap transaksi cryptocurrency. Ianya merupakan satu teknologi yang mampu menyebarkan maklumat tanpa boleh diubah dan diklonkan menerusi kaedah penyulitan dan ianya tidak berpusat. Blockchain ini dapat menjaga privasi setiap pengguna dan bersifat telus dan membolehkan semua orang bertanggungjawab terhadap setiap urusan yang dilakukan.

Cotohnya, apabila anda ingin melakukan transaksi, wang kripto anda itu akan dihantar memalui satu sistem yang mengawalnya secara automatik dan selamat. Sistem itulah yang dikanali sebagai blockhain.

Pada hari ini, cryptocurrency mula menjadi harta alternatif yang menggantikan emas dan wang konvensinal kerana orang ramai mula percaya tentang ketelusan di dalam urusan kripto ini dan mula mengikuti perkembangannya dalam menjadi satu aset yang bernilai. Perkembangannya pada hari ini telah mengingkat dengan mendadak sekali dan menjadikannya sebagai satu platform kewangan yang diyakini.

Beli matawang Kripto melalui akaun Huobi. Buka akaun percuma sekarang

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button