KRIPTO

Elakkan Ditipu, Jadilah Pengguna Cryptocurrency Yang Peka dan Bijak

Cryptocurrency atau matawang kripto adalah sesuatu yang sudah lama diperkenalkan di dunia ekonomi. Bagaimanapun ia mula mendapat perhatian ramai terutamanya di malaysia bermula 2015 sehingga kini.

Dengan perkembangan dan pertambahan pengguna yang semakin ramai hari ke hari, kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Blockchain dan Matawang Digital Malaysia (MCBA) yang bertujuan untuk mengambil langkah dalam memberi kesedaran dan nasihat berhubung kegiatan yang melibatkan Cryptocurrency terutamanya penupuan mata wang kripto.

Hal ini adalah kerana pengguna perlu mengetahui lebih lanjut mengenai matawang digital kerana teknologi yang digunakan di dalamnya adalah sangat rumit untuk diterangkan kepada umum.

Kerumitan untuk menerangkan protokol dan penggunaan matawang kripto inilah yang telah disalah guna oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai dengan pelbagai pakej dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai pengguna yang baharu dalam penggunaan mata wang kripto ini, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat di saluran yang betul bagi memastikan kes-kes penipuan mengenai kripto ini dapat dielakkan, sekali gus menimbulkan kesedaran daripada semua pengguna.

Jadi disini kami akan kongsikan beberapa tips bagi penggunaan Cryptocurrency yang lebih selamat.

  1. Penjagaan Dompet Kripto Anda

Anda memerlukan satu dompet khas, atau aplikasi dompet elektronik yang oleh pengguna itu sendiri untuk menyimpan wang kripto anda dan bukan di simpan oleh orang lain, mahupun didalam server. Sekiranya matawang kripto bukan ditangan pengguna, maka ia bukanlah milik pengguna itu.

Jadi, anda perlu sentiasa menjaga dompet anda untuk mengelakkan orang lain mengaksesnya.

  1.  Ingat Kekunci Sulit Dan Kekunci Awam Anda

Kekunci sulit dan kekunci awam adalah penting kerana ia adalah keperluan semasa melakukan urusan dan transaksi wang kripto. Kekunci awam biasanya boleh diolah untuk menjadi alamat dompet elektronik. Sekiranya pengguna tidak ada kedua-dua itu, anda tidak boleh mengakses wang kripto itu.

Jika anda tidak mendapat kedua-dua kunci tersebut pula, anda juga perlu peka bahawa ianya bukan matawang kripto. Jadi anda perlu mengelakkan daripada menerukan urusan tersebut.

  1. Fahamkan Transaksi Yang Dilakukan

Pastikan transaksi itu boleh dilihat secara umum menerusi aplikasi sesawang untuk melihat segala transaksi daripada awal penubuhan matawang kripto itu, sehingaa kini. Ini kerana informasi tersebut akan disimpan secara blok, di mana mesti ada rentetan daripada blok yang sebelumnya sehingga ke blok yang paling mutakhir dan orang yang terlibat sahaja boleh mengaksesnya.

Jadi, jika tidak boleh melihat rekod transaksi tersebut, anda perlu mengelakkan daripada meneruskan urusan berkenaan.

  1.  Elakkan Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM)

Matawang kripto yang dijual secara MLM perlu dielakkan kerana ini adalah suatu bentuk penipuan. Ini kerana kerana matawang digital boleh dibeli secara terus dari pengguna ke pengguna yang lain tanpa mendapat habuan yang lain daripada transaksi itu.

Maka, anda perlu berhati-hari dan memeriksa setiap transaksi anda itu.

  1.  Jauhi Mining Digital Atau Perlmbongan Kripto

Anda dinasihatan untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan elak kegiatan berkaitan mining atau perlombongan digital kerana ini adalah suatu penipuan dan salah disisi undang-undang.

  1. Memahami Kertas Putih Cryptocurrency

Kertas putih Cryptocurrency adalah penjelasan secara menyeluruh tentang penggunaan mata wang kripto ini. Jadi sebgai pengguna, adalah penting untuk semak dan baca kertas putih cadangan matawang kripto tersebut untuk memahami dengan lebih baik berkaitan Cryptocurrency. Sekiranya penjelasan di dalam kertas putih itu tidak jelas, maka hendaklah bertanya kepada pihak yang lebih mahir.

Oleh itu, anda seharusnya menjadi seorang pengguna matawang kripto yang bijak dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan segala penipuan yang banyak diluar sana. Ini adalah supaya kegunaan mata wang ini akan membantu anda untuk menjana pendapatan yang baik dan menyediakan cara penggunaan wang yang berkesan dan boleh memudahkan kehidupan anda bukannya mendatangkan keburukkan.

Beli matawang Kripto melalui akaun Huobi. Buka akaun percuma sekarang

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button