INFO KEWANGAN

Gunakan Perbelanjaan Yang Ada Untuk Keperluan Bukan Kemahuan

Keputusan kerajaan mengumumkan pelbagai kemudahan pengeluran kepada para pencarum KWSP semasa permulaan gelombang Covid-19 baru-baru ini telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat Malaysia dalam meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.  

KWSP memberikan jaminan tersebut apabila kemudahan pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra telah diperkenalkan yang melibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada lebih 7.4 juta ahli, atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan ahli KWSP dalam usaha membantu para pencarumnya terutama bagi mereka yang kehilangan kerja dan sumber pendapatan.

Program seperti i-Sinar dan i-Citra ini sememangnya telah memberikan sedikit kelegaan apabila ianya dilihat mampu menyediakan pendapatan tambahan kepada ahli-ahli yang terkesan untuk memenuhi keperluan hidup mereka di tengah-tengah krisis pandemik sekarang.

Menurut Nurhisham Hussein, Ketua Pegawai Strategi KWSP, setakat ini bagi Program i-Sinar, sejumlah RM56.7 bilion telah dibayar daripada jumlah yang diluluskan sebanyak RM58.8 bilion. Manakala bagi program i-Citra pula, dianggarkan sejumlah RM2.3 bilion telah dikeluarkan daripada RM19 bilion amaun yang diluluskan daripada 4.57 juta permohonan.

Oleh itu, program-program yang diperkenalkan ini sememangnya telah memberi kesan yang positif kepada masyarakat disamping membantu dalam merancakkan semula ekonmi negara.

Dalam perkembangan yang sama, KWSP dibawah usaha untuk membantu ahli-ahlinya telah memperkenalkan satu lagi program yang baharu iaitu program i-Sayang dan i-Lindung baru-baru ini. Program i-Sayang ini akan membolehkan pemindahan sukarela 2% caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri manakala program i-Lindung pula membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 pencarum untuk digunakan bagi membeli insurans hayat dan perlindungan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

Perkara ini sudah pastinya akan memberikan ruang yang lebih kepada masyarakat untuk merancang kewangan dan perbelanjaan mereka terutamanya bagi perbelanjaan yang melibatkan keluarga dan kesihatan. Ini kerana isu berkaitan keluarga dan kesihatan dilihat mula menjadi satu perkara yang semakin penting di dalam kehidupan pada hari ini. Insertiatif ini juga memperlihatkan langkah yang digerakkan oleh kerajaan dan KWSP dalam usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Namun begitu, masyarakat sendiri perlulah sedar dan mengamalkan perancangan kewangan yang bijak disamping mengelakkan pembaziran demi memastikan diri dan keluarga anda mampu hidup di masa-masa mencabar ini.

Hal ini kerana menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, kemudahan yang diumumkan sebelum ini melalui i-Citra dan i-Sinar telah mengakibatkan seramai 6.1 juta ahli mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka dan daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000.

Perkara ini sememangnya merisaukan kerana jika wang simpanan itu telah habis digunakan, apa lagi yang tinggal untuk anda di masa akan datang?

Jadi, anda sebagai seorang yang bertanggungajwab seharusnya memanfaatkan segala inisiatif yang diumumkan ini dengan sebaiknya. Antara keutamaan yang bleh diberikan adalah seperti :

  1. Mengutamakan perbelanjaan anda untuk untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan dalam urusan sebarian anda. Anda juga digalakkan berjimat dan mengelakkan pembaziran dengan berbelanja untuk perkara yang tidak perlu.
  2. Mendahlukan bayaran-bayaran penting seperti pinjaman pribadi, bank, kenderaan, rumah dan kad serta bil-bil kegunaan harian anda. Ini kerana bayaran-bayaran ini akan mendatangkan kesan yang buruk jika anda mengguhkkan pembayarannya dan lebih teruk jika anda mengabaikannya terus.
  3. Simpanan kecemasan juga perlu diberi keutamaan kerana banyak perkara yang tidak dijagka boleh berlaku. Dengan simpanan kecemasan, anda dan keluarga akan lebih bersedia dalam menghadapi situasi yang tidak dirancang.
  4. Simpanan untuk perbelanjaan kesihatan seringkali tidak diberiperhatian walaupun ianya adalah penting. Ini kerana tabungan kesihatan ini akan membolekan anda menanggung kos-kos perubatan jika diperlukan dan mengelakkan anda mengambil kerputusan yang terdesak jika menghadapi situasi-situasi ini.

Oleh itu, walaupun pelbagai bantuan, program dan inisiatif telah diberikan kerajaan, tetapi jika tiada perancangan dan pengurusan kewangan yang baik, anda tetap juga akan mengalami kesukaran dalam meneruskan kehidupan. Jadi, anda perlulah menggunakan dengan sebaiknya pelbagai kemudahan yang diberikan seperti i-sayang dan i-lindung yang baharu ini kerana ianya adalah wang yang telah anda simpan dan jika ianya digunakan ke tempat yang lain, maka yang rugi juga adalah anda.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button