BELANJA

Jadi Pengguna Bijak Dengan Memanfaatkan Setiap Ringgit Yang Anda Belanjakan

Sebagai pengguna, anda seharusnya memggunakan wang anda dengan sebaiknya untuk mendapatkan barang-barang keperluan bagi urusan harian anda. Banyak di dalam kalangan pengguna seringkali berbelanja sesuka hati yang akhirnya menyebabkan mereka melakukan pembaziran dan terjerumus kedalam masalah kewangan yang lebih serius.

Anda juga digalakkan untuk mengaamalkan penjimatan semasa berbelanja agar tidak melebihi kemampuan anda dan mengelakkan pembaziran.

Jadi, seorang pengguna bijak akan sentiasa berbelanja dengan bijak dan mengawal perbelanjaan mereka dengan bijak. Ia boleh dilakukan dengan membuat perancangan, mengetahui tips-tips jimat berbelanja dan bermacam lagi.

Perkara ini adalah untuk memastikan hak anda sebagai pengguna akan sentiasa terjamin dan memastikan setiap perbelanjaan yang anda lakukan itu mendatangkan manfaat sebaiknya kepada diri dan keluarga anda dan bukannya keburukan.

Jadi, disini kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan ketika berbelanja agar ianya lebih jimat dan berbaloi.

1. Bezakan Pembelian Keperluan Vs Kehendak

Nak membeli pun perlu ada keperluan atau kehendak?

Inilah yang selalu dihadapi oleh kita semasa membeli belah kerana memang susah untuk membuat pilihan mana yang perlu dan mana yang tidak. Ikutkan hati, dua-dua mahu dibeli sekaligus tapi seorang pengguna bijak perlu mengutamakan keperluan daripada kehendak.

Jadi mudahnya, keperluan paling mudah adalah seperti makanan dan komitmen yang penting seperti bayaran rumah, bil dan pinjaman. Jangan sampai beli sesuatu kehendak sampai sanggup ikat perut berlapar, jangan pula kerap membeli makanan sahaja serta jangan kerap berbelanja sehingga lupa bil-bil yang perlu dibayar setiap bulan.

Maka semasa berbelanja, anda perlu mengutamakan keperluan dahulu agar anda tidak berbelanja secara berlebihan dan mengelakkan anda daripada mengabaikan perkara-perkraa yang penting.

2. Sediakan Bajet Maksimum Untuk Sesebuah Perbelanjaan

Sebelum berbelanja, sila pastikan jumlah bajet adalah cukup untuk dibelanjakan dan barangan tersebut mestilah di bawah bajet yang anda tetapkan. Ini kerana jika terlebih belanja, ia akan menyebabkan bajet untuk keperluan dan kemudahan yang lain pula akan terjejas.

Silap-silap akibat boros berbelanja tanpa had, semua bayaran bil tertunggak. Tak pasal-pasal bekalan air dan elektrik anda akan dipotong.

Perkara ini yang perlu diambil kira dan memastikan setiap perbelanjaan itu adalah berbaloi dan tidak mengheret anda ke masalah yang lebih besar.

3. Membuat Pilihan Dan Perbandingan Harga

Dalam berbelanja, anda digalakkan untuk survey dulu harga barang yang anda mahu beli dengan kualiti yang ditawarkan. Sudah tentu kita akan lebih tertarik untuk memilih harga yang lebih murah dan dalam masa yang sama kualiti yang bagus juga perlu diambil kira.

Jangan sesekali malas nak survey harga sebab adakalanya perbezaan harga jauh berbeza. Dengan membandingkan harga juga membantu kita dalam membuat pilihan yang tepat dan rasa lebih berbaloi.

4. Membuat Pembelian Ketika Kempen Jualan Murah

Tidak salah untuk tagguhkan pembelian anda dan membuat pembelian sewaktu tempoh jualan murah atau sewaktu sale-sale dijalanakan. Ini kerana di dalam tempoh ini, terdapat kedai yang menawarkan sampai 70-90% potongan harga dan perkara ini semestinya akan menjimatkan anda.

Perkara ini akan memberi ruang untuk berbelanja lebih dan dalam masa yang sama boleh jimat dan lebih berbaloi. Biasanya waktu sale ini akan ada masa musim perayaan atau sambutan hari-hari tertentu dan bagi mereka yang membeli belah di atas talian, tempoh jualan murah biasanya akan diadakan pada tarikh seperti 11.11, 12.12 pada setiap bulan.

Oleh itu, seorang pengguna yang bijak seharusnya memanfaatkan waktu-waktu putngan harga ini untuk mendapatkan segala keperluan anda.

5. Manfaatkan Kupon/Voucher Diskaun Yang Ditawarkan

Anda juga digalakkan menggunakan kupon/voucher diskaun semasa membeli belah. Ramai yang tak tahu sebenarnya terdapat banyak voucher dan kupon-kupon ditawarkan di pusat-pusat beli belah dan ianya ditawarkan lebih banyak apabila anda membeli belah secara atas talian.

Kupon-kupon ini menawarkan potongan harga, bayaran balik atau ‘cashback’ serta khidmat penghantaran percuma yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda.

Walaupun kadang-kadang ianya sedikit, tetepi sekurang-kurangkan masih ada baki yang boleh digunakan untuk tujuan yang lain atau beli barangan yang lain.

Oleh itu, banyak manfaat yang boleh anda peroleh jika anda mengamalkan gaya berbelanja yang bijak. Disamping dapat menjimatkan pengeluaran wang, anda juga dapat memanfaatkan setiap ringgit yang anda belanjakan itu untuk mendapatkan keperluan seharian anda dan memastikan diri dan keluarga anda tidak terlibat dengan masalah kewangan yang lebih besar.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button