BELANJA

Musim Persekolahan Kembali Dijalankan Secara Fizikal. Adakah Ibu Bapa Sudah Bersedia?

Sesi persekolahan dilihat telah mula dibuka walaupun ianya dijalankan dengan terhad dengan memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang berkeperluan sahaja dahulu. Kebenaran pelajar-pelajar untuk hadir ke sekolah yang telah diberikan kerajaan ini sudah pastinya menjadi berita baik kepada para pelajar terutamanya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan penting seperti SPM dan STPM.

Ini kerana rata-rata daripada pelajar ini berasa tidak selesa dengan sesi pembelajara di rumah atau PDPR yang telah dijalankan sepanjang waktu penularan covid-19 ini dan mereka menyatakan hasrat yang tinggi untuk kembali belajar secara bersemuka di sekolah kerana ianya lebih memudahkan.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, anda sudah pastinya bertanggungjawab dalam menyediakan persiapan anak-anak anda untuk menghadapi sesi persekolahan yang bermula ini tambah-tambah lagi jika anak-anak anda adalah calon peperiksaan yang akan dijalankan.

Antara persediaan utama yang perlu anda lakukan adalah dengan membawa anak-anak anda untuk mendapatkan suntikan vaksin covid-19 dan memastikan tahap kesihatan anak-anak anda adalah sesuai untuk ke sekolah.

Namun persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan pada masa ini adalah berbeza. Banyak perkara yang telah berubah berbanding dengan apa yang anda biasa lakukan pada tahun-tahun sebelum ini termasuk jugalah persediaan dari segi kewangan dan perbelanjaan yang dilihat semakin meningkat.

Jadi, disini kami kongsikan beberapa keperluaan dan persediaan yang boleh diutamakan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak mereka untuk kembali ke sekolah agar anda tidak melakukan kesilapan terutamanya dalam membuat perancangan kewangan yang akan mendatangkan kesan buruk kepada anda dan keluarga.

Gambar Astro Awani
  1. Pakaian Yang Sesuai

Ibu bapa perlu menyediakan pakaian yang lengkap dan sesuai bagi kegunaan anak-anak mereka untuk kesekolah. Ini kerana, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan beberapa perubahan terhadap tatacara pemakaian pelajar sekolah pada hari ini.

Terdapat juga beberapa keloggaran yang diberikan oleh kerajaan untuk memudahkan urusan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dalam masa yang sama dapat menjimatkan perbelanjaan mereka terhadap pemakaian ini.

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlulah tahu dan mengikuti perkembangan dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan terhadap pemakaian para pelajar untuk ke sekolah pada hari ini dan membeli apa yang patut sahaja untuk mengelakkan pembaziran.

  1. Hand Sanitizer Dan Topeng Muka

Pemakaian topeng muka pada hari ini adalah satu peraturan mandatori yang perlu dipatuhi. Pemakaiannya di sekolah juga merupakan satu kerperluan dan peraturan yang perlu diikut oleh setiap pelajar.

Jadi, ibu bapa perlulah memastikan bekalan topeng muka untuk kegunaan anak-anak anda sentiasa mencukupi. Pastikan juga anak-anak anda membawa lebihan topeng muka semasa di sekolah.

Selain topeng muka, anda sebagai ibu bapa juga perlu membekalkan anak-anak anda dengan hand sanitizer atau pembersih tangan untuk kegunaan mereka. Ini adalah untuk memastikan tangan mereka sentiasa bersih ketika menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah sepanjang hari. Anda juga perlu membiasakan anak-anak anda untuk sentiasa membasuh tangan setiap kali sebelum keluar dan balik ke rumah dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan virus covid-19.

  1. Peranti Dan Peralatan Yang Mencukupi

Ibu bapa pada hari ini juga perlu menyediakan peranti dan peralatan pembelajaran yang secukupnya untuk kegunaan anak-anak anda. Tidak seperti dahulu dimana kebanyakkan daripada peranti dan peralatan yang digunakan pelajar-pelajar akan disediakan oleh pihak sekolah.

Pada hari ini, ibu bapalah yang perlu menyediakan beberapa peralatan seperti komputer dan telefon pintar untuk kegunaan anak-anak mereka meneruskan pembelajaran.

Ini kerana kebanyakkan arahan, urusan malah tugasan-tuagan yang diberikan oleh guru-guru di disekolah memerlukan pelajar-pelahar untuk menggunakan peranti dan peralatan ini.

Tidak perlu beli yang mahal, cukup ianya berkualiti dan senang untuk digunakan oleh anak-anak anda agar mereka dapat melakukan segala tugasan mereka dan perbelanjaan anda boleh digunakan untuk perkara yang lain pula.

  1. Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Sebagai ibu bapa yang bertanggugjawab, anda seharusnya mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk mambawa anak-anak anda yang bersekolah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Ini adalah untuk memastikan anak-anak anda sentiasa sihat untuk kesekolah dan berupaya mengesan simptom-simptom seperti demam seawal mungkin sekaligus mengelakkan perkara yang tidak diingi berlaku.

Sekurang-kurangnya, anda sering bertanya tentang tahap kesihatan anak-anak anda pada setiap hari. Pastikan mereka betul-betul sihat barulah anda menghantar mereka untuk hadir ke sekolah.

Anda juga digalakkan untuk mengasingkan sedikit perbelanjaan untuk simpanan bagi kegunaan semasa mereka sakit ataupun mengambil plan-plan takaful atau insyuran yang tersedia untuk melindungi anak-anak anda yang boleh digunakan sewaktu kecemasan.

  1. Pusat Asuhan Yang Diyakini

Bagi ibu bapa yang tiada masa dirumah, anda juga perlu memikirkan tentang perbelanjaan untuk mendapatkan khidmat asuhan dan jagaan untuk anak-anak anda yang bersekolah. Ini adalah untuk memastikan mereka ini sentiasa dipantau serta diawasi dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Anda juga digalakkan untuk memeriksa terlebih dahulu pusat asuhan tersebut sama ada ianya memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan pada hari ini untuk memastikan juga keselamatan anak-anak anda dan mengelakkan mereka daripada terdedah kepada perkara-perkara seperti penderaan dan buli.

Untuk tambahan, ibu bapa juga boleh memeriksa pekerja-pekerja di pusat asuhan tersebut samada telah atau belum menerima suntikan vaksin demi meastikan anak-anak anda terhindar dari jangkitan virus covid-19.

Gambar Bernama

Oleh itu, ibu bapa pada hari ini perlulah lebih peka dengan keperluan bagi anak-anak mereka yang perlu kesekolah dan memastikan setiap perkara ini disediakan dengan secukupnya untuk memudahkan segala urusan mereka ketika disekolah. Perancangan perbelanjaan yang rapi amatlah perlu dalam memastikan segalanya adalah mencukupi dan tiada pembaziran yang berlaku.

Perkara-perkara seperti ini juga sudah pasti akan menampakkan sokongan anda kepada mereka yang akan menambahkan lagi semangat dan minat mereka untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button