BELANJA

Pembaziran Di Hujung Tahun Punca Ramai Mengalami Masalah Kewangan

Kurang dari 2 hari lagi kita akan melangkah ke bulan disember. Tempoh hujung tahun ini seringkali menjadi masa yang sesuai untuk membawa keluarga bercuti dan juga menjadi musim saudara-mara di kampung mengadakan kenduri kahwin ditambah lagi dengan pelbagai kelonggaran yang telah diumumkan kerajaan dan membolehkan orang ramai kembali melakukan aktiviti-aktivit luar. Malah terdapat banyak percutian dan peranginan menawarkan tawaran diskaun terhadap pekej-pekej mereka pada masa ini.  

Disamping keluar untuk berjalan-jalan dan bercuti, bulan disember ini juga seringkali dianggap sebagai bulan untuk membeli belah kerana hampir kesemua peniaga, penguasaha kedai-kedai dan pusat-pusat membeli belah akan menjalankan Y.E.S ataupun Year End Sale. Jualan akhir tahun ini semestinya menjadi tarikan kepada orang ramai untuk berbelanja dan memenuhi segala kemahuan dan merupakan tempoh yang sibuk bagi mereka yang Shopaholic.

Jadi, sebelum anda menghabiskan wang anda di hujung tahun ini, anda digalakkan untuk meluangkan sedikit masa untuk merancang dan melakukan beberapa perkara yang boleh menjimatkan perbelanjaan anda itu supaya anda tidak melakukan kesilapan seperti pembaziran dan perbelanjaan yang melebihi kemampuan anda.   

Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk mengawal perbelanjaan anda dimasa hujung tahun ini untuk memastikan anda tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merugikan diri anda.

1. Buat Senarai Dan Perancangan Apa Yang Anda Mahu Belanjakan

Tuliskan benda atau perkara yang anda mahu belanjakan. Anda perlu tetapkan bajet dan pastikan anda membeli barang-barang yang disenaraikan saja. Jangan mudah tergoda apabila melihat poster diskaun kerana kemungkinan anda akan membeli barang yang tidak perlu dan melakukan pembaziran.

Dalam keghairahan berbelanja juga, pastikan anda menyemak resit pembelian selepas membuat pembayaran. Ini kerana kadang-kadang dalam keadaan yang sesak dan sibuk, boleh terjadi kesilapan sama ada anda ataupun juruwang yang bertugas.

Siapa tahu anda terlebih bayar atau tidak diberi diskaun semasa membuat pembayaran jika anda tidak menyemaknya kan?

2. Bawa Wang Yang Ingin Digunakan Sahaja

Elakkan daripada membawa wang yang berlebihan semasa keluar becuti ataupun membeli belah. Bawalah wang untuk perbelanjaan yang dirancang dengan secukupnya. Dengan cara ini, ia akan membantu anda daripada membeli benda-benda yang tidak perlu secara berlebihan tanpa disedari dan mengelakkan anda berbelanja dengan berlebihan.

3. Jangan Berbelanja Besama ‘Kaki Shopping’

Anda tidak digalakkan untuk keluar berbelanja dengan rakan-rakan yang gemar membeli-belah atau mereka yang shopaholic. Ini kerana anda mungkin akan terpengaruh jika mereka ‘menghasut’ untuk membeli sesuatu yang kadang-kadang tidak diperlukan leh anda. Perkara ini akhirnya memberi kesan buruk kepada anda dan bukannya rakan anda.

4. Membuat Perbandingan Harga

Sebelum membeli ataupun berbelanja untuk satu-satu perkara, buatlah perbandingan harga jika boleh. Ada kalanya anda boleh dapatkan barang yang sama dengan harga yang lebih berpatutan dari kedai yang berbeza malah terdapat juga barang dan perkara yang lebih baik dengan harga jauh lebih murah. Jadi kalau nak jimat, jangan malas. Jadilah pengguna bijak dan membuat pilihan yang menguntungkan bukan yang merugikan.

Anda juga boleh praktikkan sikap bersederhana ketika berbelanja. Berbelanjalah mengikut kemampuan. Ini kerana jika anda berbelanja mengikut nafsu dan kemahuan semata-mata, anda akan kurang memberi perhatian kepada harga dan akan melakukan pembaziran yang banyak.

5. Beranikan Diri Untuk Katakan ‘Tidak’

Anda juga harus berani katakan ‘tidak’ kepada barangan yang harganya mahal dan tidak anda perlukan. Malah, anda juga janganlah membeli barang kerana harganya terlalu murah kerana anda berkemungkinan akan ditipu. Jangan juga kasihankan pemilik kedai atau tukang jual sehingga anda ‘terbeli’. Mungkin anda sebenarnya terbeli kata-kata manis daripada membeli sesuatu keperluan. Jadi, perkataan ‘tidak’ ini mungkin akan menyelamatkan anda daripada berbelanja secara berlebihan.

6. Jangan Berbelanja Ketika Emosi Tidak Stabil

Jika anda sedang berasa lapar, kesunyian, bosan atau sedang bersedih, elakkan diri daripada pergi membeli-belah dan berbelanja. Ini kerana dengan perasaan emosi yang bercampur aduk, kemungkinan anda akan membeli barang-barang yang tidak perlu dan melakukan pembelian secara belebihan. Selalunya emosi anda ketika itu yang akan menyuruh anda beli untuk melepaskan perasaan itu. Jadi, anda pelu bertenang telebih dahulu untuk memastikan anda boleh berfikir dahulu sebelum beli.

Oleh itu tempoh jualan akhir tahun ini sepatutnya mendatangkan keuntungan kepada anda kerana terdapat banyak potongan harga telah diberikan bukannya anda yang rugi. Jadi rancanglah perbelanjaan anda pada tempoh masa ini agar anda tidak melakukan pembaziran yang akan memburukkan lagi kehidupan anda.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button