INFO KEWANGAN

Penjawat Awam Jangan Leka Dengan Pelbagai Bantuan Yang Diberikan Kerajaan

Isu berkaitan masalah kewangan akan sentiasa membelenggu masayarakat yang tidak mengambil berat tentang pengurusan wang dan perbelanjaan yang baik. Penjawat awam juga tidak terkecuali daripada menghadapi situasi yang sama apabila masih ramai di dalam kalangan penjawat awam yang turut menghadapi masalah seperti hutang, tiada simpanan dan tekanan kewangangan di dalam kehidupan.

Menurut daripada sumber daripada Bank Negara Malaysia, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) secara keseluruhannya meningkat kepada 82.7 peratus pada akhir tahun 2019 berikutan pertumbuhan yang lebih perlahan.

Sehingga Februari 2018, jumlah hutang terkumpul penjawat awam adalah RM236 bilion. Jumlah ini bersamaan dengan 20 peratus daripada jumlah hutang isi rumah atau 17 peratus daripada KDNK. Jumlah ini juga adalah lebih tinggi daripada tahap yang dicatat pada 2012 (18 peratus daripada jumlah hutang isi rumah atau 15 peratus daripada KDNK).

Situasi ini dilihat seringkali terjadi kepada golongan penjawat awam terutama kumpulan pelaksana mahupun pegawai pada peringkat bawahan yang mempunyai pendapatan yang agak rendah berbanding kos sara hidup yang perlu ditanggung. Hal ini membuatkan kebanyakan mereka tidak dapat menyimpan, malah hanya cukup makan menjelang pertengahan bulan.

Tambah lagi, bagi mereka yang berkhidmat dengan kerajaan ini, pelbagai kemudahan disediakan seperti kuarters, kemudahan kesihatan, pencen dan elaun berkaitan perkhidmatan berbanding sektor swasta mahupun mereka yang menjalankan perniagaan sendiri yang sedikit sebanyak melahirkan penjawat awam yang berada dalam zon selesa dan menjadikan mereka terlalu bergantung kepada kemudahan kerajaan dan mempunyai amalan berbelanja tanpa perancangan kerana tiada komitmen berkaitan pemilikan rumah dan kos lain seperti penyelenggaraan, cukai dan sebagainya.

Ia ditambah lagi dengan manfaat seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan seperti yang diumumkan di dalam Pembentangan Bajet 2022.

Apabila menjangkau usia persaraan pula, sebilangan daripada penjawat awam ini masih kurang kesedaran akan persediaan persaraan seperti pemilikan rumah, simpanan bagi menampung perbelanjaan kelak terutama bagi mereka yang masih mempunyai tanggungan. Dengan usia yang semakin meningkat, komitmen bulanan juga semakin tinggi dengan kos pendidikan anak, kesihatan dan pelbagai kos lain menyukarkan mereka untuk menyimpan mahupun membuat pinjaman perumahan.

Apatah lagi nilai hartanah terus meningkat berkali-kali ganda menyukarkan mereka membuat pembelian hartanah berbekalkan wang gratuiti dan pencen bulanan dengan usia yang lanjut.

Justeru, penjawat awam terutama daripada golongan pelaksana dan pegawai pada peringkat rendah perlu mengambil inisiatif sejak awal perkhidmatan bagi menyediakan diri untuk terus hidup di dalam suasana yang baharu dengan lebih cermat ketika membelanjakan wang agar masalah kewangan yang lebih besar dapat dielakkan untuk masa-masa akan datang.

  1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan. Simpanan anda pula boleh dipecahkan kepada simpanan jangka panjang, simpanan kecemasan, dan simpanan pribadi. Dengan adanya simpanan-simpanan ini, tahap kewangan anda akan mempunyai persediaan yang lebih bik untuk menghadapi masa hadapan.
  1. Utamakan keperluan dalulu berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri. Perkara ini adalah untuk memaastikan segala bayaran yang perlu anda lakukan pada setiap bulan ini tidak mengalami gangguan yang berkemungkinan akan menyusahkan lagi anda.
  1. Belanja mengikut kemampuan dan elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah. Anda perlulah membuat perancangan perbelanjaan serta membeli mengikut apa yang diperlukan sahaja untuk mengelakkan pembaziran.
  1. Bebaskan diri daripada hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Impak terikat dengan hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi. Jika berhutang sekalipun, anda perlu melansangkannya secepat mungkin untuk mengelakkan hutang-hutang anda terkumpul dengan banyak.
  1. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB di mana pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di kaunter bank. Perkara ini adalah supaya simpanan yang anda lakukan itu tidak mudah untuk diakses sakalgus memblehkan simpanan itu bertahan dengan lebih lama berbanding hanya menyimpan di akaun-akaun konvensinal.
  1. Pastikan anda mempunyai pelan insurans yang mampu melindungi diri anda dan keluarga secara komprehensif. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Jadi sebaiknya, mencegah lebih baik daripada mengubati. Contohnya, dengan RM 50 atau RM 100 sebulan, anda sudah melindungi diri dan ahli keluarga anda daripada perkara-perkara buruk yang tidak dijangka dan memblehkan anda menghadapi perkara tersebut dengan baik tanpa memerlukan bantuan kewangan yang banyak.

Dengan melakukan perkara-perkara yang mudah seperti ini, kehidupan anda akan lebih bersedia terutamanya dari sudut kewangan. Ia hanya memerlukan sedikit perubahan yang akan membolehkan anda hidup di dalam keadaan yang lebih baik. Oleh itu, pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan ini adalah penting untuk mempersiapkan diri anda kepada kehidupan yang lebih teratur terutamanya bagi penjawat awam.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button