INFO KEWANGAN

Sentiasa Nilai Tahap Kewangan Anda Untuk Menjamin Kehidupan Yang Lebih Baik

Kewangan adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan. Jika kewangan anda berada di dalam tahap yang baik, ia mampu menjamin kelansungan kehidupan yang lebih terurus. Tetapi jika tahap kewangan anda berada di satu tahap yang tidak memberansangkan, ianya mampu memberi kesan yang akan menyebabkan perjalanan urusan seharian anda terganggu malah memberi kesan buruk kepada diri dan orang sekeliling anda.

Jadi, adalah penting untuk anda sentiasa menilai tahap kewangan ini agar anda lebih bersedia dalam merancang dan menjalankan segala urusan di dalam kehidupan. Ini kerana ianya akan membolehkan anda melihat dengan jelas tentang perkara baik dan buruk yang anda lakukan dan perubahan yang perlu dibuat dalam memastikan perjalanan hidup yang lebih baik.

Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa langkah mudah untuk anda menilai sama ada tahap kewangan anda dalam keadaan baik atau kurang baik.

  1. Duit Habis Dibelanjakan Sebelum Gaji Baharu Masuk

Keadaan ini sering berlaku apabila anda gagal mengawal kewangan anda dengan baik. Punca utama perkara ini berlaku adalah apabila perbelanjaan yang anda lakukan melebihi gaji yang diterima. Kegagalan mengawal perbelanjaan ini semestinya akan mengecilkan ruang untuk merancang kewangan anda kepada perkara-perkara yang lain dan menyebabkan anda tertunggu-tunggu gaji baru untuk masuk pada setiap bulan.

Jadi, jika anda mengalami situasi ini, anda perlu sedar bahawa tahap kewangan anda adalah berada di tahap yang tidak memuaskan.

  1. Tidak Mampu Menyimpan

Simpanan adalah satu perkara yang sangat penting apabila anda sudah bekerja terutamanya seperti simpanan kecemasan. Ini kerana anda mungkin terpaksa menanggung kos yang tidak terduga seperti kerosakan kenderaan atau barang peribadi lain di dalam kehidupan.

Oleh itu, jika anda sudah bekerja lebih setahun dan masih tiada simpanan baik simpanan pribadi atau simpanan kecemasan ini, anda perlu lebih berhati-hati dan memastikan ada perubahan terhadap pengurusan kewangan anda.

  1. Tiada Jaminan Perlindungan Keselamatan Seperti Takaful

Jika anda tidak mempunyai caruman takaful setiap bulan, anda seharusnya risau dengan tahap kewangan anda. Ini kerana anda mungkin terpaksa menanggung kos perubatan yang sangat tinggi dan jika berlaku sesuatu terhadap diri anda. Waris anda pula mungkin akan mewarisi kesusahan tersebut jika anda tiada sebarang perlindugan takaful.

Tidak salah untuk anda membelanjakan sebahagian kecil daripada gaji anda pada setiap bulan untuk mengambil plan-plan takaful samada untuk diri sendiri ataupun keluarga anda. Ini adalah supaya anda lebih bersedia dalam menghadapi perkara-perkara yang tidak diduga dan memastikan anda mempunyai perlindungan yang mampu menyelamatkan diri dan keluarga anda.

  1. Seringkali Menggunakan Kad Kredit Dalam Perbelanjaan

Apabila perbelanjaan sudah melebihi gaji yang diterima, cara terakhir yang biasa digunakan oleh orang ramai untuk terus berbelanja adalah dengan menggunakan kad kredit. Ini kerana denga kad kredit ini, perbelanjaan anda akan lebih mudah untuk dijalankan.

Tetapi, anda perlu ingat bahawa ianya adalah satu habit yang menunjukkan kewangan anda dalam keadaan yang sangat bahaya. Ini kerana penggunaan kada kredit ini akan menyebabkan hutang anda akan lebih bertambah dan mampu menyebabkan diri anda diishtiharkan muflis jika gagal membayar hutang kad kredit itu semula.

Jadi, seorang yang mempunyai tahap kewangan yang baik tidak akan kerap menggunakan kad kredit dalam perbelanjaan sehariannya.

  1. Tidak Melakujkan Pelaburan

Apabila sudah bekerja lebih dari 5 tahun dan anda masih tidak mampu melakukan sebarang bentuk pelaburan sama ada pelaburan jangka pendek ataupun jangka panjang seperti melalui hartanah, unit trust, saham atau pelaburan lain, ia menunjukkan satu tahap pengurusan kewangan dalam kehidupan anda yang memerlukan perubahan.

Ia adalah disebabkan situasi ini jelas menunjukkan masa depan anda dalam bahaya kerana anda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghadapi kehidupan di masa akan datang. Anda mungkin akan kekurangan dana persaraan dan menyebabkan kehidupan anda sewaktu persaraan sedikit terganggu dan jika anda ada melakukan pelaburan, sudah pastinya ia akan membantu anda dimasa-masa tersebut.

Oleh itu, beberapa perkara ini akan menunjukkan tahap kewangan anda sama ada ianya telah berada di tahap yang baik ataupun sebaliknya. Anda sendiri yang membentuk kehidupan anda dan segala tindakan yang anda lakukan pada hari ini sudah pasti akan mempengaruhi kehidupan anda dimasa akan datang. Jadi, rancanglah perjalanan hidup anda dengan penuh teliti agar ianya tidak memberi kesan yang negatif kepada diri dan keluarga anda.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button