BELANJA

Suka Shopping Tapi Duit Selalu Tidak Cukup? Amalkan Tips Ini

Golongan yang suka membeli belah atau ‘Kaki Shopping’ ini akan sentiasa gembira apabila ingin dan berjaya membeli sesuatu yang mereka mahu.

Tetapi, macamana nak beli jika tiada duit?

Jangan takut kerana seorang kaki shopping juga sebenarnya mampu untuk menyimpan walaupun mereka ini suka berbelanja. Malah turut ada cara simpan duit tiap bulan bagi kaki shopping yang boleh anda amalkan untuk memudahkan anda untuk menyimpan.

Dengan pelbagai website beli belah ditambah dengan kempen ‘jualan murah’ sempena tarikh tertentu setiap bulan seperti 9.9, 10.10, 11.11 dan juga 12.12, para kaki shopping diluar sana perlulah mempunyai perancangan yang baik agar situasi terlebih berbelanja atau berhutang semasa berbelanja yang akan memberi kesan lebih buruk dapat dielakkan.

Jadi, disini dikongsikan beberapa cara menyimpan duit setiap bulan yang boleh diamalkan oleh mereka yang suka membeli belah agar anda boleh sentiasa boleh bershopping tanpa berasa risau.

1. Membuat Senarai Pembelian Dan Membelinya Sewaktu Adanya Jualan Murah

Untuk memblehkan anda mendapatkan barang-barang yang anda mahu dengan harga yang terbaik, anda bleh dapatkannya semasa musim atau tempoh jualan murah dijalankan. Pada masa sekarang, banyak laman web membeli belah akan menjalankan kempen jualan murah mereka pada setiap bulan. Jadi, anda hanya perlu bilakah tarikhnya.

Tapi awas, pastikan kita buat senarai barangan yang ingin dibeli beserta dengan harga terlebih dahulu. Kemudian, anda boleh lihat harga untuk barang tersebut semasa sedang promosi.

Jika ada diskaun dan perbezaan harga yang banyak barulah kita beli. Ini kerana,semasa jualan penghabisan stok sebegini, ada segelintir penjual dengan sengaja mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan kemudian menurunkan harga dengan kononnya jualan murah. Perkara inilah yang perlu anda elakkan.

Jadi dengan melakukan perkara ini, anda boleh fokus untuk membuat sati-satu simpanan bagi mendapatkan barang yang anda mahu itu.

2. Membuat Tabungan Khas Untuk Membeli Belah

Kalau anda seorang kaki shopping yang sudah bekerja, tidak salah untuk anda mengasingkan sedikit duit gaji dengan memasukkannya ke dalam tabung atau akaun lain sebgai simpanan anda untuk membuat satu-satu pembelian itu. Jadi, sewaktu tiba masanya, anda hanya habiskan duit dalam tabung tersebut dan jangan pula kita curi-curi ambil daripada tabung yang dah diasingkan untuk simpanan itu atau ambil wang dari simpanan lain.

Dengan cara ini, kita dapat berbelanja dengan berhemah dan tidak akan melebihi bajet yang telah ditetapkan.

3. Tidak Kerap Ke Pusat Beli Belah

Untuk cara seterusnya, anda perlu banyak bersabar dan elakkan diri daripada kerap untuk ke pusat membeli belah atau kedai-kedai yang berkaitan dengan barang yang anda mahu itu. Ini kerana anda perlukan masa untuk menyimpan terlebih dahulu dan hanya boleh membeli di waktu jualan murah (sales) yang benar-benar ada potongan yang banyak saja.

Anda digalakkan untuk menjauhkan diri daripada godaan yang pasti ada setiap kali kita berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Bila tiada godaan, pastinya anda akan terselamat daripada berbelanja sesuka hati.

4. Buat Income Tambahan

Selain daripada itu, seorang kaki shopping juga boleh buat kerja sambilan untuk menambah simpanan anda tadi seperti berniaga menjadi agen dropship dan banyak lagi. Apabila anda sudah merancang untuk membeli barang-barang yang anda mahu itu, maka sudah tentu kita mampu untuk membuat penjimatan.

Anda boleh juga menjual barang-barang anda yang sudah tidak perlukan untuk dapatkan balik modal bagi membuat pembelian yang baharu dan akan datang. Secara tidak langsung, kita tidak akan terus membazir malah dapat berjimat dan perbanyakkan simpanan yang sedia ada.

5. Tunggu Seminggu Baru Beli

Yang terakhir sekali, setiap kali kita terasa seperti ingin membeli sesuatu ada baiknya jika anda tangguhkan pembelian tersebut selama seminggu. Ini kerana anda akan mempunyai masa dan ruang untuk berfikir seketika dengan sebaiknya samada pembelian tersebut betul-betul perlu untuk dilakukan.

Dengan melakukan perkara ini, anda akan berjaya mengawal nafsu membeli yang pastinya dapat membantu anda berjimat dengan banyak dan mampu elakkan pembaziran daripada berlaku secara tidak sedar.

Oleh itu, seorang kaki shopping juga boleh berjimat dan meyimpan seperti rang biasa jika mengamalkan beberapa perkara ini. Dengan sedikit perancangan dan simpanan tambahan, anda akan lebih gembira sewaktu berbelanja dan memblehkan anda terus berbelanja tanpa masalah.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button