INFO KEWANGAN

Terlalu Bergantung Pada Kad Kredit Tanda Pengurusan Wang Yang Tidak Baik

Merancang perbelanjaan dan kewangan anda adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada anda bergaji besar ataupun kecil. Ini kerana dengan perancangan kewangan yang rapi, segala perbelanjaan yang anda lakukan akan lebih teratur dan memberikan manfaat yang sebaiknya kepada anda dan orang-orang sekeliling anda.

Anda juga boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama berulang kali ketika berbelanja seperti pembaziran dan mengalami kerugian apabila sentiasa berfikir dan merancang kewangan anda dengan baik. Sehubungan itu, anda digalakkan untuk sentiasa mengawasi tabiat perbelanjaan anda perti menentukan matlamat kewangan anda, menjejaki ke mana perginya wang, menilai tabiat berbelanja anda dan menulis perbelanjaan anda.

Dengan cara ini, anda akan tahu samada anda memunyai tabiat pengurusan yang baik ataupun bermasalah dan mengapa ianya terjadi. Jadi disni kami kongsikan beberapa perkara dan situasi yang boleh anda lihat samaada anda mempunyai pengurusan yang baik ataupun sebaliknya.

  1. Tidak Dapat Mengawal Perbelanjaan

Seorang yang mempunyai pengrusan kewangan yang buruk akan sentiasa melakukan perbelanjaan melebihi pendapatannya yang akhirnya membawa kepada pembaziran. Mereka juga seringkali mengutamakan kemahuan berbanding keperluan dalam berbelanja.

  1. Hutang Atau Pinjaman Diambil Melebihi Kemampuan

Mengambil hutang atau pinjaman adalah langkah yang boleh membantu anda tetapi ianya juga boleh mendatangkan keburukan jika ianya diambil melebihi daripada apa yang boleh anda uruskan. Jika pinjaman itu tidak sesuai dengan kemampuan dan tahap kewangan anda, ianya boleh membawa anda kepada masalah kewangan yang lebih besar seperti masalah hutang dan disenarai hitam.

  1. Kerap Menggunakan Kad Kredit

Seorang yang mempunyai tabiat pengurusan wang yang buruk seringkali mempunyai kadar kebergantungan kepada penggunaan kad kredit yang sangat tinggi kerana tabiat mereka yang sangat suka berbelanja. Perkara ini sememangnya akan menambahkan lagi hutang mereka yang sedia ada.

  1. Tidak Mampu Menguruskan Komitmen Dengan Teratur

Jika anda mempuyai tabiat pengurusan wang yang tidak baik, anda kebiasaannya tidak mampu membayar komitmen-komitmen anda seperti kos penyelenggaran rumah, insuran atau ‘road tax’ kereta secara teratur. Anda akan kerap menangguh atau melewatkan pemembayarnya, sering melakukan bayaran pada akhir tarikh yang sepatutnya dan yang lebih teruk apabila anda tidak lansung mengendahkannya.

  1. Tiada Tabungan Dan Simpanan Jangka Pendek Dan Jangka Panjang

Seorang yang mempunyai pengrusan kewangan yang buruk juga kebiasaannya akan menggunakan segala wang mereka yang ada dan tidak mampu melakukan sebarang simpanan kerana terlelu sibuk berbelanja.

Jadi, jika anda mempunyai tabiat-tabiat diatas, anda digalakkan untuk membuat penilaian semula tehadap cara anda menguruskan wang anda. Ini kerana tabiat-tabiat ini tidak akan memberikan manfaat kepada anda malah boleh mendatangkan kerugian yang lebih besar jika tidak diambil perhatian. Oleh itu, anda seharusnya lebih berhati-hati dalam melakukan sebarang perbelanjaan agar diri dan keluarga anda tidak akan menerima tempias daripada kesan buruk tabiat pengurusan kewangan anda itu.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button