INFO KEWANGAN

Tidak Endahkan Saman Akhirnya Diri Sendiri Yang Merana

Saman seringkali menjadi punca masalah kewangan di dalam masyarakat. Ini kerana dimana-mana sahaja anda boleh dikenakan saman. Perlu anda tahu bahawa saman dan cukai adalah dua bentuk bayaran yang berbeza. Cukai adalah bayaran yang perlu anda bayar jika anda cukup syarat-syarat untuk dikenakan satu-satu cukai itu manakala saman pula adalah bayaran yang dikenakan jika anda melanggar satu-satu peraturan yang telah ditetepkan pihak berkuasa. Tapi kedua-duanya akan disalurkan kepada kerajaan sebgai sumber pendapatan dalam usaha memajukan negara.

Saman yang biasa diberikan kepada masyarakat pada hari ini adalah saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti polis atas kesalahan-kesalan trafik dan jabatan pengangkutan jalanraya bagi mereka yang mempunyai cukai jalan tamat tempoh. Terdapat juga pihak-pihak berkuasa tempatan yang juga kerap mengeluarkan saman jika anda melanggar peraturan dan melakukan kesalahan. Perkara ini seringkali menjadi kesalahan utama yang dilakukan oleh masyarakat dan ianya mampu menjerat anda kepada masalah yang lebih besar jika tidak diberi perhatian.

Walapun anda kena saman, anda janganlah meneyalahkan pihak-pihak berkuasa ini kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka. Jika tidak salah, takkanlah mereka nak saman anda.

Mahu tidak mahu, anda perlulah mengemukakan bayaran saman atas kesalahan anda itu dan ianya telah menjadi tanggunjawab anda sebagai seorang rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, jika anda bijak dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa, banyak wang anda yang mampu dijimatkan semasa membayar saman ini. Jadi, disini kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan jumlah bayaran saman yang perlu anda kelurkan.

  1. Gunakan Aplikasi Yang Dikeluarkan Pihak Berkuasa

Dengan perkembangan teknologi pada hari ini, pihak-pihak berkuasa seperti polis dan lain-lain telah membangun dan mecipta aplikasi-aplikasi bayaran saman untuk memudahkan urusan dan kegunaan masyarakat.

Anda tidak perlu lagi beratur panjang-panjang di balai polis ataupun pejabat-pejabat pihak berkuasa untuk membayar saman. Perkara ini sudah pastinya akan menjimatkan perbelanjaan anda untuk kesana dan juga menjimatkan masa.

Satu lagi kelebihan yang sering tidak disedari oleh masarakat apabila menggunakan aplikasi ini adalah ianya seringkali menawarkan potongan dan diskaun apabila anda menggunakannya untuk membayar saman anda. Diskaun dan potongan yang diberikan ini kadang-kadang mencecah sehingga 70%.

Oleh itu, tidak hairanlah jika banyak wang yang anda boleh jimatkan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi ini.

Gambar daripada Berita Harian
  1. Bayar Semasa Ekspo-Ekspo Dianjurkan Pihak Berkuasa

Jika anda mempunyai banyak saman yang terkumpul, anda boleh merancang untuk membayarnya semasa ekspo-ekspo yang dijalankan oleh kerajaan. Ini kerana pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengankutan Jalanraya misalnya seringkali akan membuka kaunter-kaunter bergerak mereka untuk memudahkan para peserta semasa ekspo itu untuk membayar saman-saman mereka jika ada.

Semasa berlansungnya ekspo-ekspo ini juga, pihak berkuasa ini kebiasannya akan menawarkan potongan-potongan dan diskaun-diskaun kepada mereka yang membayar saman pada waktu itu.

Jadi, ia akan menjadi masa yang sangat sesuai kepada anda untuk menyelesaikan segala saman ada sekaligus mampu menjimatkan sejumlah besar wang anda.

  1. Periksa Tarikh-Tarikh Potongan Saman Oleh Pihak Berkusa

Pihak-pihak berkuasa juga seringkali menawarkan potongan-potongan dan diskaun-diskaun bagi mereka yang ingin membayar saman mereka ada hari-hari tertentu seperti musim perayaan ataupun ulang tahun jabatan mereka. Tarikh-tarikh ini biasnya akan dimumkan melalui laman web rasmi dan di media sosial mereka. Kebiasaannya, potongan dan diskaun yang ditawarkan mencecah 50% daripada jumlah asal yang dikenakan kepada anda.

Jadi, anda perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh yang dikeluarkan ini dan membayar segala saman anda pada tarikh tersebut dan boleh mengurangkan sejumlah besar wang anda untuk membayar saman ini.

  1. Bayar Dengan Segera Dan Elakkan Penagguhan

Anda juga boleh menjimatkan perbelanjaan anda terhadap bayaran saman ini dengan segera membayarnya setalah menerima saman tersebut. Ini kerana saman yang dikelurkan ini kebiasannya akan bertambah dari masa ke masa selagi anda tidak membayarnya.

Contohnya, anda perlu mambayar sekali ganda daripada jumlah asal yang dikenakan kepada anda jika anda tidak membuat bayaran sebelum tarikh yang ditetapkan.

Jika anda uruskan bayaran saman anda dengan awal juga, anda dapat mengelakkan daripada dikenakan tindakan-tindakan lain yang boleh diberikan kepada anda jika anda mempunyai banyak saman tertunggak dan terkumpul.

  1. Ikut Peraturan Serta Elakkan Saman Kali Kedua

Jika anda sudah pernah menerima saman-saman ini, maka ikutlah peraturan yang telah ditetapkan agar anda tidak mengulangi kesalahan tersebut dan dikenakan saman sekali lagi. ini kerana mengulagi semula kesalahan-kesalahan ini semestinya akan merugikan anda. Malah, ada juga saman yang perlu dibayar berganda daripada jumlah asal jika anda mengulagi kesalahan yang sama berkali-kali. Jadi anda perlu sentiasa beringat dan mengelakkan diri daripada dikenakan saman.

Admin NK

Seorang penulis kewangan dan pelaburan santai untuk bacaan umum. Peminat setia pelaburan saham dan hartanah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button