PINJAMAN PERIBADI

APA ITU PINJAMAN PERIBADI?

Pinjaman peribadi adalah satu bentuk pinjaman wang dari institusi kewangan, koperasi atau syarikat pemberi pinjaman. Pinjaman tersebut dibayar semula setiap bulan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

APA TUJUAN PINJAMAN PERIBADI?

  • Membantu menyelesaikan masalah kewangan yang semakin tenat
  • Membantu menyelesaikan hutang yang lebih tinggi kadar faedah
  • Sebagai modal permulaan dan modal tambahan kepada perniagaan anda
  • Sebagai dana kecemasan untuk membaiki kerosakan rumah atau kereta
  • Percutian, perkahwinan, deposit rumah dan bil tertunggak
  • Untuk tujuan lain-lain

BAGAIMANA INGIN MEMOHON?

#1 SEMAK KELAYAKAN SECARA ONLINE

Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk anda semak jumlah maksimum pinjaman peribadi anda tanpa perlu beri dokumen peribadi. Dijamin selamat dan mudah.


#2  HANTAR DOKUMEN

Jika anda setuju dan ingin mohon pinjaman peribadi, staf kami akan hubungi untuk pengesahan dan dokumen yang diperlukan untuk meneruskan permohonan.


#3 SEMAK PERJANJIAN

Semak syarat dan tandatangan perjanjian pinjaman peribadi sebagai tanda setuju


#4 TERIMA DUIT

Duit akan masuk ke akaun bank anda secepat 2 hari bekerja.

 

BERAPA JUMLAH MAKSIMUM SAYA BOLEH MOHON?

Untuk pekerja sektor awam, anda boleh memohon pinjaman peribadi sehingga maksimum RM250,000 dengan tempoh bayaran dari 1 tahun ke 10 tahun. Bayaran bulanan akan ditolak terus dari gaji anda melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Untuk pekerja swasta pula, anda boleh mohon pinjaman peribadi sehingga maksimum RM20,000 dengan tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 5 tahun. Bayaran bulanan boleh dilakukan melalui pembayaran online, mesin deposit tunai, deposit cek dan melalui pindahan ATM MEPS.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

SEKTOR

  • Rakyat Malaysia berumur 20 hingga 58 tahun
  • Bekerja di sektor awam sekurang-kurangnya enam (6) bulan
  • Pendapatan minimum RM1,500 sebulan

SEKTOR

  • Rakyat Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun
  • Bekerja di sektor swasta sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
  • Pendapatan minimum RM1,000 sebulan

PEMBIAYAAN OLEH

ADA SEBARANG PERTANYAAN?

Emailkan soalan anda kepada kami admin@nasihatkewangan.com
TANYA KAMI
Back to top button
Close